Irina Bokova

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Irina Bokova

Irina Bokova (Bulgaria: Ирина Георгиева Бокова) (lahir 12 Julai 1952) adalah seorang ahli politik Bulgaria. Beliau merupakan bekas Menteri Luar dan kemudian duta Bulgaria. Pada 23 September 2009, beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Beliau muncul wanita pertama memegang jawatan tersebut selain satu-satunya ketua agensi berasal dari blok bekas Soviet.

Bokova (57) melanjutkan pengajian di Moscow dan Amerika Syarikat (AS) sebelum bekerja sebagai diplomat/ duta ke Perancis dan Monaco. Beliau wakil Bulgaria dalam lembaga eksekutif UNESCO sejak 2007 .Bapanya Georgi Bokov merupakan ketua editor akhbar parti Rabotnichesko Delo . Bokova pernah belajar di Institut Negara Moscow dalam bidang Hal Ehwal Antarabangsa.Beliau mendapat biasiswa untuk melanjutkan pengajian di Universiti Maryland di AS . Beliau juga belajar di Sekolah Kerajaan John F. Kennedy di Universiti Harvard.

Bokova berkhidmat di Kementerian Luar Bulgaria . Selepas menamatkan misi PBB di New York, Bokova dilantik sebagai anggota Perhimpunan Kebangsaan Perlembagaan dari tahun 1990 hingga 1991 setelah kejatuhan komunis. Dari 1996-1997 Bokova membantu Perlembagaan baru Bulgaria. Perdana Menteri Bulgaria Boyko Borisov menganggap perlantik itu sebagai mengiktiraf sumbangan negara Bulgaria kepada PBB.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]