Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Institut Perguruan Darulaman)
Lompat ke: pandu arah, cari
IPG Kampus Darulaman
Institute of Teacher Education, Darulaman Campus
Mendidik dan Memimpin
Lokasi
Jitra, Kedah
Maklumat
Ditubuhkan 1 Jun 1990
Pelajar Kursus Persediaan, Ijazah Sarjana Muda & Diploma
Pengarah Tn. Hj. Roslan bin Abdul Hamid
Timbalan Pengarah akan ditambah
Hal Ehwal Pelajar Encik Ahmad Sukri bin Mustapha
Laman web

Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman(IPG KDA) yang merupakan sebuah institusi pendidikan di Jitra, Kedah.

Sejarah ringkas[sunting | sunting sumber]

Institut Perguruan Darulaman ditubuhkan pada 1 Jun 1990 di kampus Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Sekumpulan 218 orang pelajar, beberapa orang pensyarah dan staf sokongan dari Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur adalah peneroka awal.

Luas kampus ini adaiah 25 hektar, yang terdiri daripada lapan buah bangunan akademik, sebuah bangunan pentadbiran, sebuah bangunan gerakerja kokurikulum (GERKO), sebuah bangunan Budisiswa, sebuah dewan besar dan sebuah bangunan pusat sumber. Kampus ini juga menyediakan berbagai kemudahan seperti surau, gelanggang permainan dan kemudahan sukan serta olahraga. Kampus ini dikongsi bersama dengan Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara (lAB) yang menduduki dua buah bangunan akademik.

Institut ini mengendalikan Kursus Perguruan Asas Pengajian Sekolah Rendah Lima Semester dalam bidang Pengajian Melayu, Pengajian Inggeris, Pengajian Cina, Pengajian Agama Islam, Sains dan Matematik serta Matematik dan Muzik. Untuk sekolah menengah pula, institut ini mengendalikan Kursus Perguruan Lepas Ijazah dalam bidang Pengajian Melayu dan Sejarah, Pengajian Melayu dan Sastera, Perdagangan dan Perakaunan serta Perdagangan dan Ekonomi Asas. Di samping itu, mulai sesi 1995 Kursus Perguruan Lepas Diploma dalam bidang Sains telah diperkenalkan.

Institut ini juga mengendalikan kursus dalam perkhidmatan iaitu Kursus Sijil Perguruan Khas Satu Tahun (KSPK) dalam bidang Program Pengurusan Sumber Pengajaran Pembelajaran, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Pemulihan serta Bimbingan dan Kaunseling. Sementara itu Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu dalam bidang Komputer Dalam Pendidikan dan Bimbingan dan Kaunseling juga wujud. Kursus Diploma Perguruan Khas (KDPK) yang menggantikan KSPK telah diperkenalkan pada bulan Julai 1996 manakala Kursus Diploma Perguruan Malaysia pada bulan Ogos 1996.

Perangkaan pada 1 November 1996 menunjukkan bilangan pelajar Institut Perguruan Darulaman adalah seramai 2128 orang. Mereka terdiri daripada 354 orang guru pelatih Kursus Diploma Perguruan Malaysia, 221 orang peserta Kursus Perguruan Lepas Ijazah, 138 orang peserta Kursus Lepas Diploma, 1133 orang peserta Kursus Perguruan Sekolah Rendah dan 282 orang peserta Kursus Perguruan Sekolah Rendah Semester tiga, empat dan lima dan 282 orang peserta Kursus Diploma Perguruan Khas.

Pada masa ini IPG KDA mempunyal tujuh buah jabatan, iaitu Jabatan Ilmu Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Bahasa, Jabatan Sains dan Matematik, Jabatan Kajian Sosial, Jabatan Teknologi Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]