Jisim suria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Jisim suria merupakan satu piawaian yang digunakan untuk menyatakan jisim dalam astronomi, yang digunakan untuk menakrifkan jisim bagi bintang dan galaksi lain. Ia lebih kurang sama dengan jisim Matahari, lebih kurang dua nonilion kilogram atau lebih kurang 332,950 kali ganda jisim Bumi, atau lebih kurang 1048 kali jisim Musytari. Lambang dan nilai lazimnya ialah:

M_{\odot}=1.98892\times10^{30}\hbox{ kg}

Jisim suria boleh ditentukan dari kepanjangan tahun, jarak dari Bumi ke Matahari (unit astronomi (AU), dan pemalar kegravitian (G) as

M_\odot=\frac{4 \pi^2 \times (1{\rm AU})^3}{G\times(1{\rm yr})^2}.

Sehingga kini, kedua-dua AU mahupun pemalar kegravitian ditahu secara jitu. Walau bagaimanapun, penentuan bagi jisimrelatif bagi planet lain dalam sistem suria atau bintang binari dalam unit jisim suria tidak bergantung kepada kedua-dua pemalar ini. Maka, ia agak berguna untuk menyatakan jisim ini dalam unit jisim suria (lihat pemalar kegravitian Gauss). Hari ini, AU telah diukur dengan sangat baik melalui radar antara planet dan begitu juga dengan G tetapi kejituan jisim suria masih dalam anggaran astronomi.

Jisim suria dan unit berkaitan[sunting | sunting sumber]

Satu jisim suria boleh ditukarkan kepada unit berkaitan:

Dalam kerelatifan am,adalah biasa untuk menyatakannya dalam unit panjang.

M_\odot \frac{G}{c^2} \approx 1.48~\mathrm{km}

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Rujukan dan bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]