Ilmu hitam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam budaya orang Melayu, ilmu hitam merujuk kepada ilmu ghaib yang digunakan bagi menjatuhkan orang lain bagi kepentingan diri sendiri. Ilmu hitam merangkumi yang diamalkan ada berkait rapat dengan jin atau makhluk halus.

Mengikut ulama, pengamalan ilmu yang tidak berlandaskan yang Maha Esa boleh membawa kepada syirik. Ini bererti sebarang bentuk sihir adalah dilarang muthlak.

Bagaimanapun menurut pandangan barat, kaitan antara ilmu hitam dan ilmu putih terbahagi kepada beberapa teori, antaranya adalah teori Kesemuanya sebagai Satu (All as One), teori Tiada Kaitan (No Connection), dan teori Berasingan tetapi Sama (Separate but Equal).

  • Kesemuanya sebagai Satu: Semua bentuk sihir adalah jahat, atau ilmu hitam. Ugama yang memegang pendapat ini merangkumi sebahagian besar ugama utama Islam, Kristian, agama Yahudi, Buddha dan Hindu. Pandangan ini biasanya mengaitkan ilmu hitam dengan Satanisme.
  • Tiada Kaitan: Ilmu hitam dan putih adalah bentuk sihir, tetapi asalnya berlainan, dan terhasil dengan cara yang berbeza, walaupun menghasilkan kesan yang serupa. Kedudukan ini adalah yang paling sering ditonjolkan dalam careka, termasuk sebahagiannya dalam siri Harry Potter.
  • Berasingan tetapi Sama: Sihir hitam dan putih adalah perkara yang sama, dibezakan oleh matlamatnya. Di bawah pendapat ini, mentera yang sama boleh menjadi hitam atau putih; ia ditentukan oleh hasil akhirnya. Kebanyakan ugama lain memegang pendapat ini, termasuk juga cereka lain yang tidak menurut teori semuanya sama.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]