I-Dance

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

I-Dance merupakan program tarian jalanan yang dianjurkan oleh Danzity Production dengan kerjasama Jawatankuasa Belia dan Sukan, kerajaan negeri Pulau Pinang pada 20 Disember 2008. Pusingan awal pertandingan itu telah diadakan di New World Park, Georgetown manakala pusingan akhir di Queensbay Mall pada 27 Disember 2008.[1] Akibat beberapa bantahan dari PAS , exco belia dan sukan negeri Lydia Ong Kok Fooi mengarahkan peserta lelaki dan wanita Muslim diasingkan.

Bantahan[sunting | sunting sumber]

Beberapa pihak membantah tarian jalanan yang dianjurkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang ini. Antaranya dari Pemuda PAS negeri yang mengadakan demonstrasi selepas sembahyang Jumaat pada 19 Disember 2008.Mohamed Hafiz Mohd Nordin meminpin bantahan lebih 400 orang di luar pekarangan Masjid Kampung Rawa, Jelutong, Pulau Pinang.Tarian ini diibarat cuba menghidupkan budaya jalanan melalui tarian shuffle malahan ia boleh menambahkan masalah sosial di kalangan generasi muda.[2] Pemuda PAS tidak membantah tarian itu jika hanya melibatkan remaja bukan Islam. Masjid ini pernah menjadi lokasi sengketa antara penganut Islam dan Hindu pada tahun 1998. Pada 12 Disember 2008, demonstrasi diadakan di Masjid Permatang Janggus,Bukit Mertajam melibatkan 200 ahli PAS. Mereka menaikkan sepanduk seperti Hormati Dasar Islam, Jangan Memperolokkan Islam, I-Dance Rosakkan Muda Mudi dan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar - Henti Memperolokkan Pemimpin Islam.[3]

Setiausaha Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim turut mengecam program ala Samba di Brazil yang mana ramai rakyatnya berpakaian tidak senonoh menari di jalanan. [4] Tarian ini tidak sesuai dengan semangat dan slogan pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng iaitu Amar Ma'ruf Nahi Mungkar.

Pemuda DAP ,Loke Siew Fook mengecam tindakan tidak rasional Pemuda Pas itu kerana tarian itu aktiviti riadah yang sihat dan berbentuk sukan. Pengarah eksekutif , Pusat Kesedaran Wanita (WCC) Pulau Pinang , Loh Cheng Kooi kecewa dengan bantahan pemuda PAS Pulau Pinang. WCC berpandangan I-Dance boleh merapatkan interaksi generasi muda berbilang agama dan budaya dan bukan punca penyakit masyarakat.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]