Akihito

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Akihito
Maharaja Jepun
Tempoh pemerintahan 7 Januari 1989 – kini
Kemahkotaan 12 November 1990
Diikuti oleh Putera Mahkota Naruhito
Pasangan Maharani Michiko
Putera-puteri
Putera Mahkota Naruhito
Puteri Akishino
Puteri Nori
Nama penuh
Akihito (明仁?)
Keluarga diraja Kerabat diraja Jepun
Ayahanda Shōwa
Bonda Kōjun
Kelahiran 23 Disember 1933 (80 tahun)
Tokyo, Jepun
Agama Shinto


Akihito (Bahasa Jepun: 明仁), (lahir 23 Disember 1933) merupakan Maharaja Jepun pada masa ini dan juga merupakan Maharaja Jepun yang ke 125.

Akihito merupakan anak lelaki sulung dan juga anak yang kelima kepada Maharaja Showa (Hirohito) dan Maharani Kojun (Nagako). Bergelar Tsugo no miya ( 継宮; Putera Tsugo) semasa kanak-kanak, beliau dibesarkan dan diajar oleh guru persendirian dan kemudian menghadiri Sekolah Rendah Lelaki "Boy's Elementary" dan Department Menengah "Secondary Departments" ketika itu, Peers' School (Gakushuin selepas 1947), 1940-52. Beliau dipisahkan dari keluarganya pada usia tiga tahun.

Ketika pengeboman ke atas bandar Tokyo oleh pihak Amerika pada Mac 1945, beliau dan saudara mudanya, Putera Masahito (sekarang Putera Hitachi), dipindahkan dari Tokyo. Ketika pendudukan Amerika selepas Perang Dunia II, Putera Mahkota Akihito diajar dalam Bahasa Inggeris oleh Elizabeth Gray Vining. Putera Mahkota Akihito menuntut sebentar di Jabatan Sains Politik di Universiti Gakushuin di Tokyo tetapi tidak menerima ijazah. Walaupun beliau merupakan putera mahkota kepada Takhta Bunga Kekwa dari 23 Disember 1933, perlantikan rasmi sebagai Putera Mahkota (Rittaishi no Rei) hanya berlansung pada 10 November 1951 di Istana Imperial.

Pada Jun 1953, Putera Mahkota Akihito mewakili Jepun di upacara pertabalan Ratu Elizabeth II dari United Kingdom. Pada 10 April 1959, beliau berkahwin dengan Michiko (lahir 24 Oktober 1934), anak perempuan sulung Shoda Hidesaburo, presiden dan pengerusi kehormat Kilang Pengisar Tepung Nisshin. Perkahwinan tersebut memecahkan tradisi diraja kerana Shoda Michiko merupakan orang awam pertama yang berkahwin dengan keluarga diraja. Putera Mahkota Akihito menaiki takhta selepas kemangkatan bapanya pada 7 Januari 1989 dan secara rasmi menjadi maharaja Jepun yang ke 125 pada 12 November 1990.


Semenjak menaiki takhta, beliau berusaha untuk mendekati keluarga Maharaja dengan penduduk Jepun. Beliau dan Maharani telah membuat lawatan rasmi ke 18 negara, termasuk juga 47 wilayah (prefectures) di Jepun. Maharaja Akihito dan Maharani Michiko mempunyai tiga anak: Putera Mahkota Naruhito (lahir23 Februari 1960), Puteri Akishino (Fumihito, lahir 11 November 1965) dan Puteri Sayako (gelaran, Nori no miya, atau Puteri Nori, lahir 18 April 1969). Era pemerintahan Akihito digelar era "Heisei".

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Shōwa
Maharaja Jepun
1989-Kini
Diikuti oleh:
Putera Mahkota Naruhito