Istana Maharaja Tokyo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 35°41′05.11″N 139°45′08.85″E / 35.6847528°U 139.7524583°T / 35.6847528; 139.7524583

Panorama of the Imperial Palace in Tokyo
Map of the Imperial Palace and surrounding gardens
Aerial photograph of Imperial Palace of Japan in 1979

Istana Maharaja Tokyo atau 'Tokyo Imperial Palace' ( 皇居 Kōkyo ) adalah kediaman utama Maharaja Jepun . Ia adalah kawasan yang besar yang terletak di Chiyoda, Tokyo berhampiran Stesen Tokyo. Terdapat beberapa bangunan utama termasuk istana ( Kyūden ( 宫殿? ) , kediaman peribadi keluarga,arkib, muzium dan pejabat pentadbiran. Ia dibina di atas tapak lama istana Edo . Luasnya 3,41 kilometer persegi (1.32 sq mi). Semasa kemuncak gelembung hartanah Jepun 1980-an , nilai tanahnya melebihi semua hartanah di California.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Istana Edo[sunting | sunting sumber]

Selepas menyerah diri shogun dan pemulihan Meiji ,Shogun Tokugawa Yoshinobu dikehendaki mengosongkan premis Istana Edo . Beliau meninggalkan Istana Maharaja Tokyo pada 26 November 1868 . Maharaja tiba di Istana Edo dan dibina kediaman baru dan ditukar nama kepada Istana Tōkei ( 东京城 Tōkei-jo ) . Pada masa itu Tokyo juga telah dipanggil sebagai Tōkei.

Kebakaran telah memusnahkan kawasan Honmaru pada 1657. Pada malam 5 Mei 1873, kebakaran Istana Nishinomaru (bekas kediaman shogun) .Maka Istana Kyūjō telah dibina di atas tapak itu pada tahun 1888.


Dalam era Meiji, kebanyakan struktur Istana Edo telah musnah. Ada yang diruntuhkan untuk memberi laluan kepada bangunan lain .Sementara yang lain telah dimusnahkan oleh gempa bumi dan kebakaran. Contohnya, jambatan kayu dua ( 二重桥 Nijūbashi ? ) telah digantikan dengan jambatan batu dan besi.


Pada tahun 1948 ,bahagian timur telah ditukar nama kepada Taman Timur ( 东御苑 Higashi-Gyoen) dan menjadi sebuah taman awam pada tahun 1968.

Galeri[sunting | sunting sumber]