Pakatan Rakyat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pakatan Rakyat
ڤاكتان رعيه

People's Pact
تحالف الناس
人民联盟
மக்கள் கூட்டணீ
Ketua Anwar Ibrahim
Lim Kit Siang
Abdul Hadi Awang
Diasaskan April 1, 2008
Ibu pejabat Petaling Jaya, Malaysia (DAP & PKR)
Kuala Lumpur, Malaysia (PAS)
Keahlian  (sehingga Mei 2011) Lambang keadilan.pngDAP-100px.jpgPAS logo.svg
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Ideologi Keadilan sosial, Progresif, Demokrasi sosial, Fahaman Islam, Kebajikan rakyat, Ketelusan
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik
papar  bincang  sunting

Pakatan Rakyat (Bahasa Inggeris: People's Pact; bahasa Cina: 人民联盟)Bahasa Tamil: மக்கள் கூட்டணீ ) merupakan satu perikatan baru parti-parti politik Malaysia. Perikatan ini terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam Se-Malaysia serta Parti Tindakan Demokratik (PKR-PAS-DAP)[1] yang merupakan pihak pembangkang dalam Parlimen Malaysia. Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail merupakan Ketua Pembangkang sebelum ini, namun kemudiannya digantikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas memenangi pilihan raya Permatang Pauh 2008. Pakatan Rakyat juga menerajui kerajaan lima buah negeri Malaysia. Pakatan Rakyat akan menggantikan Barisan Rakyat dan Barisan Alternatif yang digunakan sebelum ini.

Pembentukan Pakatan Rakyat diumumkan pada 1 April 2008 berikutan mesyuarat antara pihak ketiga-tiga parti di Petaling Jaya.[2]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, gabungan tidak formal PKR-PAS-DAP yang membentuk Barisan Rakyat[3] berjaya memenangi 82 daripada 222 kerusi dalam Parlimen, dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga kerusi yang dipegang Barisan Nasional sejak kemerdekaan. Pakatan ini juga berjaya membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Perak (sehingga Januari 2009) dan Selangor.

Proses membuat keputusan serta menetapkan dasar perikatan Pakatan Rakyat dikendalikan oleh satu Majlis Pimpinan dan Sekretariat Bersama. Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pengerusi Majlis Pimpinan.[2]

Pakatan Rakyat berikrar akan memperjuangkan hak dan kebajikan semua rakyat tanpa mengira kaum seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara. Pakatan Rakyat akan mewujudkan Majlis Pimpinan yang terdiri daripada ketua ketiga-tiga parti, satu Sekretariat Bersama yang akan diwakili oleh tiga pimpinan daripada setiap parti. Sekretariat Bersama ini telah ditugaskan untuk membina asas dan kerangka pakatan untuk disahkan oleh Majlis Pimpinan nanti.

Pada bulan April 2010, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) telah menyertai gabungan ini menjelang pilihan raya kecil kawasan parlimen Sibu pada 16 Mei 2010.[4]

Isi kandungan

[sunting] Isu-isu utama

[sunting] Cabaran dari ideologi yang berbeza

Ketiga-tiga parti politik utama - PKR, PAS dan DAP - yang bergabung dalam Pakatan Rakyat mempunyai ideologi politik yang berbeza dengan DAP yang lebih ke arah sekularisme kepada PAS dengan konsep Negara Islam. PKR pula dilihat sebagai penghubung kepada kedua-dua parti PAS dan DAP.

Bagaimanapun, pemerhati berpendapat, berbeza dengan PAS dan DAP yang mempunyai ideologi yang jelas dan ahli parti yang memahami perjuangan parti masing-masing, PKR menghadapi masalah dalam menentukan ideologi teras. Ini berdasarkan kepada latar belakang pemimpin dan ahli PKR yang terdiri dari pelbagai pandangan politik daripada mereka yang berfahaman pro-pasaran bebas (kapitalisme) kepada golongan sosialis.

Contohnya, Agenda Ekonomi Malaysia yang mahu diperjuangkan oleh PKR nampak seperti menyokong perjanjian perdagangan bebas termasuk liberalisasi industri kewangan dan telekomunikasi negara. Tetapi di dalam PKR sendiri terdapat pemimpin dan ahli yang datang dari organisasi bukan kerajaan yang bersifat anti-kapitalis. Ahli Parlimen PKR seperti Charles Anthony Santiago (Klang dan bertanding atas tiket DAP) adalah aktivis kritikal terhadap globalisasi dan pasaran bebas sementara Dr Jeyakumar Devaraj adalah seorang sosialis (Sungai Siput)[5]

[sunting] Polemik negara Islam

Kenyataan-kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat mengenai negara Islam dalam media sama ada media arus perdana atau media alternatif lain menampakkan pandangan yang bercanggah. Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh misalnya amat menentang negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS[6]. PAS pula tidak boleh berkompromi dalam hal negara Islam kerana pengikutnya mendakwa objektif untuk menegakkan negara Islam terkandung dalam Fasal 5 Perlembagaan PAS. Satu komentar dalam laman web berkaitan dengan PAS Johor dilaporkan menulis amaran untuk membunuh Karpal[7]. Sebelum ini, Presiden PKR Wan Azizah berkata, untuk menubuhkan negara Islam dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia adalah satu yang tidak praktikal[8].

[sunting] Mendaftarkan Pakatan Rakyat

Tidak seperti BN yang telah didaftarkan sebagai sebuah parti dengan pelbagai parti komponen di dalamnya, Pakatan Rakyat masih belum didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan. Hal ini telah menjadi buah mulut di kalangan penyokong BN yang melabelkan Pakatan Rakyat sebagai "Pakatan Haram". Di antara cabaran utama mendaftarkan Pakatan Rakyat ialah menetapkan satu matlamat yang dapat dipersetujui oleh semua pihak. DAP tidak mahu dilihat Islamik, manakala PAS pula tidak mahu dilihat sebagai sekular. Maka gesaan untuk mendaftar Pakatan Rakyat telah diabaikan oleh pemimpin-pemimpin utama parti-parti tersebut. Di antara cabaran yang lain pula ialah untuk menentukan pembentukan jawatan kuasa Pakatan Rakyat. Kesemua parti tidak mahu dilihat berada pada kedudukan yang kurang dari lain. Hal ini akan memberikan persepsi yang tidak menyenangkan dikalangan penyokong parti-parti komponen. Sama ada Pakatan Rakyat akan terus menjadi pertubuhan tidak berdaftar terus menjadi tanda tanya.

Pakatan Rakyat telah mengemuka permohonan pendaftarannya kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 2010 namun menghadapi halangan ROS yang mengkehendaki ianya didaftar sebagai ‘Pakatan Rakyat Malaysia’. [9]

[sunting] Pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat

[sunting] Ahli barisan utama Pakatan Rakyat

Pada 2 Julai 2009, Pakatan Rakyat mengumumkan senarai Ahli Parlimen yang membayangi setiap kementerian kerajaan. Ahli Parlimen DAP, Tony Pua menyatakan bahawa barisan utama ini bukan kabinet bayangan kerana Parlimen Malaysia tidak mengiktiraf institusi sedemikian.[10]

Portfolio Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ahli Parti Islam Semalaysia (PAS) Ahli Democratic Action Party (DAP) Menteri Sebenar
Jabatan Perdana Menteri

Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang)
Mohamed Azmin Ali
Sivarasa Rasiah
Abdul Khalid Ibrahim
William Leong
Kesavan a/l Shamugom
Fuziah Salleh

Abdul Hadi Awang
Nasharudin Mat Isa
Salahuddin Ayub
Hatta Ramli
Dzulkifli Ahmad
Taib Azamuddin
Khalid Samad

Lim Kit Siang
Ngeh Koo Ham
Hiew King Chiew
John Fernandez

Mohd Najib bin Tun Razak (Perdana Menteri)
Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri)
Koh Tsu Koon
Nazri Aziz
Nor Mohamed Yakcop
Jamil Khir Baharom
Idris Jala

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Johari Abdul Salahuddin Ayub Karpal Singh Hishammuddin Tun Hussein
Kementerian Kewangan Mohamed Azmin Ali Dzulkifli Ahmad Lim Guan Eng

Mohd Najib bin Tun Razak (Menteri Kewangan I)
Ahmad Husni Hanadzlah (Menteri Kewangan II)

Kementerian Pengangkutan Zahrain Mohamed Hashim Khalid Samad Tan Kok Wai Ong Tee Keat
Kementerian Kerja Raya Kamarul Bahrin Abbas Mahfuz Omar Gobind Singh Deo Shaziman Abu Mansor
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Rashid Din Wan Abd Rahim Wan Abdullah Er Teck Hwa Bernard Dompok
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Komunikasi Chua Tian Chang Mohd Nasir Zakaria Charles Anthony Santiago Peter Chin Fah Kui
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri William Leong Mohd Hatta Ramli Teresa Kok Mustapa Mohamed
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Ahmad Kassim Taib Azamuddin Md Taib Sim Tong Him Noh Omar
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Azan Ismail Mohd Abdul Wahid Endut Jeff Ooi Ismail Sabri Yaakob
Kementerian Pelajaran Yusmadi Yusoff Che Uda Che Nik Chong Eng Muhyiddin Yassin
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Amran Abdul Ghani Mahfuz Omar Teo Nie Ching Rais Yatim
Kementerian Sumber Manusia Abdullah Sani Abdul Hamid Muhammad Husin M Kulasegaran Subramaniam Sathasivam
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Nurul Izzah Anwar Che Rosli Che Mat Chow Kon Yeow Maximus Ongkili
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Hee Loy Sian Siti Mariah Mahmud Nga Kor Ming Kong Cho Ha
Kementerian Pertahanan Saifuddin Nasution Ismail Mohammad Nizar Jamaluddin Liew Chin Tong Ahmad Zahid Hamidi
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Ab Aziz Ab Kadir Abdul Halim Abdul Rahman M Manogaran Mohd Shafie Apdal
Kementerian Luar Negeri Sivarasa Rasiah Kamarudin Jaafar P Ramasamy Anifah Aman
Kementerian Belia dan Sukan Tan Tee Beng Mohd Firdaus bin Jaafar Anthony Loke Siew Fook Ahmad Shabery Cheek
Kementerian Kesihatan Lee Boon Chye Mohd Hayati Othman Tan Seng Giaw Liow Tiong Lai
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Zuraida Kamaruddin Siti Zailah bt Mohd Yusuf Fong Po Kuan Shahrizat Abdul Jalil
Kementerian Pelancongan Manikavasagam a/l Sundaram Wan Abd Rahim Wan Abdullah Fong Kui Lun Ng Yen Yen
Kementerian Wilayah Persekutuan Wee Choo Keong Lo' Lo' Haji Mohd Ghazali Lim Lip Eng Raja Nong Chik Zainal Abidin
Kementerian Pengajian Tinggi Zulkifli Nordin Salahuddin Ayub Tony Pua Mohamed Khaled Nordin
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar N Gobalakrishnan Mujahid Yusof Rawa Chong Chien Jen Douglas Uggah Embas

[sunting] Ahli Pakatan Rakyat bagi Parlimen Malaysia ke-12

Carta pai yang mewakili bilangan perolehan kerusi parlimen yang dimenangi oleh setiap parti yang bertanding.
  • Jumlah ahli parlimen = 80 (termasuk ahli SAPP)

[sunting] Lihat juga

[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan luar


Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain