Bersugi
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
|
Sebahagian daripada siri |
|
|---|---|
| Bidang-bidang | |
|
Bersugi atau miswaak atau siwak (Bahasa Arab: سواك) adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.
Isi kandungan |
[sunting] Hukum bersugi
- Sunat - hukumnya adalah sunat dan masanya ialah bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan solat, ketika hendak membaca Al-Quran dan ketika berubah bau mulut. [1]
- Makruh - Orang yang berpuasa tak kira sama ada puasa fardu (Ramadan) atau puasa sunat selepas gelincir matahari, iaitu selepas masuk waktu zuhur.
[sunting] Hadis tentang bersugi
Hadis Rasulullah s.a.w. tentang bersugi :
| “ | Dari Aisyah r.a. " Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda : Bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya ". ( Hadis Riwayat Al Baihaqi ) | ” |
| “ | Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w. telah bersabda : " Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk ". ( Riwayat Ahmad ) | ” |
[sunting] Alat Untuk Bersugi
Alat untuk bersugi ialah tiap-tiap sesuatu yang suci dan kesat seperti :-
- berus gigi
- kayu arak (siwak)
- rotan
- manggar kelapa
- dan lain-lain.
[sunting] Nota Kaki
[sunting] Rujukan
- Kitab Matla’al Badraian – Syeikh Daud Fattani