Istinjak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian daripada siri
Fiqh Islam

(suatu disiplin kajian Islam)

Bidang-bidang


Istinjak merujuk kepada penyucian seseorang daripada najis berikutan membuang air besar ataupun air kecil dengan cara menyucikan pada tempat terbitnya najis tersebut menggunakan air ataupun lain-lain benda yang dibolehkan. Yang diistinjak adalah sesuatu yang keluar daripada 2 jalan perlepasan - qubul dan dubur. Hukum melakukan istinjak adalah wajib.

Cara Melakukan Istinjak[sunting | sunting sumber]

Istinjak boleh dilakukan dengan beberapa cara, sama ada dengan menggunakan air ataupun benda-benda yang kesat, keras dan kering seperti batu, kayu, daun kering, kertas, dan sebagainya. Alat-alat istinjak mestilah suci dan bersih. Selain dari air mutlak barang-barang yang digunakan untuk beristinjak semestinya dari sesuatu yang beku dan keras. Alat yang digunakan untuk beristinjak semestinya dari sesuatu yang diketahui suci. Istinjak tidak boleh dilakukan menggunakan sesuatu yang najis ataupun diketahui tidak suci.

Cara melakukan istinjak mestilah boleh mencapai matlamat untuk menghilangkan najis, dan menghilangkan bau najis dan seterusnya menghilangkan rasa (fisikal) najis. Perkara yang diwajibkan dan semestinya dilakukan di waktu beristinjak ialah memastikan segala sifat-sifat najis yang dihukum dari warnanya, baunya dan rasa fizikalnya telah dihilangkan dengan sempurna. Seandainya ada bau yang tidak dapat dihilangkan setelah di dilakukan istinjak maka perkara itu termasuk di dalam perkara-perkara yang dimaafkan.

Cara beristinjak boleh dibuat dengan cara berikut :

  • Menggunakan sesuatu yang keras dan kesat diikuti air.
"Bahawa Nabi s.a.w. bersabda : Bila salah seorang di antara kamu pergi buang air, hendaklah istinjak dengan tiga buah batu kerana demikian itu cukuplah untuknya." HR Ahmad dan Nasai.
  • Menggunakan air semata-mata.
"Ketika Rasulullah s.a.w. masuk tandas, maka aku bersama seorang anak yang sebaya denganku membawa setimba air dan gayung, maka ia pun bersuci dengannya." Disepakati.
  • Menggunakan sesuatu yang keras dan kesat seperti batu, daun-daun kering atau kertas semata mata. Bilangan batu yang digunakan biarlah jumlah yang ganjil.
"Dari Aisyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda : Bila seseorang pergi ke tempat buang air, maka hendaklah ia membawa tiga buah batu." HR Ahmad dan Abu Daud.
"Dari Abu Hurairah dari Nabi s.a.w. beliau bersabda : Sesiapa beristinjak dengan batu, maka hendaklah ia ganjilkan bilangannya. Sesiapa yang memperbuat begitu maka sesungguhnya itulah yang lebih baik, tetapi sesiapa yang tidak berbuat begitu maka tidaklah ia berdosa" HR Ahmad dan Abu Dawud.

Beristinjak dengan benda-benda kesat mesti memenuhi beberapa syarat seperti berikut :

  • alat tersebut kering dan bersih
  • najis yang hendak dicuci masih belum kering
  • najis tersebut tidak beralih daripada tempat asalnya;
  • beristinjak dilakukan dengan disapu sebanyak tiga kali, dan sekiranya belum bersih mesti diulang sehingga bersih dari kesan warna, kesan rasa (fizikal) dan kesan bauannya

Barang yang dilarang digunakan untuk beristinjak[sunting | sunting sumber]

Terdapat bahan-bahan yang tidak boleh digunakan untuk melakukan istinjak seperti barang-barang yang dimakan oleh manusia seperti buah-buahan, ataupun bahan makanan yang lain.

Kita juga tidak boleh menggunakan tulang-tulang binatang untuk beristinjak. Ini diambil dari hadis Dari Ibnu Mas'ud bahawa Nabi saw pernah bersabda : “Janganlah kamu beristinjak dengan tahi kering dan jangan pula dengan tulang-tulang kerana sesungguhnya tulang-tulang itu makanan saudaramu dari bangsa jin” HR At Tarmizi. Kita dilarang beristinjak menggunakan kertas atau sesuatu yang mempunyai tulisan ayat-ayat suci Al-Quran ataupun kertas yang tertulis di atasnya nama-nama Allah.

Adab Beristinjak[sunting | sunting sumber]

  • Semasa melakukan istinjak kita dilarang menggunakan tangan kanan.
"Dikatakan orang pada Salman : Nabimu telah mengajar kamu segala sesuatu sampai soal kekotoran. Ujar Salman : Memang, kami di larang mengadap kiblat di waktu buang air besar atau kencing, atau bersuci dengan tangan kanan atau bersuci dengan batu yang banyaknya tidak cukup tiga buah atau bersuci dengan barang najis atau tulang. " HR Muslim
  • Apabila telah selesai melakukan istinjak dan ketika keluar dari tandas, dahulukan kaki kiri dari kanan bergerak keluar dan memuji Allah yang telah menghilangkan penyakit.
"Dari Abu Zar bahawasanya Nabi saw apabila sudah keluar dari tandas beliau membaca : Alhamdulillah hilllazi Az haba 'annial aaza wa 'afaani (Segala puji bagi Allah yang telah membuangkan penyakit dari diriku dan telah mengembalikan kesihatan ku. " HR Nasaie