Jacob L. Devers

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jeneral
Jacob L. Devers
Devers pada 1945
Nama lahirJacob Loucks Devers
Nama samaran"Jamie", "Jake"
Kelahiran(1887-09-08)8 September 1887
York, Pennsylvania, United States
Meninggal dunia15 Oktober 1979(1979-10-15) (umur 92)
Washington, D.C., United States
DisemadikanArlington National Cemetery
Kesetiaan Amerika Syarikat
PerkhidmatanTentera Darat Amerika Syarikat
Tahun perkhidmatan1909–1949
Pangkat Jeneral
Jumlah perkhidmatan0-2599 [1]
Unit Artileri Medan
ArahanRejimen 1 Artileri Medan
Batalion 1, Rejimen Ke-16 Artileri Medan
Batalion Ke-2, Rejimen Ke-6 Artileri Medan
Divisyen Ke-9 Infantri
Sekolah Armor
Kancah Operasi Eropah, Tentera Darat Amerika Syarikat
Kancah Operasi Afrika Utara, Tentera Darat Amerika Syarikat
Kumpulan Tentera Darat Keenam
Angkatan Tentera Darat
Angkatan Medan Tentera Darat
PertempuranPerang Dunia I
Perang Dunia II
AnugerahArmy Distinguished Service Medal (3)
Navy Distinguished Service Medal
Bronze Star
Tugas lainEksekutif perniagaan
Pengerusi, American Battle Monuments Commission

Jacob Loucks Devers (/ˈdɛvərz/; 8 September 1887 – 15 Oktober 1979) adalah seorang Jeneral dalam Tentera Darat Amerika Syarikat yang memerintah Kumpulan Tentera Darat Ke-6 di Kancah Eropah semasa Perang Dunia II. Beliau turut terlibat dalam pembangunan dan penggunaan berbagai senjata, termasuk kereta kebal M4 Sherman dan kereta kebal M26 Pershing, trak amfibia DUKW, helikopter Bell H-13 Sioux dan raifal tempur M16.

Berkelulusan Akademi Tentera Amerika Syarikat, Devers telah ditauliahkan dalam artileri medan pada tahun 1909. Semasa Perang Dunia I, beliau merupakan seorang jurulatih di Sekolah Artileri di Fort Sill, Oklahoma, dan tidak berkhidmat di Perancis sehingga selepas gencatan senjata 11 November yang mengakhiri peperangan, apabila beliau mengikuti sekolah artileri Perancis di Treves. Di zaman antara dua perang dunia beliau adalah penyokong kuat penjenteraan pada ketika idea menghentikan penggunaan kuda menghadapi tentangan kuat daripada pegawai meriam yang konservatif.

Apabila Perang Dunia II meletus di Eropah, Devers telah ditempatkan di Panama. Beliau telah dinaikkan pangkat ke Mejar Jeneral pada Oktober 1940 dan mengambil alih pemerintahan Divisyen Ke-9 Infantri yang baru dibentuk di Fort Bragg, North Carolina, iaitu sebuah pangkalan dibina atas seliaannya. Dilantik Ketua Pasukan Armor pada Ogos 1941, beliau menyelia pembesarannya dari empat divisyen armor kepada 16. Beliau adalah seorang penyokong kuat doktrin taktikal gabungan tempur yang baru muncul, dan menolak doktrin Amerika yang menyatakan bahawa kereta kebal adalah untuk di eksploitasi, bukan untuk melawan kereta kebal lain. Beliau menekan industri Amerika untuk menghasilkan enjin yang lebih berkuasa, dan, selalu melawan pandangan pegawai atasannya, menekankan pembangunan M4 Sherman, sejenis kereta kebal medium dengan meriam 75mm. Tidak berpuas hati dengan Sherman, beliau menyeru penghasilan kereta kebal yang lebih bersenjata dan berperisai. Beliau meminta 250 buah kereta kebal M26 Pershing baru untuk Operasi Overlord, tetapi telah ditolak.

Pada bulan Mei 1943, Devers menjadi Panglima Kancah Operasi Eropah, Tentera Darat Amerika Syarikat (ETOUSA). Tugas utamanya ialah menyelia persiapan rancangan yang terperinci dan penambahan anggota dan material untuk Overlord, dan menyokong Gabungan Serangan Pengebom. Beliau bertelingkah dengan Jeneral Dwight D. Eisenhower tentang pengubahan sumber-sumber ETOUSA ke Kancah Operasi Afrika Utara Eisenhower. Eisenhower menggantikan beliau sebagai Panglima ETOUSA pada Januari 1944, dan Devers pergi ke Mediterranean sebagai Panglima Kancah Operasi Afrika Utara, Tentera Darat Amerika Syarikat (NATOUSA), dan Timbalan Pemerintah Bersekutu Tertinggi, Kancah Mediterranean, dibawah Jeneral British Sir Henry Maitland Wilson. Devers terlibat dalam penyusunan, perancangan dan kepimpinan Operasi Dragoon, iaitu penyerbuan Bersekutu diselatan Perancis pada bulan Ogos 1944. Beliau memimpin Kumpulan Tentera Darat Ke-6 di Perancis dan Jerman melalui Rhine, serangan balas Jerman dalam Operasi Northwind, iaitu operasi untuk mengecilkan Kelompok Colmar dan Pencerobohan Sekutu Barat ke atas Jerman.

Bertentangan dengan pilihan Eisenhower, Devers telah dinaikkan pangkat ke Jeneral penuh pada 8 Mac 1945 mendahului Carl Spaatz, Omar Bradley dan George S. Patton. Oleh itu, beliau kekal sebagai pegawai kedua tertinggi Amerika di Eropah selepas Eisenhower. Selepas perang beliau memerintah Angkatan Medan Tentera Darat AS.

Tarikh kenaikkan pangkat[sunting | sunting sumber]

Insignia Pangkat Komponen Tarikh Rujukan
Tiada insignia pada 1909 Leftenan Kedua Tentera Darat Tetap 11 Jun 1909 [2]
 Leftenan Pertama Tentera Darat Tetap 1 April 1916 [2]
 Kapten Tentera Darat Tetap 15 Mei 1917 [2]
 Mejar Tentera Darat Kebangsaan 5 Ogos 1917 [2]
 Leftenan Kolonel Tentera Darat Kebangsaan 30 Julai 1918 [2]
 Kolonel Tentera Darat Kebangsaan 24 Oktober 1918 [2]
 Kembali ke pangkat substantif kapten Tentera Darat Tetap 20 Ogos 1919 [2]
 Mejar Tentera Darat Tetap 1 Julai 1920 [3]
 Leftenan Kolonel Tentera Darat Tetap 26 Februari 1934 [4]
 Kolonel Tentera Darat Tetap 1 Julai 1938 [4]
 Brigedier Jeneral Tentera Darat Tetap 1 Mei 1940 [5]
 Mejar Jeneral Tentera Darat A.S. 1 Oktober 1940 [5]
 Mejar Jeneral Tentera Darat Tetap 22 Februari 1941 [5]
 Leftenan Jeneral Tentera Darat A.S. 6 September 1942 [5]
 Jeneral Tentera Darat A.S. 8 Mac 1945 [5]

Pingat dan darjah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Anugerah tentera A.S.
Army Distinguished Service Medal with two oak leaf cluster [1]
Navy Distinguished Service Medal [1]
Bronze Star Medal [5]
Pingat Jasa Tentera A.S.
World War I Victory Medal [6]
Army of Occupation of Germany Medal [6]
American Defense Service Medal [6]
American Campaign Medal [6]
European-African-Middle Eastern Campaign Medal with five service stars [6]
World War II Victory Medal [6]
Army of Occupation Medal with "Germany" clasp [6]
Anugerah Asing dan Antarabangsa
Grand Officer of the Order of the Liberator General San Martín (Argentina) [7]
Commander of the Order of Leopold (Belgium) [5]
Croix de guerre with palm (Belgium) [5]
Order of Military Merit, Grand Cross (Brazil) [5]
Star of Gold (Chile) [5]
Grand Cordon of the Order of the Nile (Egypt) [5]
Legion of Honor, Grand Officer (France) [5]
Croix de guerre 1939–1945 with palm (France) [5]
Order of the Bath, Knight Commander (United Kingdom) [5]
Order of Military Merit (1st Class) (Mexico) [5]
Order of Virtuti Militari, Silver Cross (Poland) [5]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Valor awards for Jacob L. Devers". Military Times. Dicapai pada 25 October 2015.
  2. ^ a b c d e f g Cullum 1920, m/s. 1429.
  3. ^ Cullum 1930, m/s. 837.
  4. ^ a b Cullum 1940, m/s. 217.
  5. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p Cullum 1950, m/s. 132.
  6. ^ a b c d e f g "GEN Jacob Loucks Devers". TogetherWeServed –. Dicapai pada 30 October 2015.
  7. ^ "Statute 72" (PDF). United States Government Publishing Office. 27 August 1958. Dicapai pada 30 October 2015.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Pegawai tentera
Didahului oleh
Frank M. Andrews
Panglima Tentera Darat Eropah Amerika Syarikat
7 Mei 1943 hingga 16 Januari 1944
Diikuti oleh:
Dwight D. Eisenhower
Didahului oleh
Joseph W. Stilwell
Panglima Angkatan Tempur Tentera Darat A.S.
29 Jun 1945 hingga 9 Mac 1948
Diikuti oleh:
menjadi Angkatan Medan Tentera Darat
Didahului oleh
merupakan Angkatan Tempur Tentera Darat
Panglima Angkatan Medan Tentera Darat
10 Mac 1948 hingga 10 September 1949
Diikuti oleh:
Mark W. Clark