Monaco

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Prinsipaliti Monaco
Principauté de Monaco
Moto: "Deo Juvante"  (Latin)
"Dengan Pertolongan Tuhan"
Lagu: Hymne Monégasque
Lokasi  Monaco  (dalam bulatan)in di benua Eropah  (putih)
Lokasi  Monaco  (dalam bulatan)

in di benua Eropah  (putih)

Ibu negara Monaco[1]
Bandar Most populated quartier
Monte Carlo
Bahasa rasmi Bahasa Perancis[2]
Kerajaan Raja berperlembagaan dan Wilayah prinsipaliti beraja
 -  Putera Monaco Putera Albert II
 -  Menteri Negara Jean-Paul Proust (UPM)
 -  Presiden Majlis Kebangsaan Stéphane Valeri (UPM)
Kemerdekaan
 -  Keluarga Grimaldi 1297 
Kawasan
 -  Jumlah 1.95 km2 (ke-233)
0.76 sq mi 
 -  Perairan (%) 0.0
Populasi
 -  2007 (anggaran) 32,671 (ke-205)
 -  2000 (anggaran) 32,020
 -  Kepadatan 16,754/km2 (ke-2)
47,358/sq mi
KDNK (PPP) 2007 anggaran
 -  Jumlah $976 juta (ke-179)
 -  Per kapita $70,670 (€50,000) (Sept. 07) (2/3)
HDI (2003) 0.946 (tinggi / ke-16 sehingga 2005)
Mata wang Euro (EUR)
Zon waktu CET (UTC+1)
 -  Musim panas (DST) CEST (UTC+2)
Kod panggilan 377
Internet TLD .mc
Arca peringatan François Grimaldi bertopengkan rahib dengan pedang di bawah jubah.
Peta Monaco

Monaco ialah sebuah prinsipaliti negara kota di Eropah Barat yang mengamalkan sistem kerajaan raja berperlembagaan. Terletak di Rivera Perancis, antara Laut Mediterranean dan Perancis, serta beberapa batu dari sempadan bersama Perancis dengan Itali, Monaco adalah salah satu negeri mikro di Eropah.

Monaco ialah negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tertinggi1 serta negeri merdeka yang ketiga terkecil di dunia. Monaco juga mempunyai pasukan dan kehadiran polis yang terbesar di dunia, baik dari segi per kapita mahupun dari segi keluasan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Geografi Monaco

Monaco ialah negara yang kedua terkecil di dunia, selepas Bandaraya Vatikan. Monaco terletak 18 kilometer di timur bandar raya Nice, berhampiran dengan sempadan Itali, dan dikelilingi pada tiga sisinya oleh Kawasan Provence-Alpes-Côte d'Azur di Perancis. Ia terdiri daripada satu jalur pantai yang sempit antara Laut Mediterranean dan bukit-bukit kaki Banjaran Alp, dengan titik tertingginya di "Le Rocher" yang setinggi 141 meter (459 kaki).

Monaco terbahagi kepada tujuh bahagian atau quartiers, iaitu:

  1. Monaco-Ville, ibu negara dan bandar raya lama, yang terletak di Batu Monaco, tanjung tinggi yang berbatu-batan dan yang menganjur ke Mediterranean;
  2. La Condamine, bahagian di sepanjang pelabuhan;
  3. Monte Carlo, kawasan kediaman serta tempat peranginan yang memiliki sebuah kasino;
  4. Fontvieille, kawasan baru yang ditebus guna dari laut;
  5. Moneghetti yang menyempadani Cap d'Ail di barat;
  6. Larvotto - Tenao yang merangkumi kawasan pantai di timur kawasan kerajaan;
  7. Santo Roman yang menyempadani Tenao dan yang merupakan hujung yang paling timur.

Monaco terkenal kerana pemandangan semula jadinya yang sungguh indah, dengan iklim yang sederhana dan cerah. Bulan-bulan yang paling dingin ialah Januari dan Februari dengan suhu minimum purata serendah 8 °C (47 °F), manakala bulan-bulan yang paling panas ialah Julai dan Ogos, dengan suhu maksimum purata setinggi 26 °C (78 °F).

Demografi[sunting | sunting sumber]

Pemandangan Monacoville.

Komposisi penduduk Monaco adalah luar biasa dari segi bahawa orang-orang Monegasque yang asli merupakan golongan minoriti dalam negara sendiri. Golongan terbesar ialah rakyat Perancis (47%), diikuti oleh orang Monegasque (16%), dan rakyat Itali (16%), dengan 21% yang tinggal terdiri daripada 125 bangsa yang merupakan penduduk antarabangsa.

Bahasa Perancis ialah bahasa rasmi Monaco yang tunggal, tetapi bahasa-bahasa Inggeris, Itali dan Monegasque tempatan (keturunan bahasa Genoa) juga dituturkan. Kadar kenal huruf ialah 99%.

Agama Roman Katolik ialah agama rasmi, dengan kebebasan menganuti agama-agama yang lain dijamin oleh perlembagaan.

Politik[sunting | sunting sumber]

Monaco telah diperintah sebagai sebuah negara raja berperlembagaan sejak dari tahun 1911, dengan Putera Berdaulat Monaco sebagai ketua negara. Cabang eksekutifnya terdiri daripada seorang Menteri Negara (ketua kerajaan) yang mempengerusikan Majlis Kerajaan empat-ahli yang merupakan kabinet Monaco.

Menteri Negara adalah warganegara Perancis yang dilantik oleh Putera Monaco daripada calon-calon yang dicadangkan oleh Kerajaan Perancis. Di bawah perlembagaan 1962, Putera Monaco berkongsi kuasanya dengan Majlis Negara (parlimen) ekadewan yang terdiri daripada 24 orang ahli. Ahli-ahli badan perundangan ini dipilih melalui pilihan raya umum untuk tempoh-tempoh lima tahun. Hal-ehwal tempatan dikendalikan oleh Majlis Komunal yang terdiri daripada 15 orang alhi yang dipilih melalui pilihan raya dan yang diketuai oleh Datuk Bandar.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Ekonomi Monaco
Pemandangan bandar raya dan pelabuhan Monaco.

Salah satu sumber pendapatan Monaco yang utama ialah pelancongan; setiap tahun, banyak pelancong tertarik kepada kasino dan iklimnya yang menyenangkan. Satu projek pembinaan utama pada tahun 2001 memanjangkan tambangan yang digunakan oleh kapal-kapal pesiaran di pelabuhan utama. Dalam usahanya untuk mempelbagaikan ekonomi, Monaco telah mencapai setakat kejayaan dalam menceburi bidang perkhidmatan dan industri-industri kecil bernilai ditambah tinggi yang bukan pencemar, seperti kosmetik dan biotermik.

Monaco tidak mengenakan cukai pendapatan perseorangan, tetapi mengekalkan monopoli-monopoli dalam banyak sektor, termasuk tembakau dan perkhidmatan pos. Kerajaan Monaco yang dahulu memiliki sepenuhnya Telekom Monacoelecom, rangkaian telefon negara, kini memiliki 45%, dengan 55% yang tinggal dimiliki oleh Kabel dan Wayarles (49%) dan Compagnie Monégasque de Banque (6%). Walaupun demikian, Telekom Monacoelecom masih tetap merupakan sebuah monopoli. Taraf hidup penduduk Monaco adalah tinggi, dan lebih kurang setanding dengan para penduduk di kawasan-kawasan metropolitan Perancis yang kaya.

Ketiadaan cukai pendapatan perseorangan di Monaco telah menarik banyak "pelarian cukai" yang kaya dari negara-negara Eropah yang lain ke negara ini. Orang-orang termasyhur seperti pemandu-pemandu Formula Satu menarik paling banyak perhatian, tetapi kebanyakan mereka adalah usahawan. "Pelarian-pelarian" tersebut memperoleh kebanyakan pendapatan mereka daripada kegiatan-kegiatan di luar Monaco.

Pada tahun 2000, sebuah laporan oleh Arnaud Montebourg dan Vincent Peillon, ahli-ahli parlimen Perancis, mendakwa bahawa Monaco mempunyai dasar-dasar yang longgar terhadap pelaburan wang haram, termasuk kasinonya yang terkenal, dan bahawa Kerajaan Monaco mengenakan tekanan politik ke atas badan kehakimannya supaya jenayah-jenayah tidak disiasat dengan wajar. Sebagai balasan, Kerajaan Monaco mengemukakan laporan-laporannya kepada OECD dan Pasukan Petugas Tindakan Kewangan mengenai Pelaburan Wang Haram untuk membuat siasatan. Laporan-laporan itu menunjukkan bahawa kebanyakan dakwaan yang ditimbulkan adalah tidak benar.

Monaco bukannya salah satu ahli Kesatuan Eropah, tetapi amat rapat dengan Kesatuan itu melalui penyatuan kastamnya dengan Perancis. Oleh itu, mata wang Monaco adalah sama dengan Perancis, iaitu euro. Monaco juga memperoleh hak untuk menempa duit syiling euro dengan reka bentuk Monegasque pada sebelah negara.Pada tahun 2005,Monaco menghadapi masalah ekonomi tetapi datuk bandar Monaco,Sir William Azfar Congress Musharaf Sellapan George memberi idea yang bernas dengan menyuruh semua rakyat Monaco menjual seluar dalam,Bra,Kotex,G-String dan kondom.

Eksport-eksport Monaco yang utama ialah tembikar, kerja logam, tekstil, plastik, dan alat.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Daftar negara

Nota[sunting | sunting sumber]

1 Macau, yang tidak mempunyai hak kedaulatan, mempunyai bilangan penduduk yang lebih padat.

  1. "Sejarah dan Warisan" (dalam bahasa Inggeris). Majlis Kerajaan Monaco. Diperolehi pada 2008-05-22. 
  2. "Constitution de la Principauté (Perlembagaan Wilayah Beraja)" (dalam bahasa Perancis). Majlis Kerajaan Monaco. Diperolehi pada 2008-05-22. 


Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 43°43′58″N 7°25′11″E / 43.73278°U 7.41972°T / 43.73278; 7.41972