Charlemagne

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Potret Charlemagne yang dilukis oleh Albrecht Dürer beberapa abad selepas kemangkatan Charlemagne.

Charlemagne (Latin: Carolus Magnus yang bermaksud Charles Agung) (742/74728 Januari 814) ialah raja kaum Frank sejak dari tahun 768 sehingga kemangkatannya. Baginda memperluas kerajaan Frank menjadi Empayar Frank yang menggabungkan kebanyakan kawasan Eropah Tengah dan Barat. Semasa pemerintahannya, baginda menaklukkan Itali dan dimahkotai sebagai Maharaja oleh Paus Leo III pada 25 Disember 800 dalam apa yang dapat dipertahankan sebagai suatu percubaan untuk menghidupkan semula Empayar Rom. Melalui penaklukan asing dan reformasi dalaman, Charlemagne membantu mentakrifkan Eropah Barat dan Zaman Pertengahan. Pemerintahannya juga dikaitkan dengan Zaman Pembaharuan Carolingian, suatu penghidupan semula seni, agama, dan budaya.

Nama asal Charlemagne dalam bahasa Frank Lama tidak pernah dicatat, tetapi nama terawalnya yang diketahui dalam bahasa Latin ialah "Carolus" atau "Karol's". Putera kepada Raja Pippin si Katik dan Bertrada dari Laon, Charlemagne mewarisi bapanya dan memerintah bersama-sama dengan adiknya, Carloman sehingga kemangkatan adik itu pada tahun 771.

Charlemagne meneruskan dasar bapanya terhadap kepausan dan menjadi pelindungnya, menghapuskan kuasa kaum Lombard di Itali, dan bertempur dengan kaum Saracen yang mengancam kerajaannya dari Sepanyol. Adalah dalam salah satu kempen ini di Roncesvalles (778) bahawa Charlemagne mengalami kekalahan yang paling teruk dalam hidupnya. Baginda juga berkempen terhadap orang-orang di timurnya, khususnya kaum Saxon dan selepas sebuah perang yang berlarutan, berjaya menaklukkan mereka. Melalui menjadikan mereka beragama Kristian, Charlemagne menyepadukan mereka ke dalam kerajaannya dan dengan itu, membuka jalan untuk Dinasti Otto yang kemudian.

Dianggap pada hari ini sebagai pengasas kedua-dua negara Perancis serta Jerman, dan kekadang juga sebagai Bapa Eropah, Charlesmagne ialah raja pertama untuk sebuah empayar Eropah Barat sejak kejatuhan Empayar Rom. [1] H. G. Wells berkata dalam bukunya Sejarah Dunia Ringkas:

Charlemagne yang memulakan pemerintahannya pada tahun 768 mendapati diri sebagai dipertuan terhadap sebuah kerajaan yang amat besar sehingga dapat berhasrat menghidupkan semula gelaran Maharaja Latin. Baginda menaklukkan Itali Utara dan menguasai Rom. [2]


Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Dinasti Carolinga
Pippinid
Arnulfing
Carolinga
Selepas Perjanjian Verdun (843)
Raja Frank (tengah) yang serupa dengan Charlemagne, digambarkan dalam kitab Sacramentary Charles si Botak (k.k. 870).

Menjelang abad ke-6, kaum Frank dikristiankan, dan Empayar Frank yang diperintah oleh Dinasti Merovingian menjadi kerajaan yang paling kuat selepas zaman Empayar Rom Barat. Akan tetapi selepas Pertempuran Tertry, Dinasti Merovingian merosot menjadi begitu lemah sehingga raja-rajanya digelar "raja-raja tak buat apa-apa" (Bahasa Perancis: rois fainéants). Hampir semua kuasa kerajaan dipegang oleh datuk bandar istana (major domus), ketua pegawai kerajaan.

Pada tahun 687, Pippin si Tengah, datuk bandar istana Austrasia, menamatkan persengketaan antara raja-raja dengan datuk bandar mereka melalui kemenangannya di Tertry, dan menjadi gabenor tunggal untuk hampir seluruh kerajaan Frank. Pippin pada dirinya merupakan cucu kepada dua orang tokoh yang paling mustahak di Kerajaan Austrasia, iaitu Santo Arnulf dari Metz dan Pippin dari Landen. Pippin si Tengah akhirnya diwarisi oleh anak lelakinya yang dilahirkan di luar nikah, Charles, yang kemudian dikenali sebagai Charles Martel (si Penukul). Selepas tahun 737, Charles memerintah kaum Frank tanpa seorang raja tetapi tidak hendak menggelar diri sebagai "raja". Charles diwarisi oleh anak-anaknya, Carloman dan Pippin si Katik, bapa Charlemagne. Untuk mengelakkan perpecahan di pinggir kerajaan, kedua-dua adik-beradik memahkotai Childeric III yang merupakan raja Merovingian yang terakhir.

Selepas Carloman meletakkan jawatannya, Pippin menggulingkan Childeric III dengan kebenaran Paus Zachary. Pada tahun 751, Pippin dipilih dan dilumaskan sebagai raja kaum Frank. Kemudian pada tahun 754, Paus Stephen II sekali lagi melumaskan Pippin, bersama-sama anak-anaknya yang muda yang kini merupakan pewaris-pewaris kepada sebuah kerajaan agung yang merangkumi kebanyakan kawasan Eropah tengah dan barat. Dengan itu, dinasti Merovingian digantikan oleh dinasti Carolingian, dinasti yang dinamai sempena nama bapa Pippin, Charles Martel.

Di bawah dinasti baru, kerajaan Frank diperluas untuk merangkumi kebanyakan Eropah Barat. Bahagian kerajaan tersebut merupakan negara-negara Perancis dan Jerman kini, [3] dengan perkembangan-perkembangan agama, politik, dan seni Francia (Perancis) yang berkedudukan di tengah mentakrifkan kesemua bidang tersebut di seluruh Eropah Barat.

Tarikh dan tempat lahir[sunting | sunting sumber]

Charlemagne dianggap secara tradisi sebagai dilahirkan pada 2 April 742. Bagaimanapun, banyak faktor telah menyebabkan tarikh tersebut ditimbangkan semula. Pertamanya, tahun 742 dihitung berdasarkan umurnya ketika baginda mangkat, bukannya berdasarkan sumber-sumber utama. Selain itu, lagi satu tarikh lahir yang berbeza juga telah diberikan oleh Annales Petarienses, iaitu 1 April 747. Pada tahun itu, 1 April merupakan Hari Easter. Kelahiran seorang maharaja pada Hari Easter adalah satu kebetulan yang pasti menimbulkan ulasan, tetapi tidak terdapat sebarang ulasan yang didokumenkan pada tahun 747 dan oleh itu, sesetengah pengulas telah mengesyaki bahawa hari jadi pada Hari Easter tersebut hanya merupakan sebuah fiksyen suci yang direka-reka sebagai suatu cara untuk memberikan penghormatan kepada Maharaja. Pengulas-pengulas yang lain yang mempertimbangkan rekod-rekod utama telah mencadangkan bahawa tarikh kelahirannya adalah satu tahun lebih kemudian, iaiatu pada tahun 748.

Pada masa ini, tarikh lahir Charlemagne masih tidak dapat dipastikan. Tekaan-tekaan yang terbaik tentang tarikh dan tempat lahir termasuk 1 April 747, selepas 15 April 747, atau 1 April 748 di Herstal (tempat asal bapanya), sebuah kota yang terletak berhampiran dengan Liège di Belgium, kawasan yang kedua-dua keluarga Merovingian dan Carolingian berasal. Charlemagne ke Jupille untuk mendiami di vila bapanya ketika berumur sekitar tujuh tahun dan ini telah menyebabkan Jupille disenaraikan sebagai salah satu tempat lahirnya yang mungkin oleh hampir semua buku teks sejarah. Kota-kota lain yang dicadangkan termasuk Prüm, Düren, dan Aachen.

Nama-nama Charlemagne[sunting | sunting sumber]

Disebabkan banyak bahasa yang dituturkan di dalam empayarnya, nama Charlemagne telah dikekalkan dalam berbagai-bagai bentuk oleh banyak bahasa. Bahasa Charlemagne pada dirinya tidak wujud lagi, tetapi telah berkembang menjadi sebilangan bahasa Frank. Perkataan "Charles" diterbitkan daripada kata dasar Germanik yang membawa pengertian "lelaki" atau "lelaki bebas". [4] Ia adalah berkait dengan "churl", sepatah perkataan Inggeris. Dalam banyak bahasa Slavik, perkataan "raja" pada dirinya diterbitkan daripada nama Slavik Charles.

Kelainan-kelainan nama Charlemagne dalam bahasa-bahasa Germanik (kecuali bahasa Inggeris) termasuk:

Nama Germanik yang dilatinkan (Latin: Carolus Magnus) dan dikekalkan dalam bahasa-bahasa Romawi moden (serta juga bahasa Inggeris) termasuk:

Kelainan bahasa-bahasa Slavik moden serta bahasa-bahasa yang dipengaruhi oleh nama-nama Germaniknya termasuk:

Kelainan-kelainan Germanik (den Store, de Grote, de Grutte, der Große, dan de Groussen) juga merujuk kepada ketinggian Charlemagne (tujuh kakinya sendiri, atau 1.93 meter (6 kaki 4 inci)) [5]. Nama raja-raja Carolingian yang lain juga merujuk kepada ciri fizikal masing-masing, umpamanya Pippin si Katik, Charles si Botak, Charles si Gemuk, Louis si Buta, dan Louis si Kanak-kanak.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Charlemagne dan Pippin si Bongkok. Salinan abad ke-10 untuk salinan asal yang hilang pada sekitar tahun 830.

Charlemagne mempunyai 19 orang anak daripada tiga antara lima orang isterinya serta lima antara banyak gundiknya.

Perkahwinan dan pewaris[sunting | sunting sumber]

  • Isteri keduanya ialah Gerperga, seringnya silap dipanggil sebagai Desiderata atau Desideria, puteri Desiderius (raja kaum Lombard), yang dikahwini pada tahun 768, dengan perkahwinan tersebut dibatalkan pada tahun 771.
  • Isteri kelima dan isteri kesayangannya ialah Luitgard yang dikahwini pada tahun 794 dan yang meninggal dunia tanpa anak.

Gundik dan anak di luar nikah[sunting | sunting sumber]

  • Gundik pertama yang diketahui ialah Gersuinda, dan melaluinya dilahirkan:
    • Adaltrude (lahir 774)

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Riché.
  2. Laman web Barteby
  3. Oman, Charles. The Dark Ages 476–919. Rivingtons: London, 1914. Menganggap cicit-cicit Charlemagne sebagai raja pertama Perancis dan Jerman yang ketika itu merupakan seluruh Empayar Carolingian, selain daripada Itali.
  4. Etimologi "Charles/Karl/Karel".
  5. Ini bermaksud bahawa saiz kasut Eropah moden Charlemagne ialah 44 dan saiz kasut Amerika Syarikatnya ialah 10.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Riché, Pierre. The Carolingians: A Family Who Forged Europe. Percetakan Universiti Pennsylvania: 1993. ISBN 0-8122-1342-4
  • Einhard (1960) [1880]. The Life of Charlemagne. terjemahan Samuel Epes Turner. Ann Arbor: Percetakan Universiti Michigan. ISBN 0-472-06035-X. 
  • Oman, Charles (1914). The Dark Ages, 476-918 (edisi ke-ke-6). London: Rivingtons. 
  • Painter, Sidney (1953). A History of the Middle Ages, 284-1500. New York: Knopf. 
  • Santosuosso, Antonio (2004). Barbarians, Marauders, and Infidels: The Ways of Medieval Warfare. Boulder, Colo.: Percetakan Westview. ISBN 0-8133-9153-9. 
  • Scholz, Bernhard Walter; dengan Barbara Rogers (1970). Carolingian Chronicles: Royal Frankish Annals and Nithard's Histories. Ann Arbor: Percetakan Universiti Michigan. ISBN 0-472-08790-8.  Terdiri daripada Annales regni Francorum dan The History of the Sons of Louis the Pious.

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Charlemagne: Biographies and general studies, from Encyclopedia Britannica, full-article, latest edition.
  • Barbero, Alessandro (2004). Charlemagne: Father of a Continent. trans. Allan Cameron. Berkeley: University of California Press. ISBN 0-520-23943-1. 
  • Becher, Matthias (2003). Charlemagne. trans. David S. Bachrach. New Haven: Yale University Press. ISBN 0-300-09796-4. 
  • Ganshof, F. L. (1971). The Carolingians and the Frankish Monarchy: Studies in Carolingian History. trans. Janet Sondheimer. Ithaca, N.Y.: Cornell University Press. ISBN 0-8014-0635-8. 
  • Langston, Aileen Lewers; and J. Orton Buck, Jr (eds.) (1974). Pedigrees of Some of the Emperor Charlemagne's Descendants. Baltimore: Genealogical Pub. Co. 
  • Pirenne, Henri (1939). Mohammed and Charlemagne. trans. Bernard Miall. New York: Norton. 
  • Sypeck, Jeff (2006). Becoming Charlemagne: Europe, Baghdad, and The Empires of A.D. 800. New York: Ecco/HarperCollins. ISBN 0-06-079706-1. 
  • Wilson, Derek (2005). Charlemagne: The Great Adventure. London: Hutchinson. ISBN 0-09-179461-7. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Charlemagne
Tarikh lahir: 742 Tarikh kemangkatan: 814
Didahului oleh
Pippin si Katik
Senarai raja kaum Frank
768814
(bersama-sama Carloman sehingga tahun 771)
Diikuti oleh:
Louis si Warak
Gelaran Baru Maharaja Suci Rom
800814
Didahului oleh
Desiderius
Raja kaum Lombard
774814
Diikuti oleh:
Pippin
sebagai Raja Itali