Hulu Langat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hulu langat mungkin mengambil sempena nama 'langat' yang kemudiannya ditambahkan perkataan "hulu" atau "ulu" kerana terletak di bahagian pedalaman negeri Selangor menjadi Hulu langat. Daerah ini kemungkinan besar terletak dalam jajahan Negeri Sembilan sehinggalah berlaku persepakatan yang membawa kepada penyerahan daerah Lukut kepada Negeri Sembilan yang membawa daerah ini masuk ke dalam wilayah Selangor.

Isi kandungan

[sunting] Penduduk

Penduduk asal daerah ini adalah terdiri daripada orang Melayu yang kebanyakan adalah orang Minangkabau di samping kehadiran suku etnik melayu lain iaitu suku Jawa, Jambi, Mendailing dan lain-lain. Buktinya kini dapat dilihat berdasarkan pertuturan masyarakat tempatan yang cenderung menggunakan bahasa loghat tersebut. Aktiviti ekonomi utama pada waktu ini adalah pertanian. Semasa zaman penemuan bijih timah di kawasan ini terutama di daerah Cheras, Ampang dan kawasan sekitarnya terutama Kuala Lumpur, wujud perpindahan etnik yang ketara di kawasan ini. Suku Kerinchi(jambi) tiba dengan banyaknya untuk membuat kerja-kerja mengangkut hasil bijih ke Mantinatau Seremban melalui Sungai Ujong untuk di eksport kerana kuala Sungai Langat & kuala Sungai Klangtidak selamat kerana laluan melalui Sungai Klang dan Sungai Langat yg tidak selamat oleh aktiviti perlanunan (tentera laut orang-orang melayu yang serba kekurangan akan merompak kapal-kapal dagang untuk membiayai operasi ketenteraan pemimpin mereka) akibat dari perang saudara di kelang antara Raja Mahadi (Waris yang sepatutnya mentadbir mukim Kelang) & Tengku Kudin (kerabat raja Kedah, yang terkenal sebagai dalang yang bertanggung jawab secara langsung membawa kemasukan residen British dan kongsi gelap cina ke selangor).

Kebanjiran buruh asing warga cina membawa bersama pakatan kongsi-kongsi gelap mereka menyemarakkan lagi perang saudara di kawasan ini terutama di zaman kapitan Yap Ah Loy.

[sunting] Daerah Hulu Langat

Keindahan Daerah Hulu Langat dicerna oleh ungkapan "kampung di tengah bandar besar". Ini kerana suasana tradisi dan keindahan kampung masih tetap wujud di sini meskipun dihimpit oleh pembangunan yang agak pesat dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kedudukannya yang hampir dengan Persekutuan Putrajaya. Daerah ini mempunyai 7 buah Mukim yang diwartakan di bawah Kanun Tanah Negara iaitu

Daerah Hulu Langat merupakan satu daripada 9 daerah yang terdapat di Negeri Selangor. Ia merupakan daerah ke 5 terbesar di Negeri Selangor. Daerah ini terletak di dalam kawasan Lembah Kelang dan bersempadan dengan :-

Keluasan Daerah : 82,944 hektar /826 km persegi Bilangan kampung : 72 buah Penduduk Daerah Hulu Langat telah bertambah dengan pesatnya dari setahun ke setahun :- 1980 : 188,370 orang 1990 : 413,900 orang

Bilangan Penduduk Mengikut Kaum

  • a) Melayu : 39,279 orang
  • b) Cina : 47,174 orang
  • c) India : 10,916 orang
  • d) Lain-lain : 98 orang

[sunting] Sejarah

Sejarah Kampung Baru Daerah Hulu Langat

[sunting] Sekolah di Mukim Hulu Langat

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain