Hutan Belum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fail:Belum1.jpg
Hutan Belum

Hutan Belum terletak di utara hujung Perak. Luas kawasan bagi hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 290, 000 hektar. Hutan Belum ini dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas hutan belum ini ditutupi oleh 117, 500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki sempadan Thailand-Malaysia. Kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap seperti tembok semulajadi dan "gazette" sebagai zon keselamatan/ selamat. Taman simpanan Belum dan Temenggor dibiarkan tumbuh meliar kerana Kerajaan Perak telah memutuskan untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan.

Bahagian atas hutan belum merupakan 90% yang belum diteroka manakala bahagian bawah umumnya dilitupi oleh hutan sekunder. Memang merupakan kawasan yang amat luas untuk menjalankan penyelidikan!!!

Rafflesia

Di Hutan Belum ini terdapat pelbagai jenis tumbuhan dan pokok-pokok kayu keras hutan hujan tropika yang semakin pupus.Antaranya adalah seperti spesis meranti, cengal, keruing dan merbau yang besar. Disini juga terdapat pelbagai jenis tumbuhan herba yang boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Terdapat juga spesis tumbuhan yang sukar ditemui di tempat lain seperti rafflesia yang tumbuh meliar di sini yang merupakan spesis bunga terbesar.

  • Diisytiharkan sebagai Royal Belum oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 2003.
  • Royal Belum diwartakan di bawah Enakmen Perbadanan Taman Negeri Perak 2001 oleh Kerajaan Perak pada 17 April 2007. Kawasan diwartakan seluas 117,500 hektar.
  • Dianggarkan, Royal Belum memiliki lebih 3,000 spesies flora selain 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 jenis ikan sungai yang menjadikan kawasan hutan termasuk sungai serta tasik sebagai habitat.
  • Dikenal pasti sebagai Kawasan Alam Sekitar Sensitif di bawah Pelan Fizikal Malaysia 2005 kerana menjadi tempat perlindungan gajah, harimau belang, badak sumbu dan tapir.
  • Belum, belum, beluuuummm! ini merupakan bunyi yang dihasilkan oleh belalang besar yang menghuni hutan ini. Oleh itu, hutan ini telah diberi nama Belum.
  • Royal Belum mempunyai tiga dari 20 spesies bunga terbesar dunia itu di mana salah satu daripadanya dinamakan Azlanii sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. 


Baca Selengkapnya - Fakta Menarik | Hutan Royal Belum | Hutan Paling Tua Di Dunia http://www.hasrulhassan.com/2011/10/hutan-royal-belum-hutan-paling-tua-di.html#ixzz3I6TyeJHR  Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial  Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]