18 Ogos
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | Ogos 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | |||
| 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
| 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
| 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
| 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | |
| MMXII | ||||||
18 Ogos merupakan hari ke-230 (hari ke-231 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 135 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Long Tan di Australia (1966).
[sunting] Peristiwa
- 293 SM - Kuil Rom tertua yang diketahui untuk Venus diasaskan, memulakan institusi Vinalia Rustica.
- 1572 - Marguerite de Valois (gambar) dikahwinkan dengan Raja Huguenot Henri dari Navarre, dalam percubaan unruk mendamaikan penganut Protestan dan Katolik di Perancis.
- 1868 - Pierre Janssen menemui helium ketika menganalisis kromosfera matahari semasa gerhana penuh, menjadi unsur pertama yang dikesan di angkasa lepas sebelum di Bumi.
- 1877 - Asaph Hall menemui Phobos (gambar), salah satu bulan planet Marikh.
- 1941 - Program Eutanasia T-4 Jerman Nazi dihentikan sementara kerana tentangan awam.
- 1965: "Operasi Starlite": Pasukan darat Amerika yang melibatkan 5,500 anggota Kor Marin berjaya memusnahkan kubu Viet Cong di daerah Quảng Ngãi. Selepas pertempuran ini Viet Cong mengelakkan daripada bertempur mengikut cara yang dikehendaki oleh Tentera Amerika.
- 1966 - Perang Vietnam: Satu kompeni Royal Australian Regiment bertempur dengan unit Barisan Pembebasan Kebangsaan Vietnam Utara yang lebih besar dalam Pertempuran Long Tan.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||