Hidung tersumbat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hidung tersumbat
Pengelasan dan sumber luaran
ICD-9 478.19
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Hidung tersumbat atau sesak hidung adalah suatu keadaan yang menyebabkan pesakit berasa ada sesuatu perkara yang menyebabkan rongga hidungnya seperti "tersekat". Hidung tersumbat biasanya akan membuatkan pesakit berasa tidak selesa, otot hidung berasa seperti berdenyut, hidung akan berasa kegatalan dan sakit. Atau jika penyakit ini berlarutan, ia mungkin akan menyebabkan komplikasi dalaman dalam rongga hidung akibatnya pesakit akan selalu bersin, hidung berhingus dan berlendir dengan banyak, hidung berasa sukar bernafas, atau lebih teruk lagi boleh menyebabkan masalah hidung berdarah.

Faktor[sunting | sunting sumber]

Diantara faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi keadaan hidung tersumbat adalah:

  • Faktor persekitaran, pesakit mungkin sebelum ini pernah berada dalam persekitaran yang berhabuk, berjelaga, jerebu atau kotor.
  • Faktor cuaca, pesakit sebelum ini telah terdedah dengan cuaca yang panas, sejuk atau lembab yang ekstrem yang menyebabkan pengecutan dan pengembangan otot rongga hidung yang kurang efisyen.
  • Faktor-faktor lain: seprti demam, jangkitan kuman atau fungus pada rongga hidung. Serta mungkin disebabkan oleh kegagalan dalam bernafas dengan baik, seperti bernafas dengan tidak menghirup udara secara dalam, berlanjutan dan perlahan-lahan serta menghembus nafas dengan cepat dan tergesa-gesa.

Rawatan[sunting | sunting sumber]

Fasa pra-rawatan nasal

  • Memilih produk bantuan pernafasan untuk hidung tersumbat yang betul dan selamat. Contoh produk seperti ZOVIRAX yang mengandungi bahan aktif Acyclovir sebanyak 5%.
  • Membaca label penggunaan, jenis dan nilai bahan yang dibenarkan dalam produk untuk penggunaan selamat.
  • Pastikan rongga hidung yakni dibahagian dinding lohong bebas dari kotoran, habuk, mukus dan lain-lain bahan terasing.
  • jangan benarkan mata penyembur terkena pada rongga hidung bagi mengelakkan jangkitan.

Fasa penggunaan penyembur nasal

  • Hembus nafas dengan lembut dan perlahan tanpa memaksa.
  • Duduk tegak diatas kerusi, tunduk sedikit kepala kebawah, sembur spray nasal sehingga titisannya masuk kedalam rongga hidung, kemudian dongakkan sedikit kepala ke atas bagi memudahkan titisan menyeluruh kedalam rongga sehingga titisan masuk kedalam kerongkong.
  • Ulangi semburan jika perlu, jangan terlebih dos yang ditetapkan, pastikan sentiasa bernafas secara dalam dan tenang tanpa memaksa.
  • Minumlah lebih banyak air suam
  • Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Elakkan diri dari menghisap rokok, berada pada persekitaran yang kotor dan berhabuk serta sejuk dan panas yang ekstrem.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Health Guide Malaysia terbitan Medi Media International Group 1998, m/s 388. Sebuah buku panduan kesihatan umum dan pertolongan cemas yang diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]