Majlis Perbandaran Ampang Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) adalah sebuah majlis perbandaran di negeri Selangor, Malaysia. Ditubuhkan pada 1 Julai 1992 dan diisytiharkan sebagai Bandar Bunga Tanjung pada 16 Ogos 1993. Ia terletak di dalam dua pusat pentadbiran tanah dan daerah iaitu Daerah Hulu Langat dan Daerah Gombak. Ia meliputi keseluruhan Mukim Ampang Selangor, keseluruhan Mukim Hulu Kelang, Selangor dan sebahagian Mukim Setapak. Ia juga terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur iaitu bersempadan dengan wilayah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Kajang. Keluasan kawasan pentadbiran MPAJ : 14 350 hektar atau 35 458.9 ekar. Pecahan guna tanah adalah hutan - 50.7%, perumahan - 36.4%, kemudahan awam - 5.2%, pertanian - 3.1%, perniagaan - 2.7% Perindustrian - 0.9%. Jumlah penduduk di seluruh kawasan MPAJ dianggarkan seramai 574,300 orang pada tahun 2007 (sumber dari Jabatan Perangkaan Malaysia) dan ia merangkumi 12.7% dari keseluruhan penduduk di Negeri Selangor.

Isi kandungan

Misi dan visi [sunting]

Misi
  • Memberi perkhidmatan perbandaran yang berkualiti tinggi
  • Kawalan pembangunan yang teratur
  • Menyediakan kemudahan awam
  • Menggiatkan aktiviti kemasyarakatan
  • Meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup penduduk
Visi

Ke arah mewujudkan majlis perbandaran yang makmur, sejahtera, maju dan moden berlandaskan perancangan mantap, pengurusan yang cekap, penguatkuasaan yang adil serta budaya kerja mulia dan profesional.

Objektif [sunting]

Menjadikan Majlis Perbandaran Ampang Jaya sebagai model perbandaran yang berkembang maju, memiliki pusat perdagangan, perindustrian yang bersih, indah serta mempunyai sistem perkhidmatan berkesan.

Fungsi [sunting]

Memberi perkhidmatan perbandaran kepada masyarakat di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya merangkumi perkara-perkara berikut :-

  • Kawalan Pembangunan
  • Kawalan Perniagaan
  • Pengurusan Cukai Taksiran
  • Penyediaan Dan Penyelenggaraan Infrastruktur serta Kemudahan Awam
  • Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Kawasan
  • Program Kemasyarakatan

[sunting]

Logo rasmi Majlis Perbandaran Ampang Jaya

Logo MPAJ dibentuk bagi melambangkan komitmen MPAJ ke arah kemajuan dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan menitikberatkan kecemerlangan budaya kerja di samping memenuhi kehendak penduduk Ampang Jaya secara keseluruhannya.

Reka bentuk Huruf M.P.A.J [sunting]

Huruf MPAJ pada logo tersebut direka bagi melambangkan segala pembangunan yang dirancang dengan teliti bagi melahirkan persekitaran yang bersih dan indah. Juga mempamerkan keberkesanan serta kecekapan MPAJ dalam melaksanakan tugas dan peranan MPAJ sebagai pemberi perkhidmatan.

Perkataan MPAJ mengelilingi logo tersebut menunjukkan ia bertanggungjawab dalam segala urusan pentadbiran.

Unsur pokok [sunting]

Elemen pokok yang terdapat dalam logo MPAJ melambangkan ke arah bumi yang hijau dan sentiasa mementingkan kebersihan.

Unsur perindustrian dan perumahan [sunting]

Perindustrian, perumahan dan perkilangan adalah simbolik kepada kesempurnaan perancangan ke arah kepesatan pembangunan dan persekitaran Ampang Jaya.

Moto [sunting]

BERBAKTI BERSIH BERBUDAYA

Pautan luar [sunting]