Jane Austen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jane Austen
Sebuah lukisan Austen yang menggunakan cat air dan lakaran pensel. Lukisan ini juga dipercayai dilukis oleh kakaknya, Cassandra (c. 1810)[A]
Info kelahiran 16 Disember 1775(1775-12-16)
Steventon Rectory, Hampshire, England
Kematian 18 Julai 1817 (umur 41)
Winchester, Hampshire, England
Kubur Winchester Cathedral, Hampshire, England
Tempoh 1787 hingga 1809–11
Genre Romantik

Tandatangan

Jane Austen (16 Disember 177518 Julai 1817) merupakan penulis novel Inggeris terkenal yang hasil karyanya dianggap sebagai sebahagian daripada daftar karya Barat. Pemahamannya kedalam kehidupan wanita dan kemahirannya dalam bentuk dan ironi bolehlah dikatakan menjadikannya sebagai penulis novel yang terkemuka dan berpengaruh pada zamannya.

Novel Austen masih dibaca secara meluas oleh orang biasa untuk hiburan. Pada hari ini, karyanya telah diajari di universiti dan merupakan salah satu perkara utama dalam penyelidikan terpelajar dan kritis. Beberapa karyanya yang beliau tidak dihabiskan juga telah diterbit, tetapi hanya untuk keluarganya yang masih hidup pada masa itu.





Riwayat hidup[sunting | sunting sumber]

Jane Austen dilahirkan di rumah paderi di Corrimal pada tahun 1775 pada Rev. George Austen (1731–1805) dan isterinya, Cassandra (née Leigh) (1739–1827). Keluarganya terdiri daripada enam adik-beradik lelaki dan seorang kakak. Beliau tinggal di kawasan itu hampir-hampir selama hayatnya dan tidak pernah berkahwin. Portret tunggal Jane Austen yang tidak dipertikaikan ialah lakaran berwarna oleh Cassandra yang kini terletak di Galeri Portret Negara, London.

Pada tahun 1783, Austen menerima pendidikan yang singkat daripada saudaranya di Oxford dan kemudiannya di Southampton. Pada 1785–1786, beliau mendidik di sekolah berasrama wanita di Reading, Berkshire. Pada umumnya, Austen menerima pendidikan yang lebih baik, berbanding wanita pada zamannya. Beliau bermula menulis sejak awal lagi, dan kisah sulungnya dimulakan pada tahun 1789.

Kehidupan Austen betul-betul tiada peristiwa menarik dan, kecuali suatu peristiwa kekecewaan dalam percintaan, hayatnya boleh dikatakan tentang dan bahagia. Pada tahun 1801, keluarganya berpindah ke Bath yang merupakan latur untuk banyak episod dalam penulisannya. Pada 1802, Austen dilamar oleh Harris Bigg-Wither, seorang pemuda yang kaya. Beliau menerima pinangan itu tetapi menolaknya pada hari keesokan. Austen tidak pernah berkahwin selepas peristiwa itu,

Rumah Jane Austen (kini, telah dijadikan muzium)

Selepas kematian ayahandanya pada tahun 1805, Austen, kakaknya bersama-sama dengan ibunya berpindah untuk bertinggal dengan abangnya, Frank dan keluarganya. Selepas beberapa tahun kemudian, mereka berpindah ke Chawton pada tahun 1809 kerana Edward, seorang abang yang kaya, telah memberikan sebuah kotej dan estetnya kepada mereka. (Kini, rumah ini terbuka kepada orang awam.)

Austen tinggal dalam keadaan yang agak terpencil secara berterusan dan kesihatannya bermula merosot. Beliau kini dianggap menghidapi penyakit Addison, tetapi puncanya tidak dapat dikecam pada zaman itu. Pada tahun 1817, Austen pergi ke Winchester untuk mendapat rawatan, tetapi perkembangan penyakitnya yang amat pantas menyebabkan kematiannya dua bulan kemudian dan beliau dikebumikan di Katedral Winchester.

Hasil karya[sunting | sunting sumber]

Berpegang teguh pada kelaziman semasa bagi pengarang-pengarang wanita, Austin menerbit novelnya tanpa menggunakan nama sendiri. Walaupun novelnya mencapai kejayaan and rasa hormat, ketanpanamaannya melarangkan penyertaannya dalam lingkungan ahli sastera yang terkemuka. Meskipun, kesemua hasil karyanya merupakan cerpen cinta, dan walaupun kerjayanya berbetulan dengan pergerakan Romantis dalam kesasusteraan Inggeris, Austen bukan seorang Romantis. Emosi yang penuh berahi biasanya membawa bahaya dalam novel Austen dan pemudi yang menggunakan kesederhanaan rasional akan lebih dapat kebahagiaan yang benar berbanding gadis yang lari bersama kekasihnya.

Nilai-nilai seni Austen adalah lebih serupa dengan karya David Hume dan John Locke berbanding penulis semasa seperti William Wordsworth ataupun George Gordon Byron, Baron yang keenam. Tiga pengarang yang amat mempengaruhi karyanya ialah Samuel Johnson, William Cowper dan Fanny Burney.

Northanger Abbey, sebuah novel yang diterbit selepas kematian Austen, mempersendakan novel-novel Gothik, tetapi Austen lebih dikenali kerana karyanya yang mengambil bentuk komedi tingkah laku sosial yang pintar. Karya seperti ini, khususnya Emma, biasa disebut kerana bentuknya yang sempurna. Pengkritik moden terus membongkar sudut pandangan baru mengenai ulasan Austen yang amat tajam terhadap kesusahan wanita Inggeris bangsawan yang bujang pada awal 1800-an. Undang-undang dan adat resam harta pusaka biasa memperuntukkan kebanyakan daripada harta pusaka kepada waris-waris lelaki.

Sewaktu penerbitannya, novel-novel Austen menerima sambutan yang agak baik. Sir Walter Scott telah memuji hasil karyanya seperti berikut:

Wanita yang muda itu mempunyai bakat untuk memerikan pembabitan perasaan-perasaan serta watak-watak daripada penghidupan orang biasa yang bagi saya merupakan karya yang paling hebat.

Austen juga dikagumi oleh Thomas Babington Macaulay, Baron Macaulay yang pertama (yang berpendapat bahawa tiadanya karangan di dunia ini yang lebih mendekati kesempurnaan), Samuel Taylor Coleridge, Robert Southey, Sydney Smith, dan Edward FitzGerald. Bagaimanapun, Austen merupakan seorang pengarang yang terlepas perhatian selama beberapa dekad selepas kematiannya. Minat kepada karyannya dihidupkan pada hujung abad ke-19. Cendekiawan abad ke-20 menganggapinya sebagai salah satu daripada bakat yang terunggul dalam penulisan Inggeris, dan kekadangnya dibandingkan dengan Shakespeare. Lionel Trilling dan Edward Said merupakan pengkritik Austen yang utama.

Terdapat juga pandangan negatif yang amat ketara bagi karya Austen. Sebahagian pengkritiknya sering mengadu bahawa penulisannya tidak merupakan kesusasteraan dan cuma mempunyai sifat kelas pertengahan. Charlotte Brontë mengkritik fiksyen Austen kerana skopnya terlalu sempit. Reaksi Mark Twain ialah rasa jijik:

Jane Austen? Saya sanggup mengatakan bahawa sebuah perpustakaan yang baik ialah sebuah perpustakaan yang tidak mempunyai buku Jane Austen. Sungguhpun ia langsung tidak mengandungi buku-buku yang lain.

Kekuatan kesusasteraan Austen terdiri daripada penggambaran wataknya yang terperinci, terutamanya mengenai wanita, serta huraian halus tentang peristiwa harian yang biasa tertimbul dalam kelas pertengahan dan kelas atasan. Pandangan hidupnya kelihatan ramah dengan ironi yang lembut tetapi tajam.

Beberapa pembaca semasa mungkin mendapati bahawa dunia yang diperikan oleh Austen — di mana perkara utama yang dibimbangi orang ialah perolehan perkahwinan yang berkelebihan — tidak bebas dan amat membimbangkan. Pilihan pada zaman itu terhad dan kedua-dua pihak wanita serta lelaki biasa berkahwin untuk wang. Pengarang-pengarang wanita lain biasanya mengarang genre cinta yang serupa sempit. Sebahagian daripada reputasi Austen yang terkemuka berasaskan pencerapan keadaan manusia dalam sebuah kisah cinta yang dapat meyakinkan. Kebanyakan daripada perasaan cemas dalam novelnya tertimbul daripada pengimbangan keperluan kewangan dengan perkara lain yang dibimbangi: cinta, persahabatan, dan akhlak.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Dalam budaya popular, novel-novel Austen telah dipadankan untuk banyak filem dan siri televisyen yang amat berbeza dari segi ketepatan kepada jalan cerita asli:

  • Pride and Prejudice merupakan karyanya yang paling kerap dipadankan, dengan enam buah filem, serta lima siri televisyen BBC. Filem yang terkini ialah padanan 2005 yang diarahkan oleh Joe Wright, dan dibintangi oleh Keira Knightley, Donald Sutherland, Matthew Macfadyen, dan Dame Judi Dench, serta padanan Bollywood 2004, yang bertajuk Bride & Prejudice.
  • Emma telah dipadankan sebanyak lima kali:
    • sebuah filem 1932 yang dibintangi oleh Marie Dressler dan Jean Hersholt;
    • versi televisyen British pada 1972;
    • Clueless, sebuah filem remaja 1995;
    • sebuah filem yang dibintangi oleh Gwyneth Paltrow dan Jeremy Northam pada 1996; dan
    • dalam televisyen British yang dibintangi oleh Kate Beckinsale pada 1996.
  • empat buah filem, Sense and Sensibility, telah diterbitkan, termasuk versi 1995 yang diarahkan oleh Ang Lee dan dibintangi oleh Kate Winslet dan Emma Thompson (yang memenangi Anugerah Akademi untuk Drama Padanan Terbaik.)
  • Persuasion telah dipadankan untuk dua siri televisyen dan sebuah filem cetera.

Jane Austen di Manhattan, sebuah filem 1980 mengenai pesaing-pesaing syarikat filem yang ingin menerbitkan Sir Charles Grandison, sebuah drama tunggal Austen yang baru-baru ditemui pada tahun tersebut.[1]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Novel[sunting | sunting sumber]

  • Sense and Sensibility (diterbit pada 1811)
  • Pride and Prejudice (1813)
  • Mansfield Park (1814)
  • Emma (1815)
  • Northanger Abbey (1818) (diterbit selepas kematiannya)
  • Persuasion (novel)|Persuasion (1818) (diterbit selepas kematiannya)

Karya pendek[sunting | sunting sumber]

  • Lady Susan
  • The Watsons (novel yang tidak habis)
  • Sanditon (novel yang tidak habis)

Cerpen kanak-kanak[sunting | sunting sumber]

  • The Three Sisters
  • Love and Friendship [sic]
  • The History of England
  • Catharine, or the Bower
  • The Beautifull Cassandra [sic]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. *BBC News. 2004. Austen Manuscrip Austen yang jarang ditemui

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

Knox-Shaw, Peter. Jane Austen and the Enlightenment ISBN-10 0521843464

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:
Wikisource