Isabelino Gradín

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari




Isabelino Gradín
Gradin.jpg
Maklumat peribadi
Tarikh lahir 8 Julai 1897(1897-07-08)
Tempat lahir Montevideo, Uruguay
Tarikh kematian 21 Disember 1944 (umur 47)
Tempat kematian Montevideo, Uruguay
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
1915–1921 Peñarol 212 (101)
1922–1929 Olimpia
Pasukan kebangsaan
1915–1927 Uruguay 24 (10)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 15 April 2009 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 15 April 2009 (UTC)

Isabelino Gradín (8 Julai 1897 - 21 Disember 1944) ialah seorang atlit dan pemain bola sepak Uruguay. Beliau merupakan salah seorang pemain bola sepak paling disegani pada era awal bola sepak di Uruguay dan antara pemain bola sepak paling hebat semasa pasukan Uruguay memenangi Piala Dunia FIFA 1930. Beliau menyertai Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan yang pertama diadakan di Argentina, di mana pasukannya berjaya menjadi johan pertama dalam sejarah Copa America. Semasa kejohanan tersebut, dalam perlawanan menentang pasukan Chile, beliau dan rakan sepasukannya Juan Delgado merupakan pemain berkulit hitam pertama yang bermain di peringkat antarabangsa. Gradín juga merupakan salah seorang pemain dalam pasukan Uruguay yang memenangi Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1917. Beliau juga merupakan johan empat kali atlit Amerika Selatan dalam acara larian 400 meter dan 200 meter[1][2][3].

Awal kehidupan[sunting | sunting sumber]

Gradín lahir di Montevideo pada tahun 1897 dan merupakan cicit kepada hamba Afrika daripada kerajaan Lesotho[4]. Beliau telah menetap di kampung Palermo di Montevideo[3].

Karier bola sepak[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Gradín menyertai Peñarol pada tahun 1915, di mana beliau menunjukkan prestasi cemerlang sehinggai dipanggil untuk menyertai pasukan kebangsaan Uruguay dalam tahun yang sama. Sepanjang karier beliau, beliau bermain dalam Kejohanan Liga Uruguay pada tahun 1918 dan 1921. Beliau membuat penampilan sebanyak 212 perlawanan, menjaringkan 101 gol. Beliau meninggalkan kelab Peñarol pada tahun 1921.

Pada tahun 1922, beliau terlibat dalam mengasaskan kelab Olimpia FC (kemudiannya dikenali sebagai River Plate). Gradín bermain untuk kelab Olimpia sehingga beliau bersara dari bola sepak pada tahun 1929, kemudiannya beliau menumpukan perhatian terhadap sukan atlit[2][3].

Negara[sunting | sunting sumber]

Semasa Gradín berumur 18 tahun, beliau membuat penampilan sulung bersama pasukan Uruguay pada bulan Julai 1915, menentang pasukan Argentina di Montevideo[5]. Dalam Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1916, pasukan Uruguay memenangi trofi antarabangsa mereka yang pertama, di mana Gradín menunjukkan prestasi cemerlang, merupakan penjaring gol terbanyak dengan 3 gol. Pada ketika ini, beliau hanya berumur 19 tahun[6]. Latar belakang Gradín menjadi isu yang ditimbulkan oleh pasukan Chile, kerana mereka mengatakan bahawa pasukan Uruguay memilih pemain Afrika. Dalam perlawanan menentang pasukan Chile, Gradín menjaringkan 2 dari 4 gol yang berkesudahan pasukan Uruguay menang 4-0. Beliau kemudiannya menjaringkan gol ketiga kejohanan ketika menentang pasukan Brazil, di mana pasukan Uruguay menang dalam perlawanan tersebut sekaligus menjadi johan keseluruhan[4][6][7][8][9].

Dalam Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1917 pula, beliau disenaraikan sebagai salah seorang pemain Uruguay. Namun begitu, beliau tidak digunakan sepanjang kejohanan tersebut, walaupun pasukannya menjadi johan keseluruhan[10].

Dalam Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1919, beliau bermain dalam kesemua perlawanan pasukan Uruguay dan menjaringkan 2 gol. Walau bagaimanapun, pasukan Brazil menjadi johan keseluruhan setelah menewaskan pasukan Uruguay dalam perlawanan timbal balik yang berkesudahan pasukan Brazil menang 1-0 setelah bermain sebanyak 150 minit iaitu masa perlawanan paling panjang pernah direkodkan[11].

Kemunculan Gradín sebagai orang berkulit hitam yang bermain untuk pasukan Uruguay memberikan kontroversi sehinggakan pasukan Brazil juga menyenaraikan pemain berkulit hitam di dalam pasukan mereka. Ramai penyokong bola sepak Brazil dengan lantang menyokong Gradín walaupun beliau daripada pasukan lawan[12].

Selepas Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1919, Gradín jarang mewakili pasukan Uruguay dalam mana-mana perlawanan kerana beliau terlibat dengan pemberontakan Federación Uruguaya de Football menentang Persatuan Bola Sepak Uruguay. Pada tahun 1924, Gradín mewakili pasukan bola sepak kebangsaan Uruguay yang diuruskan oleh Federación Uruguaya de Football menentang pasukan Argentina yang diuruskan oleh Asociación Amateurs de Football.[13]. Disebabkan perkara ini, beliau tidak dapat bersama-sama pasukan Uruguay yang memenangi beberapa lagi Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan serta pingat emas Sukan Olimpik[2][3].

Sepanjang karier beliau bersama pasukan kebangsaan, beliau telah membuat penampilan sebanyak 24 kali, menjaringkan 10 gol. Beliau menolak pelawaan pasukan Uruguay untuk bermain dalam acara bola sepak di Sukan Olimpik musim panas pada tahun 1928[2].


Karier sebagai atlit[sunting | sunting sumber]

Beliau juga merupakan seorang atlit yang cemerlang walaupun pada beliau bermain bola sepak.

Kelab[sunting | sunting sumber]

Gradín memulakan karier atlitnya dengan menyertai laza de Deportes Nº 1 sebelum berpindah ke Club Atlético Olimpio pada tahun 1918[2].

Kejohanan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1918, beliau memenangi 2 pingat dalam sukan Campeonato de Iniciación, pingat emas dalam acara larian 400 meter dan pingat gangsa dalam acara 200 meter[14].

Dalam Kejohanan Amerika Selatan 1919, beliau memenangi pingat emas dalam acara larian 200 meter dan 400 meter[1][15]. Pada tahun berikutnya, beliau berjaya mempertahankan pingat emasnya dalam acara yang sama[1][8][15].

Pada tahun 1922, Gradín memenangi pingat emas dalam acara larian 400 meter dalam sukan Campeonato Latino-Americano[14].

Akhir hayat[sunting | sunting sumber]

Gradín menghabiskan sisa-sisa kehidupan beliau dalam kemiskinan. Pada tahun 1944, beliau telah jatuh sakit dan dihantar ke hospital. Pada 17 Disember 1944, seluruh pasukan Peñarol melawat beliau di hospital dan hasil kemenangan mereka dalam Liga Uruguay didedikasi kepada Gradín. Beliau meninggal dunia pada 21 Disember 1944[3].

Biografi mengenai kehidupan Gradín telah diterbitkan pada tahun 2000 oleh seorang penulis Uruguay Carina Blixen yang bertajuk Isabelino Gradín : testimonio de una vida.[16].


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 "SOUTH AMERICAN CHAMPIONSHIPS (MEN)". gbrathletics.com. Diperoleh pada 25 November 2009. 
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 "Isabelino Gradín 1894–1944" (dalam bahasa Sepanyol). Club Atlético Olimpio. Diperoleh pada 25 November 2009. 
  3. 3.0 3.1 3.2 3.3 3.4 "Los Idolos – Isabelino Gradin" (dalam bahasa Spanish). carbonero.com. Diperoleh pada 25 November 2009. 
  4. 4.0 4.1 Galeano, Eduardo H. (1998). Soccer in sun and shadow. Verso. ms. 38. ISBN 1-85984-848-6. 
  5. "Appearances for Uruguay National Team". RSSSF. Diperoleh pada 25 November 2009. 
  6. 6.0 6.1 "Southamerican Championship 1916". RSSSF. Diperoleh pada 25 November 2009. 
  7. Vickery, Tim (2 January 2006). "Tim Vickery column". BBC. Diperoleh pada 25 November 2009. 
  8. 8.0 8.1 Ruocco, Angel V. (18 March 2004). "The agony of the beautiful game". FIFA. Diperoleh pada 25 November 2009. 
  9. Vickery, Tim (23 February 2009). "Music meets football in South America". BBC. Diperoleh pada 25 November 2009. 
  10. "Southamerican Championship 1917". RSSSF. Diperoleh pada 25 November 2009. 
  11. "Southamerican Championship 1919". RSSSF. Diperoleh pada 25 November 2009. 
  12. Kraay, Hendrik. Negotiating identities in modern Latin America. University of Calgary Press. ms. 82. ISBN 1-55238-229-X. 
  13. "Uruguay International Matches Dissident Association 1922–1925". RSSSF. Diperoleh pada 25 November 2009. 
  14. 14.0 14.1 "South American Championships (unofficial)". gbrathletics.com. Diperoleh pada 25 November 2009. 
  15. 15.0 15.1 "Past Result – South American Championships". IAAF. Diperoleh pada 27 November 2009. 
  16. "Isabelino Gradín : testimonio de una vida". Worldcat. Diperoleh pada 25 November 2009.