Copa América

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Copa América
Copa América de Fútbol.png
Ditubuhkan 1916 (Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan)
1975 (Copa América)
Kawasan Amerika Selatan (CONMEBOL)
Jumlah pasukan 12
Juara semasa  Uruguay (juara ke-15)
Pasukan paling berjaya  Uruguay (15 kali)
Laman web Copa América
Copa América 2015

Piala Amerika atau Copa América merupakan kejohanan utama bolasepak yang diikuti oleh negara-negara CONMEBOL iaitu Brazil, Argentina, Uruguay, Paraguay, Chile, Peru, Ecuador, Bolivia, Colombia dan Venezuela. Kejohanan ini umumnya diadakan setiap dua tahun sekali.

Format terkini kejohanan ini melibatkan 12 pasukan negara bertanding di dalam sesebuah negara tuan rumah yang dipilih mengikut abjad. Disebabkan CONMEBOL hanya mempunyai 10 buah negara di bawah naungannya, dua buah pasukan jemputan daripada naungan lain akan dijemput untuk memenuhkan kriteria 12 buah pasukan. Pasukan Uruguay merupakan pasukan yang paling banyak memenangi kejohanan ini dengan 15 kali.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Perlawanan pertama yang membabitkan pasukan rasmi di Amerika Selatan telah diadakan di Argentina pada tahun 1867 oleh beberapa orang pekerja buruh Britain. Pada awal abad ke-20, sukan bola sepak di Amerika Selatan menjadi sangat popular dan kejohanan pertama yang diadakan khusus untuk pasukan kebangsaan di Amerika Selatan diadakan pada tahun 1910, pada ketika itu Argentina mengadakan kejohanan ini bagi memperingati peristiwa Revolusi Mei. Dalam kejohanan ini, pasukan Chile dan Uruguay, namun begitu kejohanan ini tidak diiktiraf rasmi oleh CONMEBOL.

Pada tahun 1916, Argentina sekali lagi mengadakan kejohanan ini bagi menyambut ulangtahun ke-100 kemerdekaan mereka. Kejohanan kali ini disertai oleh pasukan Chile, Uruguay dan Brazil. Kejohanan pada tahun 1916 ini merupakan edisi pertama Copa América, di mana pasukan Uruguay merupakan johan pertama setelah seri dengan pasukan Argentina.

Pasukan Uruguay yang memenangi 2 kejohanan, yang pertama di Buenos Aires pada tahun 1916 dan yang kedua pada tahun 1917, di Montevideo.

Pada tahun berikutnya, kejohanan ini diadakan di Uruguay, di mana pasukan Uruguay menewaskan pasukan Argentina dengan jaringan 1-0 untuk kejuaraaan kedua mereka. Pada tahun 1918, kejohanan ini tidak diadakan berikutan wabak flu yang merebak pada ketika itu. Namun begitu, pada tahun 1919, kejohanan ini diadakan kembali, bertempat di Brazil, pasukan Brazil berjaya menjadi johan untuk pertama kali dengan menewaskan pasukan Uruguay.

Pasukan Paraguay pertama kali menyertai kejohanan ini pada tahun 1921 selepas menyertai konfederasi CONMEBOL. Pada tahun itu, pasukan Argentina menang kejohanan buat pertama kali. Tahun-tahun berikutnya menyaksikan pasukan Uruguay mendominasi kejohanan ini. Namun begitu, kejohanan pada tahun 1929 menyaksikan pasukan Argentina sekali lagi memenangi kejohanan ini dengan menewaskan pasukan Uruguay. Pasukan Bolivia dan Peru masing-masing menyertai kejohanan ini buat pertama kali pada tahun 1926 dan 1927.


Format dan peraturan[sunting | sunting sumber]

Kejohanan ini pada awalnya dinamakan sebagai Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan dan nama ini digunakan semenjak tahun 1975. Di antara tahun 1975 dan 1983, kejohanan ini tidak diadakan di sebuah negara sebagai tuan rumah sebaliknya kesemua perlawanan diadakan di tempat sendiri dan tempat lawan. Format kejohanan pada masa kini menyaksikan 12 buah pasukan kebangsaan bertanding dalam masa sebulan bertempat di negara yang dipilih oleh CONMEBOL. Ia mempunyai dua peringkat; peringkat kumpulan dan peringkat kalah mati. Dalam peringkat kumpulan, 12 buah pasukan akan dipecahkan kepada 3 kumpulan yang setiap satunya mengandungi 4 buah pasukan. 2 buah pasukan dan pasukan tuan rumah akan dibahagikan di dalam balang mengikut formula berdasarkan Kedudukan Dunia FIFA. Manakala pasukan-pasukan yang lain akan diletakkan di dalam balang yang sudah mengandungi pasukan tadi juga mengikut formula yang sama. Pasukan-pasukan di dalam balang ini akan dipilih secara rawak untuk mengisi slot 3 kumpulan[1].

Setiap pasukan di dalam kumpulan masing-masin akan melawan menggunakan format pusingan robin (Bahasa Inggeris: Round-robin), di mana setiap pasukan akan bermain sebanyak 3 perlawanan menentang pasukan lain. Juara dan naib juara setiap kumpulan serta 2 buah pasukan di tangga ketiga terbaik akan mara ke peringkat kalah mati. Sistem mata digunakan untuk menentukan kedudukan pasukan di dalam kumpulan. Bermula tahun 1995, pasukan yang menang akan mendapat 3 mata, seri akan mendapat 1 mata manakala tiada mata bagi pasukan yang kalah, tidak seperti kejohanan pada tahun sebelum 1995, pasukan yang menang mendapat 2 mata.

Kedudukan setiap pasukan di dalam kumpulan akan ditentukan dengan menggunakan kriteria seperti berikut[1]:

  1. Jumlah mata terbanyak yang dikumpulkan sepanjang perlawanan peringkat kumpulan
  2. Perbezaan gol (Gol dijaringkan - gol bolos)
  3. Jumlah gol yang dijaringkan sepanjang perlawanan peringkat kumpulan

Jika terdapat 2 atau lebih pasukan yang mempunyai kriteria yang sama seperti yang dinyatakan di atas, kedudukan mereka akan ditentukan seperti berikut[1]:

  1. Jumlah mata terbanyak yang dikumpulkan oleh pasukan-pasukan yang terlibat.
  2. Perbezaan gol dalam perlawanan di antara pasukan-pasukan yang terlibat.
  3. Jumlah jaringan gol terbanyak dalam perlawanan peringkat kumpulan.
  4. Undian secara rawak oleh Jawatankuasa Penganjuran Kejohanan CONMEBOL

Lapan pasukan yang layak akan memasuki peringkat kalah mati di mana setiap pasukan akan melawan pasukan lain sebanyak sekali. Pemenang setiap perlawanan akan ditentukan menerusi jaringan gol, dan sepakan penalti akan diadakan jika perlawanan masih berkedudukan seri setelah tamat masa tambahan 120 minit. Peringkat kalah mati akan bermula dengan perlawanan suku akhir kemudiannya separuh akhir, perlawanan penentuan tempat ketiga (di antara pasukan yang kalah dalam peringkat separuh akhir), dan akhir sekali perlawanan akhir. Pasukan yang menang di perlawanan akhir akan menjuarai kejohanan ini.


Keputusan[sunting | sunting sumber]

Era Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan[sunting | sunting sumber]

Tahun Tuan rumah Keputusan akhir
Johan Naib Johan Tempat Ketiga Tempat Keempat
1916
Bendera Argentina Argentina Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Argentina
Argentina
Bendera Brazil
Brazil
Bendera Chile
Chile
1917  Uruguay Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Argentina
Argentina
Bendera Brazil
Brazil
Bendera Chile
Chile
1919 Flag of Brazil.svg Brazil Bendera Brazil
Brazil
Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Argentina
Argentina
Bendera Chile
Chile
1920 800px-Flag of Chile.svg-1-.png Chile Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Argentina
Argentina
Bendera Brazil
Brazil
Bendera Chile
Chile
1921 Bendera Argentina Argentina Bendera Argentina
Argentina
Bendera Brazil
Brazil
Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Paraguay
Paraguay
1922 Flag of Brazil.svg Brazil Bendera Brazil
Brazil
Bendera Paraguay
Paraguay
Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Argentina
Argentina
1923  Uruguay Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Argentina
Argentina
Bendera Paraguay
Paraguay
Bendera Brazil
Brazil
1924  Uruguay Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Argentina
Argentina
Bendera Paraguay
Paraguay
Bendera Chile
Chile
1925
Bendera Argentina Argentina Bendera Argentina
Argentina
Bendera Brazil
Brazil
Bendera Paraguay
Paraguay
N/A
1926 800px-Flag of Chile.svg-1-.png Chile Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Argentina
Argentina
Bendera Chile
Chile
Bendera Paraguay
Paraguay
1927  Peru Bendera Argentina
Argentina
Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Peru
Peru
Bendera Bolivia
Bolivia
1929 Bendera Argentina Argentina Bendera Argentina
Argentina
Bendera Paraguay
Paraguay
Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Peru
Peru
1935  Peru Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Argentina
Argentina
Bendera Peru
Peru
Bendera Chile
Chile
1937 Bendera Argentina Argentina Bendera Argentina
Argentina
Bendera Brazil
Brazil
Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Paraguay
Paraguay
1939  Peru Bendera Peru
Peru
Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Paraguay
Paraguay
Bendera Chile
Chile
1941 800px-Flag of Chile.svg-1-.png Chile Bendera Argentina
Argentina
Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Chile
Chile
Bendera Peru
Peru
1942  Uruguay Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Argentina
Argentina
Bendera Brazil
Brazil
Bendera Paraguay
Paraguay
1945 800px-Flag of Chile.svg-1-.png Chile Bendera Argentina
Argentina
Bendera Brazil
Brazil
Bendera Chile
Chile
Bendera Uruguay
Uruguay
1946 Bendera Argentina Argentina Bendera Argentina
Argentina
Bendera Brazil
Brazil
Bendera Paraguay
Paraguay
Bendera Uruguay
Uruguay
1947  Ecuador Bendera Argentina
Argentina
Bendera Paraguay
Paraguay
Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Chile
Chile
1949 Flag of Brazil.svg Brazil Bendera Brazil
Brazil
Bendera Paraguay
Paraguay
Bendera Peru
Peru
Bendera Bolivia
Bolivia
1953  Peru Bendera Paraguay
Paraguay
Bendera Brazil
Brazil
Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Chile
Chile
1955 800px-Flag of Chile.svg-1-.png Chile Bendera Argentina
Argentina
Bendera Chile
Chile
Bendera Peru
Peru
Bendera Uruguay
Uruguay
1956  Uruguay Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Chile
Chile
Bendera Argentina
Argentina
Bendera Brazil
Brazil
1957  Peru Bendera Argentina
Argentina
Bendera Brazil
Brazil
Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Peru
Peru
1959 Bendera Argentina Argentina Bendera Argentina
Argentina
Bendera Brazil
Brazil
Bendera Paraguay
Paraguay
Bendera Peru
Peru
1959  Ecuador Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Argentina
Argentina
Bendera Brazil
Brazil
Bendera Ecuador
Ecuador
1963  Bolivia Bendera Bolivia
Bolivia
Bendera Paraguay
Paraguay
Bendera Argentina
Argentina
Bendera Brazil
Brazil
1967  Uruguay Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Argentina
Argentina
Bendera Chile
Chile
Bendera Paraguay
Paraguay


Era Copa América[sunting | sunting sumber]

Tahun Tuan rumah Akhir Penentuan tempat ketiga
Johan Skor Naib Johan Tempat Ketiga Skor Tempat Keempat
1975 Tiada tuan rumah Bendera Peru
Peru
0 – 1 / 2 – 0
Timbal balik
1 – 0
Bendera Colombia
Colombia
 Brazil
 Uruguay
N/A
1979 Tiada tuan rumah Bendera Paraguay
Paraguay
3 – 0 / 0 – 1
Timbal balik
0 – 0 (slps masa tambahan)
Bendera Chile
Chile
 Brazil
 Peru
N/A
1983 Tiada tuan rumah Bendera Uruguay
Uruguay
2 – 0 / 1 – 1 Bendera Brazil
Brazil
 Paraguay
 Peru
N/A
1987  Argentina Bendera Uruguay
Uruguay
1 – 0 Bendera Chile
Chile
Bendera Colombia
Colombia
2 – 1 Bendera Argentina
Argentina
1989  Brazil Bendera Brazil
Brazil
Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Argentina
Argentina
Bendera Paraguay
Paraguay
1991  Chile Bendera Argentina
Argentina
Bendera Brazil
Brazil
Bendera Chile
Chile
Bendera Colombia
Colombia
1993  Ecuador Bendera Argentina
Argentina
2 – 1 Bendera Mexico
Mexico
Bendera Colombia
Colombia
1 – 0 Bendera Ecuador
Ecuador
1995  Uruguay Bendera Uruguay
Uruguay
1 – 1
5–3 penalti
Bendera Brazil
Brazil
Bendera Colombia
Colombia
4 – 1 Bendera Amerika Syarikat
Amerika Syarikat
1997  Bolivia Bendera Brazil
Brazil
3 – 1 Bendera Bolivia
Bolivia
Bendera Mexico
Mexico
1 – 0 Bendera Peru
Peru
1999  Paraguay Bendera Brazil
Brazil
3 – 0 Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Mexico
Mexico
2 – 1 Bendera Chile
Chile
2001  Colombia Bendera Colombia
Colombia
1 – 0 Bendera Mexico
Mexico
Bendera Honduras
Honduras
2 – 2
5–4 penalti
Bendera Uruguay
Uruguay
2004  Peru Bendera Brazil
Brazil
2 – 2
4–2 penalti
Bendera Argentina
Argentina
Bendera Uruguay
Uruguay
2 – 1 Bendera Colombia
Colombia
2007  Venezuela Bendera Brazil
Brazil
3 – 0 Bendera Argentina
Argentina
Bendera Mexico
Mexico
3 – 1 Bendera Uruguay
Uruguay
2011  Argentina Bendera Uruguay
Uruguay
3 – 0 Bendera Paraguay
Paraguay
Bendera Peru
Peru
4 – 1 Bendera Venezuela
Venezuela
2015  Chile[2]:
2016  Amerika Syarikat
2019  Brazil[2]
2023  Ecuador
  • Petunjuk
    • Pasukan jemputan dalam perkataan condong

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Penampilan Negara
39  Uruguay
37  Argentina
34  Chile
32  Paraguay
31  Brazil
27  Peru
23  Ecuador
22  Bolivia
17  Colombia
13  Venezuela
7  Mexico
3  Costa Rica
 Amerika Syarikat
1  Honduras
Bendera Jepun Jepun

Statistik[sunting | sunting sumber]

Pasukan Mata P M S K F A Dif Rend
1  Argentina 368 175 112 32 31 431 168 +263 70.1%
2  Uruguay 342 186 104 30 52 386 212 +174 61.3%
3  Brazil 315 167 95 30 42 387 191 +196 62.9%
4  Paraguay 214 153 61 31 61 242 269 -27 46.6%
5  Chile 187 163 53 28 82 248 297 -49 38.2%
6  Peru 167 132 41 32 55 193 220 -27 42.2%
7  Colombia 128 99 36 20 43 121 174 -53 43.1%
8  Bolivia 82 102 19 25 58 97 257 -160 26.8%
9  Mexico 61 38 17 10 11 55 44 +11 53.5%
10  Ecuador 61 108 14 19 75 113 297 -184 18.8%
11  Venezuela 15 49 2 9 38 34 155 -121 10.2%
12  Costa Rica 11 11 3 2 6 12 21 -9 33.3%
13  Honduras 10 6 3 1 2 7 5 +2 55.6%
14  Amerika Syarikat 8 12 2 2 7 11 21 -10 22.2%
15 Bendera Jepun Jepun 1 3 0 1 2 3 8 -5 11.1%


Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]