Ampang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Untuk maklumat tentang Ampang dibawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, sila lihat; Ampang, Kuala Lumpur.

Ampang terletak di negeri Selangor dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Sebelum ini, Ampang berada dalam pentadbiran Pejabat Daerah Hulu Langat. Jarak di antara pusat bandaraya Kuala Lumpur dan Ampang hanyalah 9 hingga 11 kilometer sahaja.

Isi kandungan

[sunting] Umum

Secara umumnya, Ampang telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Ampang Selangor dan Ampang, Kuala Lumpur (meliputi kawasan disekitar Jalan Ampang menuju ke kawasan sekitar Kuala Lumpur City Center (KLCC). Kawasan Zon Ampang Kuala Lumpur ini telah ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengikut Rang Undang-Undang Wilayah Persekutuan. Kawasan pentadbiran di kawasan Zon Ampang Selangor pula ditadbir oleh (MPAJ) yang dibahagikan kepada tiga kawasan pemerintahan ADUN iaitu Dewan Undangan Negeri Hulu Klang (N18), Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa (N19) dan Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya (N20). Dimana ketiga-tiga kawasan pemerintahan tersebut juga berada dalam Parlimen Ampang.

Sebahagian kecil kawasan Ampang, Selangor juga terletak didalam daerah Gombak, Selangor. Kawasan yang dimaksudkan adalah sekitar Kuala Ampang.

Pada asalnya, Ampang cuma meliputi kawasan sekitar:

Kampung Baru Ampang, Pekan Ampang, Kampung Melayu Ampang, Bandar Baru Ampang, Taman Dagang, Taman Nirwana, Taman Ampang Hilir, Taman Ampang Utama, Taman Putra Sulaiman, Ampang Point (Mamanda), Taman Dato Ahmad Razali (Jalan Mamanda), Taman Tun Abdul Razak (Taman TAR) dan Ampang Jaya.

Kini Ampang dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil seperti; Ampang Indah, Ampang Mewah, Ampang Permai, Ampang Jaya dan Lembah Jaya. Ampang mempunyai taman-taman perumahan berikut: Taman Dagang, Taman Cahaya, Taman Cempaka, Taman Melur, Taman Cahaya, Taman Saga, Taman Bukit Indah, Taman Kosas, Taman Kesuma, Taman Kencana, Taman Rasmi Jaya, Pandan Jaya dan Pandan Indah.

Ampang juga sehingga kini telah berjaya meluaskan kawasan takluknya dibawah pentadbiran (MPAJ) sehingga ke Taman Bukit Mulia, Taman Riverdale Park, Taman Bukit Utama, Taman Puncak Bukit Utama, Taman Bukit Jaya, Taman Bukit Mewah, Taman Wangsa Ukay, Taman Oakleaf, Pinggiran Ukay, Ukay Height, Taman Kelab Ukay, Taman Sri Ukay, Baverly Hill, Taman Jobina, Taman Highland, Taman Shuet Liang, Taman Emas Ukay, Taman Medan Damai, Kampung Dato Keramat Tambahan, Taman Keramat, Taman Keramat Permai (AU1), Taman AU, Bukit Antarabangsa, Jelatek, Zoo View (kawasan sekitar Zoo Negara), Taman Permata, Taman Melawati dan sehingga ke Taman Maluri.

Di samping itu terdapat beberapa kondominium mewah di kawasan Ampang:

  • Ayers Tower
  • Desa 288
  • East Side One Ampang Avenue
  • Kondominium Kojaya
  • Kyoto Garden
  • Oakleaf Condo
  • Renjana Ampang Condo
  • Tiara Duta Condominium
  • Villa Aman
  • Villa Ampang
  • Villa Duta
  • Villa Ria

[sunting] Mamanda

Mamanda merupakan kawasan yang meliputi kawasan kecil Ampang Point dan Taman Dato Ahmad Razali.Kawasan ini juga ditadbir oleh (MPAJ). Kawasan Mamanda ini diambil dari perkataan "Para-para Pembesar Melayu". Perkataan ini telah dicatatkan pada nama-nama jalan disekitar kawasan itu. Kawasan Mamanda ini telah dimajukan oleh pemaju dari Syarikat Selaman Sdn.Bhd (sebuah anak syarikat kepada Kumpulan Selangor Berhad yang dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan)sekitar tahun 1989 sehingga 1992. Sehingga sekarang syarikat ini telah berjaya membangunkan beberapa kawasan baru di sekitar negeri Selangor. Pejabat utama syarikat ini terletak di kawasan Ampang Point. Keluasan Mamanda dianggarkan 1.5 hektar dan kos pembangunan dikawasan ini memakan hampir RM5 juta.Kawasan ini terletak di sempadan kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL)dan terletak lebih kurang 5 kilometer dari dari Pusat Bandar Kuala Lumpur.

Perjalanan ke pusat bandar amat strategik dimana terdapat lebih banyak jalan yang menghubungkan ke Ibu Kota Kuala Lumpur disamping Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur(AKLEH) dan Middle Ring Road 2(MRR2). Sebagai merakamkan rasa penghargaan kepada Selaman Sdn.Bhd yang telah banyak berbudi terhadap pembangunan kawasan Mamanda,beberapa batang lorong yang terdapat di dalam Dataran D'Palma yang berdekatan dengan pusat membeli belah Ampang Point telah diberi nama Lorong Selaman. Lorong ini telah dihubungkan dengan Jalan Mamanda 1 yang agak sesak kerana merupakan jalan yang menjadi salah satu laluan utama untuk memasuki Jalan Ampang (jalan terpanjang di Ampang yang menghubungkan laluan ke Pusat Bandar Kuala Lumpur).

Ampang juga mempunyai sebuah hutan simpan yang lebih dikenali sebagai "Hutan Simpan Bukit Belacan" yang terletak di kaki Bukit Belacan. Kini pada tahun 2008 hutan simpan itu telah diberikan nafas baru dengan landskap panorama yang lebih indah,bersih dan mesra. Nama baharunya adalah "Taman Rimba Ampang".

[sunting] Sejarah

Ampang berasal dari perkataan "ampangan" bermaksud kawasan bekas lombong. Pada satu ketika dahulu Ampang pernah mejadi kawasan perlombongan bijih timah yang terpenting di Selangor. Kerja pencarian bijih timah di Ampang ini telah membuka banyak kawasan dan penempatan baru. Ampang yang yang dulunya hutan belantara telah diterokai bagi kerja-kerja perlombongan ini.

Asal-usul nama Ampang

Nama Ampang berasal daripada pembinaan empangan yang dibina dari Bukit Belacan hingga ke kawasan bandar Ampang (pada masa kini dikenali sebagai Ampang Point) oleh pelombong berbangsa Cina untuk kerja-kerja perlombongan bijih timah. Kepelatan sebutan dikalangan orang Cina menyebabkan perkataan 'empangan' menjadi 'ampang'.

Sejarah Ampang berkait dengan sejarah Kuala Lumpur kerana di bangunkan oleh orang yang sama iaitu Yap Ah Loy (pengusaha lombong bijih berbangsa Cina). Penduduk asal orang Melayu di kawasan Ampang adalah keturunan Bugis dari Sumatera.


Keluasan

Mukim Ampang merupakan mukim terkecil dalam Daerah Hulu Langat. Keluasannya ialah 3,859 hektar. Terdapat 12 kampung dalam Mukim Ampang, di antaranya ialah: -


Ampang Pra Merdeka

Raja Abdullah merupakan Raja pertama Daerah Kelang telah membuka lombong bijih timah di Ampang, Kuala Lumpur. Raja Abdullah telah membawa seramai 87 orang pekerja Cina dari Lukut dan tinggal di Sungai Kelang. Semasa beliau dan pengikut-pengikutnya sampai ke persimpangan Sungai Kelang dengan Sungai Gombak beliau telah menamakan tempat tersebut sebagai ‘Lumpor’.

Setelah kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua iaitu zaman peralihan antara kekalahan dan pemerintahan semula kerajaan British, Tanah Melayu ketika itu telah dikuasai oleh pengganas komunis atau dipanggil Bintang Tiga (tempoh empat belas hari komunis memerintah Malaya). Berikutan dengan pemerintahan ini, Bukit Belacan yang terletak di kawasan Ampang telah dijadikan tempat memancung kepala pengikut tentera Jepun oleh pihak komunis.

Ketika peristiwa 13 Mei yang berlaku pada 1969, Ampang tidak terlibat dalam sebarang pertelingkahan, pergaduhan atau pertumpahan darah disebabkan kawalan ketat yang disusun oleh pihak kerajaan pada masa itu serta kebijaksanaan para pemimpin masyarakat menjaga sentimen masyarakat Melayu dan Cina.

Selepas itu, mulalah aktiviti pertanian kecil, di mana sayur-sayuran ditanam dan binatang ternakan mula kelihatan di kiri kanan jalan di sekitar Ampang. Perpindahan penduduk dari luar bandar ke sini menjadikan Ampang semakin berkembang dengan pertambahan kawasan perumahan dan pusat perniagaan.Ampang juga merupakan salah satu tanah takluk jajahan kepada Kerajaan Sultan Selangor.

[sunting] Kemudahan dan tempat tumpuan awam

Ampang yang terletak di negeri Selangor, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan infrastruktur awam yang serba lengkap dan moden, ditambah dengan kedudukan geografinya yang strategik dan sangat hampir/bersempadan dengan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Antara kemudahan yang terdapat disini termasuklah kompleks membeli-belah, masjid dan surau, kuil, gurdwara, tokong, gereja kecil, sekolah & institusi pengajian tinggi, stesen LRT, hospital, balai polis, pejabat pos dan lain-lain.

[sunting] Senarai kompleks membeli-belah

Nota: SC = kompleks beli-belah; HM = pasar raya besar

[sunting] Senarai masjid-masjid utama Ampang

  • Masjid Darul Ehsan,

Taman Tun Abdul Razak (Taman TAR), 68000 Ampang 03-4257 5061 ‎ · masjidttar.com

  • Masjid Jamek Kampung Melayu Ampang.
  • Masjid Bukit Indah, Ampang

Jalan Bukit Indah 2/10, Taman Bukit Indah, 68000 Ampang, Selangor 03-4291 1923 ‎ · masjidbukitindahampang.com

  • Masjid Taman Kosas l

Masjid Taman Kosas l, 68000 Ampang

  • Masjid Taman Kosas ll

Masjid Taman Kosas ll, 68000 Ampang

  • Masjid Al-Ansar,

Masjid Al-ansar, 68000 Ampang

  • Masjid As-Sobirin, 68000 Kuala Lumpur
  • Masjid Al Yabudin

Masjid Al Yabudin, 68000 Ampang

  • Masjid Nurul Saadah

Masjid Nurul Saadah, 68000 Ampang

[sunting] Sekolah rendah, menengah dan institut pengajian tinggi utama Ampang

  • Sekolah Menengah Agama (Arab) Ilmi
  • Sekolah Rendah Islam Ilmi
  • Sekolah Rendah Islam Al Amin, Taman Keramat
  • DarulHikmah Taman Ampang Utama
  • Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur (ISKL), Jalan Kolam Ayer Lama
  • Sekolah Antarabangsa Mutiara Grammar
  • KHALIFAH Model School Taman Ampang Utama
  • Sekolah Rendah Agama Kampung Melayu, Ampang
  • Sekolah Rendah Agama Kampung Cheras Baru
  • Sekolah Rendah Agama Kampung Pandan Jalan F
  • Sekolah Randah Agama Kampung Pandan Dalam
  • Sekolah Rendah Agama Pandan Indah
  • Sekolah Rendah Agama Taman Tasek
  • Sekolah Kebangsaan Ampang
  • Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana
  • Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya
  • Sekolah Rendah Agama Lembah Jaya
  • Sekolah Rendah Agama Integrasi Taman Keramat
  • Sekolah Rendah Kebangsaan 1 dan 2 Kuala Ampang,Jalan Ampang
  • Sekolah Kebangsaan Taman Tasik
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik
  • Sekolah Agama KAFA Intergrasi Islahiah
  • Sekolah Rendah / Menengah Taman Kosas
  • Sekolah Rendah / Menengah Kebangsaan Bukit Indah
  • Sekolah Rendah / Menengah Kebangsaan Taman Melawati
  • Sekolah Rendah / Menengah Kebangsaan Bukit Antarabangsa
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad Razali
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat
  • Kolej Ptpl Ampang
  • Institut Flamingo
  • Kolej Stamford Ampang

[sunting] Stesen LRT

Taman Pandan Jaya 55100 Kuala Lumpur

Pandan Indah 55100 Kuala Lumpur

Taman Cempaka 68000 Ampang Selangor

Taman Cahaya 68000 Ampang Selangor

Ampang 68000 Ampang Selangor

Jln Jelatek 1 53300 Kuala Lumpur

[sunting] Hospital

1 Jalan Mamanda 9 68000 Ampang Selangor

Pandan Indah, Ampang

Jalan Mewah Utara Pandan Mewah 68000 Ampang Selangor Darul Ehsan

[sunting] Medan selera

1) Medan Selera Taman Melawati Jalan Negara Taman Melawati 53100 Kuala Lumpur

2) Medan Selera Au5 (Felda) Taman Keramat 54200 Kuala Lumpur

3) Medan Selera Taman Desa Keramat Taman Desa Keramat 54200 Kuala Lumpur

4) Bazar Jalan Jelatek Taman Keramat 54200 Kuala Lumpur

5) Medan Selera Bunga Tanjung Jalan Kolam Air Lama 68000 Ampang Selangor

6) Medan Selera Pandan Jaya Pandan Jaya 55100 Kuala Lumpur

7) Medan Selera Pandan Indah Pandan Indah 55100 Kuala Lumpur

8) Medan Selera Pandan ( Angsana Hilir ) Kampung Pandan 55100 Kuala Lumpur

9) Medan Selera Au 1 Taman Keramat 54200 Kuala Lumpur

10)Medan Selera Taman Dagang Jalan Dagang 4 Taman Dagang 68000 Ampang Selangor

[sunting] Tempat pelancongan dan tumpuan umum

  • Zoo Negara
  • Taman Rimba Ampang (dahulunya dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Belacan)
  • Air Terjun Batu Asah
  • Trek jogging Taman TAR (kawasan tumpuan monyet, babun, dan babi hutan)[1]
  • Look Out Point Ampang (terletak di sempadan daerah Ampang dan Hulu Langat)
  • Empangan Klang Gates
  • K Club Berhad (pusat rekreasi, riadah, kolam renang, bowling dan lain-lain)
  • Kelab Darul Ehsan (lapangan golf, kolam renang, rekreasi, riadah, gimnasium, lapangan tennis & lain-lain)

[sunting] Komposisi Penduduk Ampang

Faktor ini boleh dilihat melalui aspek demografi seperti bangsa,agama dan jantina.

Taburan bangsa utama

  • Melayu: 55 %
  • Cina: 35 %
  • India: 10 %

Taburan jantina (ketepatan 100 %)

  • Lelaki: berdasarkan respondan 55 % orang adalah lelaki.
  • Perempuan: selebihnya

[sunting] Pautan luar

  1. http://perhilitan.wildlife.gov.my/ekajiselidik/welcome.php
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain