Harry Potter

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini membincangkan novel Harry Potter. Untuk watak Harry Potter, sila ke Harry Potter (watak).


Harry Potter
Harry potter stamps.jpg
Kejayaan francais Harry Poter telah membawa ke suatu set setem yang telah diedarkan oleh Royal Mail, yang mencirikan kulit ketujuh-tujuh buku Harry Potter.[1]
Pengarang J. K. Rowling
Negara United Kingdom
Bahasa Inggeris
Genre Dongeng, Thriller, Bildungsroman
Penerbit United Kingdom Bloomsbury Publishing
Amerika Syarikat Scholastic Publishing
Kanada Raincoast Books
AustraliaNew Zealand Allen & Unwin
Tarikh terbitan 26 Jun 199721 Julai 2007
Jenis media Keluaran Kulit Keras & Kulit Lembut dan
Buku Audio
Bil. muka surat United Kingdom 3407 (dalam jumlah)
Amerika Syarikat 4100 (dalam jumlah)

Harry Potter merupakan nama watak yang menjadi tajuk utama buku-buku ciptaan J. K. Rowling dan filem yang berdasarkan kepada siri novel ini. Novel pertamanya, Harry Potter and the Philosopher's Stone, diedarkan pada 1997, namun ceritanya diplotkan terjadi pada tahun hujung abad ke-20.

Di sebalik Harry Potter[sunting | sunting sumber]

Idea Harry Potter tercetus di fikiran J. K. Rowling atau nama sebenar beliau, Joanne Kathleen Rowling ketika menaiki kereta api dari Manchester ke London pada tahun 1990. Pada waktu itu, beliau baru putus cinta dengan bekas suaminya dan mengambil inisiatif untuk menjadikan Harry Potter sebagai inspirasi hidupnya. Beliau telah mengisi masa di dalam perjalanannya itu dengan memikirkan sebaik-baiknya plot yang lengkap untuk ceritanya itu.

Sebelum wujudnya Harry Potter, hidup beliau amat susah, ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Hidupnya sebagai penulis tidak tentu arah lebih-lebih lagi setelah bercerai dengan bekas suaminya. Beliau kembali ke London untuk meneruskan penulisannya. Karyanya ini telah banyak kali ditolak oleh syarikat penerbitan kerana penerbitnya yang kurang berminat dan disertakan dengan bermacam-macam alasan. Akhirnya, syarikat Bloomsbury memberi peluang kepadanya lalu tanpa disedari, telah mengubah hidup J. K. Rowling yang miskin dan susah kepada seorang penulis selebriti antara yang terkaya dan terpengaruh di dunia.

Kini, siri Harry Potter merupakan telah menjadi salah satu siri novel terlaris di dunia yang turut dialihbahasa kepada lebih 50 buah bahasa.

Joanne Kathleen Rowling, orang yang menjadi titik tolak kepada Harry Potter

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Kisahnya mengenai seorang remaja lelaki yang bernama Harry Potter yang mengetahui bahawa orang tuanya adalah ahli sihir pada ulang tahunnya ke-11. Dia kemudian dihantar untuk bersekolah di Sekolah Sihir Hogwarts. Di sana dia bertemu dengan dua orang yang kemudian menjadi rakan karibnya, Hermione Granger dan Ron Weasley. Dari situ, kehidupannya sebagai murid sekolah sihir tersebut diceritakan sepanjang tujuh buku, yang masing-masing mencakup masa waktu satu tahun.

Hingga kini sudah ada enam buku yang diterbitkan. Buku keenam, Harry Potter and the Half-Blood Prince diterbitkan pada 16 Julai 2005. Dijadualkan kisah Harry akan berakhir pada jilid ke-7.

Siri ini juga telah dibawa ke layar filem oleh Warner Bros. Sehingga kini, 5 buku pertama telah berjaya difilemkan dan ditayangkan kepada awam.

Watak-watak[sunting | sunting sumber]

Sampul buku pertama siri Harry Potter, Harry Potter dengan Batu Hikmat terbitan Pelangi)

Anugerah[sunting | sunting sumber]

J.K. Rowling dan siri Harry Potter telah menerima pelbagai anugerah sejak penerbitan pertamanya iaitu Philosopher's Stone termasuk empat Anugerah "Whitaker Platinum Book" (semuanya dianugerahkan pada 2001), tiga "Nestlé Smarties Book Prize" (1997-1999), dua Anugerah Buku Majlis Seni Scotland (1999 dan 2001), satu Anugerah buku kanak-kanak tahunan Whitbread, (1999), Buku WHSmith bagi tahun 2006, dan lain lagi. Pada 2000 Harry Potter and the Prisoner of Azkaban telah dicalonkan bagi Novel Terbaik untuk Anugerah Hugo manakala pada tahun 2001, Harry Potter and the Goblet of Fire memenanginya pula. Penghormatan yang diterima termasuklan pujian bagi Pingat Carnegie (1997), disenarai pendekkan bagu Anugerah Guardian Children (1998), dan beberapa buku pilihan, pilihan penyunyting dan senarai buku terbaik di Persatuan Perpustakaan Amerika, Chicago Public Library, dan Publishers Weekly.[2]

Kejayaan komersil[sunting | sunting sumber]

Kepopularan Harry Potter telah diterjemahkan kepada kejayaan kewangan Rowling, penerbitnya serta mana-mana pemegang lesen yang berkaitan dengan Harry Potter. Bukunya telah terjual melebihi 325 juta naskhah seluruh dunia dan juga membawakan lonjakan kepada filem adaptasi populat yang diterbitkan oleh Warner Bros., dan semuanya berjaya dengan hasil yang tersendiri sejak yang pertama lagi iaitu, Harry Potter and the Philosopher's Stone, yang menduduki senarai keempat senarai keuntungan filem tertinggi sepanjang masa dan tiga lagi filem Harry Potter menguasai 20 tempat teratas.[3] Filemnya pula telah ditukarkan menjadi lima permainan video dan dengan itu memulakan perlesenan lebih 400 produk tambahan Harry Potter (termasuk iPod) yang, hingga Julai 2005, membuatkan jenama Harry Potter bernilai lebih 4 bilion dolar dan J.K. Rowling merupakan jutawan dolar AS, membuatkannya, menurut sesetengah laporan, lebih kaya daripada Ratu Elizabeth II.[4][5]

Pada 12 April 2007, Barnes & Noble mengumukan yang Deathly Hallows memecah rekod tempahan melebihi 500,000 salinan ditempah melalui lamannya.[6]

Penceritaan[sunting | sunting sumber]

Novel ini lebih kepada genre sastera khayalan. Walau bagaimanapun, dalam panyak perkara, ia juga adalah Bildungsroman, novel pendidikan, yang berkisar di Sekolah Sihir Hogwarts, sebuah sekolah berasrama penuh British bagi ahli sihir, yang kurikulumnya merangkumi sihir dan kuasa ajaib. Dalam hal ini, ia seolah-olah mengikut cara Tom Brown's School Days oleh Thomas Hughes dan novel lain dari era Victorian dan Edwardian berkenaan kehidupan di sekolah awam British.

Ia juga, seperti yang dikatakan Stephen King, "sebuah kisah misteri yang bijak", dan setiap buku dikarang seperti gaya misteri Sherlock Holmes; iaitu buku-buku meninggalkan pembayang yang tersembunyi dalam setiap karangan manakala watak-watak mengecam beberapa suspek di pelbagai lokasi yang membawa kepada penamatan yang berlawanan dari apa yang difikirkan watak. Cerita tersebut diceritakan dari sudut pandangan orang ketiga yang terhad pengetahuannya; dengan beberapa pengecualian, seperti bab pembukaan Harry Potter dalam Piala Api, pembaca mengetahui rahsia cerita pada masa yang sama dengan Harry. Pemikiran dan rancangan watak lain, walaupun menonjol seperti Hermione dan Ron, adalah tersembunyi hinggalah terdedah dan diketahui oleh Harry sendiri.

Buku siri ini cenderung mengikut rumus berikut yang ditetapkan berlaku sepanjang tahun dan berturutan. Ia boleh dibahagi kepada 6 bahagian:

1. Musim panas di rumah Keluarga Dursley: Harry menghabiskan kebanyakan masa cuti sekolah musim panasnya dengan keluarga Dursley, dalam dunia Muggle, menahan siksaan yang diterima. Bahagian ini berakhir dengan Harry pergi ke lokasi lain.

2. Penghujung musim panas - Sebelum sekolah bermula pada musim luruh: Harry akan ke Diagon Alley, The Burrow atau Nombor Dua Belas,Grimmauld Place. Ia berakhir dengan bertolaknya Harry ke sekolah dengan menaiki kereta api sekolah di Platform 9 3/4.

3. Sesi persekolahan baru: Watak baru atau watak yang ditampiplkan semula mengambil tempat, dan Harry melalui hal-hal persekolahan baru seperti esei yang menyukarkan, pertemuan yang kekok dan guru yang tidak bertimbang rasa; perkara ini lazimnya tamat sekitar Halloween.

4. Konflik timbul: Harry dan rakannya mula merasakan sesuatu yang pelik dan tidak betul berlaku dan mula bertindak balas.

5. Kemuncak atau klimaks: Harry dan rakannya menemui seuatu yang penting, dan mula meluru ke tempat-tempat tertentu bagi konflik yang besar, melibatkan pertarungan melawan watak jahat. Hal ini sering berlaku berhampiran atau selepas peperiksaan akhir.

6. Kesan peristiwa: Harry mula pulih setelah tamat pertarungan dan mendapati pengajaran yang tertentu melalui pendedahan dan penjelasan oleh Albus Dumbledore. Ia berakhir dengan Harry menaiki Ekspres Hogwarts dan mula menuju ke rumah dengan keluarga Dursley.

Siri[sunting | sunting sumber]

Buku Harry Potter[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah judul versi bahasa Inggeris dan judul bahasa Melayu dalam kurungan.

  1. Harry Potter and the Philosopher's Stone (Harry Potter dengan Batu Hikmat; ISBN 979-655-851-3)
  2. Harry Potter and the Chamber of Secrets (Harry Potter dan Bilik Rahsia; ISBN 979-655-852-1)
  3. Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (Harry Potter dengan Banduan Azkaban; ISBN 979-655-853-x)
  4. Harry Potter and the Goblet of Fire (Harry Potter dalam Piala Api; ISBN 979-655-854-8)
  5. Harry Potter and the Order of the Phoenix (Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix; ISBN 979-22-0652-3)
  6. Harry Potter and the Half-Blood Prince (Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan; ISBN 983-00-2594-2)
  7. Harry Potter and the Deathly Hallows (Harry Potter dengan Azimat Maut; ISBN 983-00-3303-1 )

Di Malaysia, buku-buku ini diterbitkan oleh syarikat Penerbitan Pelangi.

Filem-filem[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Harry Potter (filem)
  1. Harry Potter and the Sorcerer's Stone (2001)
  2. Harry Potter and the Chamber of Secrets (2002)
  3. Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (2004)
  4. Harry Potter and the Goblet of Fire (2005)
  5. Harry Potter and the Order of the Phoenix (2007)
  6. Harry Potter and the Half-Blood Prince (2008)
  7. Harry Potter and the Deathly Hallows(2010)

Taman Tema[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Mei 2007, Warner Brothers, Universal Studios dan Leavesden Studios mengumukan yang satu kawasan Harry Potter akan dibina di Orlando, Florida di Universal Orlando's Islands of Adventure.[7] Pengumuman tersbeut menyatakan "The Wizarding World of Harry Potter" sebagai "persekitaran bertemakan Harry Potter yang pertama di dunia." Menurut sidang akhbar Warner Bros., bahagian tersebut "Dijangka siap penghujung 2009. Persekitaran tersebut akan mengandungi perlbagai tarikan menarik begitu juga kedai dan restoran yang memberikan pengunjung menikmati keadaan di dunia sihir Harry Potter. Juga turut menghiasi tarikan tersebut adalah keajaiban, watak dan cerita Harry Potter akan dihidupkan dalam keadaan yang tidak pernah dirasakan pengunjung."[8] Dalam pengumuman internet dinyatakan yang rancangan tersebut telahpun mengambil masa setahun setengah dengan sumbangan daripada J.K. Rowling dan Stuart Craig[7]

Siri Harry Potter rekaan J. K. Rowling

Batu Hikmat buku filem
Bilik Rahsia buku filem
Banduan Azkaban buku filem
Piala Api buku filem
Kumpulan Phoenix buku filem  
Putera Berdarah Kacukan buku filem  
Azimat Maut buku (filem)  

WatakTempatSihirSubjek - Objek - Makhluk - Buku

Kritikan, pujian dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Artikel penuh: Perdebatan agama mengenai Harry Potter

Buku-buku Harry Potter telah menjadi sasaran sejumlah tindakan undang-undang, sebahagian besarnya berpunca daripada dakwaan-dakwaan oleh kumpulan-kumpulan keagamaan Amerika bahawa sihir dalam buku-buku tersebut menggalakkan amalan ilmu hitam di kalangan kanak-kanak, atau berasal daripada pelbagai konflik mengenai pelanggaran hakcipta dan cap perdagangan.

Populariti meluas dan nilai pasaran tinggi buku-buku tersebut telah menyebabkan Rowling, pihak penerbit dan pengedar filem Warner Bros. mengambil langkah-langkah perundangan untuk melindungi hakcipta mereka yang membabitkan larangan menjual barangan tiruan Harry Potter, pantauan terhadap pemilik-pemilik laman web mengenai nama domain "Harry Potter", dan pemfailan tindakan undang-undang terhadap Nancy Stouffer bagi menghadapi tuduhan beliau bahawa Rowling telah menciplak hasil karyanya.

Banyak pihak konservatif agama mendakwa bahawa buku-buku tersebut menggalakkan amalan ilmu hitam dan oleh sebab itu tidak sesuai untuk kanak-kanak, manakala sebilangan kritikan telah mengecam buku-buku tersebut kerana mempromosikan agenda-agenda politik.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Special stamps to mark Potter book release". Australian Broadcasting Corporation. 2007-22-05. Diperoleh pada 2007-06-06. 
  2. Arthur, Levine. "Awards". Arthur A. Levine Books. Diperoleh pada 2006-05-21. 
  3. "Potter book sales top 325 million". USA Today. February 4th, 2007. 
  4. "J.K. Rowling Richer than the Queen". BBC. April 27, 2003. 
  5. "Harry Potter Brand Wizard". Business Week. July 21, 2005. 
  6. "New Harry Potter breaks pre-order record". RTÉ.ie Entertainment. 2007-04-13. Diperoleh pada 2007-04-23. 
  7. 7.0 7.1 The Wizarding World of Harry Potter – Universal Orlando Resort
  8. Majendie, Paul (2007-05-31). "All aboard for the Harry Potter rollercoaster". Reuters. Diarkibkan daripada asal pada 2007-06-02. Diperoleh pada 2007-05-31. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]