Jalan Ampang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Jalan Ampang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur. Jalan ini dari Jalan Tun Perak berdekatan Hentian Puduraya menuju ke pekan Ampang di hujung Hulu Langat. Antara bangunan penting di kiri kanan Jalan Ampang ialah Menara Berkembar Petronas,Balai Polis Jalan Ampang dan lain-lain.

Pekan Ampang tidak lagi terletak di daerah Hulu Langat. Ampang dipisahkan dari Hulu Langat setelah pembentukan Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Perbandaran Kajang.

Beberapa sekolah di Ampang masih lagi di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat. Antaranya ialah SMK Taman Kosas, SMK Pandan indah, SMK Taman Pandan Jaya, SMK Taman Tasek, SMK Taman Seraya, SMK Tasek Permai, SK Taman Muda dan lain-lain.