Piala Dunia FIFA 1930

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Piala Dunia FIFA 1930 - Uruguay
1er Campeonato Mundial de Football
Logo rasmi
Logo rasmi
Maklumat kejohanan
Pasukan 13  (dari 13 penyertaan)
Tuan rumah Uruguay
Juara Flag of Uruguay.svg Uruguay (Kejuaraan 1)
Statistik kejohanan
Jum perlawanan   18
Gol (dijaring) 70  (purata 3.89 per perlawanan)
Kehadiran 650,000  (purata 36,111 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Guillermo Stábile (ARG)
8 gol
Negara-negara yang layak bertanding

Kejohanan pertama Piala Dunia FIFA telah diadakan pada tahun 1930. Kejohanan itu dianjurkan di Uruguay yang pada ketika itu merupakan juara Olimpik, sebagai hadiah kepada kemerdekaan yang dikecapi mereka. Selain menjadi hos Piala Dunia FIFA yang pertama, Uruguay juga menjadi juara pertama kejohanan ini selepas menundukkan Argentina 4-2 dalam perlawanan akhir.

Piala Dunia 1930 ini merupakan satu-satunya yang tanpa pusingan kelayakan; penyertaan berdasarkan jemputan (semua negara yang menganggotai FIFA adalah dijemput). Disebabkan faktor kos dan masa perjalanan menyeberangi Lautan Atlantik, hanya sedikit pasukan dari Eropah yang bersedia untuk menyertainya; dua bulan sebelum kejohanan dimulai tidak ada satu negara pun dari Eropah yang berhasrat secara rasmi untuk turut serta. Setelah campur tangan dari presiden FIFA ketika itu, Jules Rimet dan kerajaan Uruguay yang berjanji untuk membayar pampasan perjalanan setiap pasukan Eropah, barulah empat pasukan iaitu: Belgium, Perancis, Romania, dan Yugoslavia menyertainya. Perjalanan mereka menyeberangi Lautan Atlantik mengambil masa selama 3 minggu.

Tiga belas pasukan peserta dibahagi kepada empat kumpulan, dengan kesemua perlawanan berlangsung di ibu negara Uruguay, Montevideo. Dua perlawanan pembukaan yang dilangsungkan serentak merupakan perlawanan pertama dalam sejarah kejohanan piala dunia yang berlangsung pada 13 Julai. Dalam perlawanan tersebut Perancis mengalahkan Mexico 4-1. Manakala Amerika Syarikat membenam pasukan Belgium 3-0 dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung pada waktu yang sama di Estadio Gran Parque Central. Gol pertama diciptakan oleh Lucien Laurent, sedangkan hattrick pertama diciptakan pemain AS, Bert Patenaude. Juara setiap kumpulan iaitu Argentina, Yugoslavia, Uruguay, dan AS, layak ke separuh akhir.

Pada peringkat separuh akhir, kedua-dua perlawanan berakhir dengan keputusan 6-1, di mana Argentina mengalahkan AS dan Uruguay pula membenam Yugoslavia. Tidak ada perlawanan bagi penentuan tempat ketiga. Walaubagaimanapun terdapat satu catatan Buletin FIFA keluaran 1984 yang menyatakan bahawa perlawanan tempat ketiga sebenarnya berlangsung (di mana Yugoslavia mengatasi AS dengan jaringan 3-1). Walaubagaimanapun maklumat ini tidak pernah disahkan secara rasmi.

Final Piala Dunia pertama berlangsung di Stadium Centenario, Montevideo, pada 30 Julai. Kontroversi tentang siapa yang akan menyediakan bola perlawanan telah mencacatkan kejohanan. Keadaan ini telah memaksa FIFA mengeluarkan arahan bahawa Argentina akan membekalan bola pada separuh masa pertama manakal Uruguay akan menyediakan bola pada separuh masa kedua. Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan Uruguay ke atas Argentina dengan jaringan 4-2. Piala kejohanan telah disampaikan oleh Jules Rimet kepada Uruguay, yang juga merangkap pemenang bolasepak Sukan Olimpik yang sangat berprestij ketika itu.

Pemain tunggal yang beraksi pada perlawanan akhir tersebut dan masih hidup (setakat 2006), Francisco Varallo(yang bermain sebagai penyerang pasukan Argentina).

Isi kandungan

Venue[sunting]

Semua perlawanan berlangsung di Montevideo. Tiga buah stadium digunakan iaitu - Estadio Pocitos, Parque Central dan Centenario.

Perlawanan[sunting]

Semua waktu dan tarikh dari masa Malaysia

Kumpulan A[sunting]

14 Julai 1930
02.00
Perancis Flag of France.svg 4 – 1 Flag of Mexico.svg Mexico Pocitos, Montevideo


16 Julai 1930
02.00
Argentina Flag of Argentina.svg 1 - 0 Flag of France.svg Perancis Parque Central, Montevideo


17 Julai 1930
02.00
Chile Flag of Chile.svg 3 - 0 Flag of Mexico.svg Mexico Parque Central, Montevideo


20 Julai 1930
02.00
Chile Flag of Chile.svg 1 - 0 Flag of France.svg Perancis Centenario, Montevideo


20 Julai 1930
Argentina Flag of Argentina.svg 6 - 3 Flag of Mexico.svg Mexico Centenario, Montevideo


23 Julai 1930
2.00
Argentina Flag of Argentina.svg 3 - 1 Flag of Chile.svg Chile Centenario, Montevideo

Kumpulan B[sunting]

15 Julai 1930
Yugoslavia 50px 2 - 1 Flag of Brazil.svg Brazil Parque Central, Montevideo


18 Julai 1930
Yugoslavia 50px 4 - 0 Flag of Bolivia.svg Bolivia Parque Central, Montevideo


21 Julai 1930
Brazil Flag of Brazil.svg 4 - 0 Flag of Bolivia.svg Bolivia Centenario, Montevideo

Kumpulan C[sunting]

15 Julai 1930
Romania Flag of Romania.svg 3 - 1 Flag of Peru.svg Peru {{{stadium}}}


19 Julai 1930
Uruguay Flag of Uruguay.svg 1 - 0 Flag of Peru.svg Peru {{{stadium}}}


22 Julai 1930
Uruguay Flag of Uruguay.svg 4 - 0 Flag of Romania.svg Romania {{{stadium}}}


Kumpulan D[sunting]

14 Julai 1930
Amerika Syarikat Flag of the United States.svg 3 - 0 Flag of Belgium.svg Belgium {{{stadium}}}
18 Julai 1930
Amerika Syarikat Flag of the United States.svg 3 - 0 Flag of Paraguay.svg Paraguay {{{stadium}}}


21 Julai 1930
Paraguay Flag of Paraguay.svg 1 - 0 Flag of Belgium.svg Belgium {{{stadium}}}


Separuh Akhir[sunting]

27 Julai 1930
Argentina Flag of Argentina.svg 6 - 1 Flag of the United States.svg Amerika Syarikat {{{stadium}}}
28 Julai 1930
Uruguay Flag of Uruguay.svg 6 - 1 50px Yugoslavia {{{stadium}}}

Final[sunting]

30 Julai 1930
Uruguay Flag of Uruguay.svg 4 - 2 Flag of Argentina.svg Argentina {{{stadium}}}

Anugerah[sunting]

Naib Juara Piala Dunia 1930:
Argentina
ARGENTINA
Naib Juara Pertama


Juara Piala Dunia 1930:
Uruguay
URUGUAY
Juara pertama

Trivia[sunting]

  • Sepanyol, Hungary, Belanda, dan Sweden bersama-sama dengan Itali telah cuba untuk menganjurkan kejohanan tetapi menarik balik pencalonan mereka.

Pautan luar[sunting]