Ingalls Shipbuilding

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 30°20′51″N 88°34′30″W / 30.347371°N 88.575017°W / 30.347371; -88.575017

Pandangan udara Ingalls Shipbuilding pada tahun 1985. Kelihatan dalam foto ini adalah (sisi pelabuhan, kiri ke kanan): USS Yorktown (CG-48), USS Vincennes (CG-49), USS Valley Forge (CG-50) dan USS Bunker Hill (CG-52). Kerja-kerja pembinaan di darat adalah USS Mobile Bay (CG-53) dan USS Antietam (CG-54).

Ingalls Shipbuilding adalah sebuah limbungan kapal yang terletak di Pascagoula, Mississippi, Amerika Syarikat. Ia telah diasaskan pada tahun 1938, dan kini sebahagian daripada firma Huntington Ingalls Industries. Ia merupakan peneraju utama dalam pembinaan kapal untuk Tentera Laut Amerika Syarikat. Ia menggaji seramai 12,500 orang pekerja, dan merupakan majikan swasta kedua terbesar di Mississippi, di mana WalMart merupakan majikan terbesar dengan 24,000 orang pekerja.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pandangan sebuah seksyen Ingalls Shipbuilding Company menunjukan pelbagai kapal Tentera Laut AS yang sedang dibina. Foto menunjukan (kiri ke kanan): USS Boxer (LHD-4), USS Ramage (DDG-61), USS Benfold (DDG-65) dan korvet peluru berpandu Israel, Hanit (503).

Pada tahun 1938, Ingalls Shipbuilding Corporation telah ditubuhkan oleh Robert Ingersoll Ingalls, Sr. (1882–1951) di Birmingham, Alabama, Tebing Timur Sungai Pascagoula, Mississippi.[2] Ingalls terletak di mana Sungai Pascagoula mengalir ke Teluk Mexico. Ia bermula dengan pembinaan kapal komersial termasuk USS George Clymer (APA-27), yang mana mengambil bahagian dalam Liberty Fleet Day pada 27 September 1941. Pada tahun 1950-an, Ingalls mula membida kerja-kerja berkaitan dengan tentera laut, dan memenangi satu kontrak pada tahun 1957 untuk membina 12 buah kapal selam nuklear.

Litton Industries kemudian membeli Ingalls pada tahun 1961, dan pada 1968 mengembangkan kemudahannya ke seberang tebing sungai. Ingalls mencapai kadar penggajian tertingginya pada tahun 1977, dengan seramai 27,280 orang pekerja. Pada April 2001, Litton telah diambil alih oleh Northrop Grumman Corporation.[3]

Pada 29 Ogos 2005, kemudahan di Ingalls mengalami kerosakkan akibat dari Taufan Katrina; kebanyakan kapal-kapal di dermaga dan pembinaan terselamat daripada kerosakan serius. Meskipun pembinaan kapal dihentikan sementara ekoran kemusnahan banyak bangunan, kebanyakan kenderaan dan kren-kren besar yang sama masih digunakan sehingga ke hari ini.

Pada 31 Mac 2011, Northrop Grumman memindahkan sektor pembinaan kapal mereka {termasuk Ingalls Shipbuilding) ke dalam sebuah perbadanan baharu, Huntington Ingalls Industries.

Pada tahun 2015, Ingalls Shipbuilding Company telah menandatangani sebuah kontrak dengan Tentera Laut A.S untuk pembinaan kapal pembinasa, kapal tempur pesisir dan lancang pendaratan baharu. USS John Finn (DDG-113) adalah salah sebuah pembinasa baharu pertama yang dilancarkan pada 28 Mac. Firma ini juga membina USS Ralph Johnson (DDG-114), USS Paul Ignatius (DDG-117) dan USS Delbert D. Black (DDG-119).

Pada 21 Mac 2015, kapal dok pengangkutan amfibia kelas-San Antonio baharu USS John P. Murtha (LPD-26) telah dirasmikan. Kapal ini telah dilancarkan pada 30 Oktober dan ditauliahkan pada tahun 2017.

Pada 27 Mac 2015, limbungan ini telah menerima kontrak-kontrak pembinaan untuk kapal-kapal pembinasa seterusnya. Ingalls Shipbuilding Company telah dianugerahkan sebuah kontrak ubahsuai bernilai AS$604.3 juta untuk membina USS Frank E. Petersen Jr. (DDG-121).

Pada 31 Mac 2015, limbungan ini juga menerima satu kontrak lain dengan nilai harga tetap AS$500 juta untuk membina kapal ke-8 National Security Cutter (NSC) untuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat. Kebanyakannya akan dibina sehingga tahun 2019. Kapal ini merupakan versi termaju yang pernah dibina untuk Pengawal Pantai. [4]

Pada 30 Jun 2016, Ingalls Shipbuilding telah menandatangani sebuah kontrak dengan Tentera Laut A.S untuk membina kapal serangan amfibia. Skop kontrak ini termasuk perancangan, kejuruteraan maju dan perolehan bahan-bahan penghantaran lama dengan harga lebih AS$272 juta. Sekiranya, pilihan kontrak dilakukan, jumlah terkumpul kontrak bernilai AS$3.1 bilion[5]

Produk[sunting | sunting sumber]

Produk utama Ingalls adalah kapal-kapal tentera laut, dan projek-projek tentera laut untuk Mesir, Israel, dan Venezuela. Pada tahun 1950-an, Ingalls cuba untuk memasuki pasaran lokomotif diesel. Mereka mengkatalogkan sebuah barisan produk yang ekstensif tetapi hanya menghasilkan sebuah contoh yang mana dikenali sebagai model 4-S. Ia kemudian dijual kepada Gulf, Mobile & Ohio Railroad. Ingalls juga menghasilkan gerabak kereta api tertutup pada awal tahun 1980-an, dengan mengeluarkan sekitar 4,000 unit, untuk pasaran sewaan melalui North American Car.[6]

Kapal-kapal yang telah dibina[sunting | sunting sumber]

Kapal-kapal yang telah dibina oleh Ingalls termasuk:

Kapal selam[sunting | sunting sumber]

Pembinasa[sunting | sunting sumber]

Penjajap[sunting | sunting sumber]

Pemotong[sunting | sunting sumber]

Dok pengangkutan amfibia[sunting | sunting sumber]

Kapal serangan amfibia[sunting | sunting sumber]

Pengangkut penyerang[sunting | sunting sumber]

pengangkut penyerang kelas-Bayfield[7]

Korvet[sunting | sunting sumber]

Kapal tangki[sunting | sunting sumber]

Prototaip kapal tangki T5, kapal sepanjang 615-kaki yang boleh diubahsuai dengan janaan kuasa atom, 1958

Kapal krus dan kapal penumpang[sunting | sunting sumber]

Pemasangan semula[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wal•Mart
  2. ^ a b c d Fact Sheet[pautan mati kekal]. Northrup Grumman Shipbuilding. Retrieved 2009-09-23
  3. ^ "Northrop Grumman to Acquire Litton Industries for $80 Per Share Cash". Maritime Reporter and Engineering News, 2000-12-22. Retrieved 2009-09-23
  4. ^ "Flurry of Contracts Spark US Navy Shipbuilding". Dicapai pada 9 Ogos 2016.
  5. ^ "Ingalls Shipbuilding gets $3.1 billion Navy warship contract". Dicapai pada 22 Ogos 2016.
  6. ^ "Ingalls Shipbuilding, Pascagoula MS". Diarkibkan daripada yang asal pada 5 April 2016. Dicapai pada 22 Julai 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ Bayfield and Windsor-class attack transports, per [1] List as of 3-6-15, may not be exhaustive.

Templat:NA Loco builders

Pautan luar[sunting | sunting sumber]