Ikan Sepat Padi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ikan Sepat Padi
Sepat Padi
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Perciformes
Famili: Osphronemidae
Genus: Trichogaster
Spesies: T. trichopterus
Nama binomial
Trichogaster trichopterus
(Pallas, 1770)
Sinonim

Labrus trichopterus Pallas 1770
Nemaphoerus maculosus Kuhl & van Hasselt in Bleeker 1879
Osphromenus siamensis Günther 1861
Stethochaetus biguttatus Gronow in Gray 1854
Trichogaster trichopterus (Pallas 1770)
Trichopus sepat Bleeker 1845

Ikan Sepat Padi atau juga dikenali sebagai ikan sepat ronggeng, adalah sejenis ikan air tawar yang biasanya dimakan atau dijadikan sebagai ikan hiasan. Nama saintifiknya Trichopodus trichopterus, (sebelumnya Trichogaster trichopterus [1][2]) adalah ikan anabantoidei (mempunyai organ seperti paru-paru dan mampu bernafas di udara. Ikan Sepat Padi juga popular sebagai ikan peliharaan, biasa disimpan di dalam akuarium.[3]

Taburan dan ekologi[sunting | sunting sumber]

Ikan Sepat Padi adalah endemik di lembangan Mekong di Kemboja, Laos, Thailand dan Vietnam dan Yunnan di Asia Tenggara.[3] Ikan ini didapati di kawasan lembangan, paya, terusan, dan tanah lembab rendah. Ikan Sepat Padi berpindah semasa musim banjir dari kawasan air kekal ke kawasan banjir seperti hutan banjir di pertengahan dan hilir Mekong. Semasa musim kering, ia akan kembali ke kawsan air kekal.[3] Ikan Sepat Padi memakan zooplankton, krustacean dan larva serangga.[3] Ikan jantan akan membina sarang buih bagi menyimpan telur yang dijaga dengan agresif.[4]

Dalam akuarium[sunting | sunting sumber]

Templat:Howto Ikan Sepat Padi merupakan ikan yang lasak.[4] Spesies ini boleh dicampur dengan pelbagai ikan lain yang sama saiz dan sama garang. Sungguhpun ikan jantan boleh menjaga kawasan sesama sendiri, ia menjadi jinak dengan ikan ikan lain yang lebih agresif. [4] Akuarium yang seusia adalah tangki dengan saiz minima 150 litre (33 imp gal; 40 AS gal) dan memiliki banyak pokok hidup termasuk batu dan kayu hanyut untuk kegunaan tempat berlindung.

Gourami menghadap kamera

Ikan Sepat Padi jantan diketahui sebagai amat agresif; ia mungkin menjadi penggigit ridip dan sering menganggu ikan lain dalam tangki. Ia sering menjadi agresif kepada spesies dengan ridip panjang mengalir seperti ikan guppi, ikan emas dan betta jantan, kerana mereka menunjukkan ekor yang panjang dan terang, menjadi saingan bagi menarik ikan Sepat Padi betina. Ikan Sepat Padi betina kadang kala menganggu ikan lain tetapi biasanya ia menyendiri.

Makan[sunting | sunting sumber]

Ikan Sepat Padi merupakan ikan maserba dan memerlukan kedua-dua makanan berasaskan alga dan daging. Makan kepingan berasaskan alga, bersama cacing kering beku, dan udang brin("brine shrimp") akan memberikan ikan ini dengan zat yang diperlukannya. Makanan hidup seperti jejentik dan daphnia turut membantu. Berat purata Ikan Sepat Padi sekitar 50–100 gram (1.8–3.5 oz).

Membiak[sunting | sunting sumber]

Cara terbaik membezakan antara ikan jantan dan betina Sepat Padi adalah melalui ridip ekor. Pada ikan jantan, ridip ekor panjang tajam and ridip dubur runcing, sementara ikan betina pended dan dompok. Bagaimanapun, sesetengah ikan betina memiliki ridip belakang sepanjang ikan jantan. [4] Bagi membiak, suhu perlu melebihi 26 °C (79 °F).[5] Apabila bersedia, ikan Sepat Padi jantan akan mula membina sarang buih dan muna menarik ikan betina dengan berenang mundar mandir, mengembangkan ridipnya dan menaikkan ekornya. Apabila tingkah-laku ini disedari, aras air perlu dikurangkan pada 15 sentimeter (5.9 in). Kedalaman tidak begitu penting sebagaimana ikan "labyrinth" yang lain.[5] Ikan Sepat Padi mungkin bertelur antara 700 hingga 800 biji telur.[5] Selepas mengawan ikan betina perlu dipindahkan ke akuarium berlainan kerana ikan jantan mungkin bertukar menjadi agresif terhadapnya. Ikan jantan akan melindungi telur dan anak ikan, tetapi perlu dipindahkan sebaik sahaja ia boleh berenang bebas.[5] Selepas menetas air perlu selalu ditukar, terutama semasa minggu ketiga, kerana masa ini organ pernafasan (labyrinth organ) berkembang. Anak ikan perlu diberi makan infusoria dan larva udang brin.

Warna[sunting | sunting sumber]

Ikan Sepat Padi diketahui mampu bertukar warna (tompok bir mereka akan hilang) apabila tertekan atau apabila mereka tidak dijaga dengan baik. Ikan Sepat Padi yang sihat akan memiliki dua tompok biru terang pada setiap sisi badannya. Juga tompok mereka akan pudar dengan usia.


Variasi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Töpfer, Jörg; Ingo Schlindler (2009-05-15). "On the type species of Trichopodus (Teleostei: Perciformes: Osphronemidae)". Vertebrate Zoology (Dresden: Museum für Tierkunde Dresden) 59 (1): 49–51. ISSN 1864-5755. http://www.vertebrate-zoology.de/vz59-1/06_Vertebrate_Zoology_59-1_Schindler.pdf. Capaian 12 November 2011. 
  2. Britz, R. 2004. Why Colisa has become Trichogaster and Trichogaster is now Trichopodus. AAGB Labyrinth 136, 8–9.
  3. 3.0 3.1 3.2 3.3 Trichopodus trichopterus. FishBase. Ed. Ranier Froese dan Daniel Pauly. Versi May 2007. N.p.: FishBase, 2007.
  4. 4.0 4.1 4.2 4.3 Sanford, Gina (1999). Aquarium Owner's Guide. New York: DK Publishing. ISBN 0-7894-4614-6. 
  5. 5.0 5.1 5.2 5.3 Axelrod, Herbert R. (1996). Exotic Tropical Fishes. T.F.H. Publications. ISBN 0-87666-543-1. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]