John Bagot Glubb

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Glubb Pasha (1954)

John Bagot Glubb(16 April 1897 - 17 Mac 1986), lebih dikenali sebagai Glubb Pasha adalah seorang pegawai tentera British yang menjadi pegawai pemerintah Legion Arab mulai tahun 1939 dan menjadikan Legion Arab sebagai pasukan bersenjata terbaik di kalangan negara-negara Arab. Dia memerintah Legion Arab sehingga terpaksa melepaskan jawatan tersebut dalam tahun 1956.

Biografi[sunting | sunting sumber]

John Bagot Glubb dilahirkan pada 16 April 1897, di Preston dalam wilayah Lancashire. John Glubb ditauliahkan sebagai pegawai dalam Askar Jurutera Diraja dalam than 1915 dan dihantar bertugas di Perancis semasa Perang Dunia I.

Dalam tahun 1938, John Glubb berkahwin dengan Muriel Rosemary Forbes, anak perempuan doktor terkenal James Graham Forbes. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki dalam tahun 1939, diberikan nama Godfrey sempena Raja Godfrey yang berperang salib di Palestin. Pasangan ini juga mengambil seorang anak perempuan Badawi sebagai anak angkat. Dalam tahun 1947, mereka mengambil seorang budak lelaki dan budak perempuan pelarian Palestin sebagai anak angkat. John Glubb meninggal dunia di rumahnya pada tahun 1986. Isterinya meninggal tahun 2005 dan ditanam bersama John Glubb.

Anaknya Godfrey memeluk agama Islam dan mengambil nama Faris. Faris menjadi seorang wartawan dan penyelidik terkenal dan menjadi pejuang nasib bangsa Palestin. Dia terbunuh dalam kemalangan langgar lari di Kuwait dalam tahun 2004.

Perkhidmatan Di Bumi Arab[sunting | sunting sumber]

John Glubb meletak jawatan sebagai pegawai bertauliah Tentera British untuk berhijrah ke Iraq. Setelah berkhidmat sebagai Merinyu Pentadbiran dari tahun 1926 hingga 1930 di Iraq, John Glubb ke Jordan untuk menyertai pasukan Legion Arab dalam tahun 1930. John Glubb mengambil keputusan untuk tinggal bersama-sama orang Badawi untuk mempelajari bahasa dan budaya mereka.

Dalam tahun 1931, dia menubuhkan Pasukan Peronda Padang Pasir (Desert Patrol) yang terdiri sepenuhnya oleh orang-orang Badawi (Bedouin) yang beliau gunakan untuk menghentikan serangan-serangan yang berleluasa di bahagian selatan Iraq. Dalam masa beberapa tahun sahaja, John Glubb berjaya memujuk orang-orang Badawi untuk tidak lagi menyerang suku kaum yang lain yang berjiran dengan mereka. Dalam tahun 1939, John Glubb mengambil alih kepimpinan Legion Arab. Dia dikenali sebagai Glubb Pasha di kalangan askar-askarnya.

John Glubb juga menjadi sahabat Raja Abdullah, Raja Jordan. John Glubb melatih Legion Arab sehingga menjadi pasukan tentera terbaik di bumi Arab. On Pada 15 Mei 1948, John Glubb mengetuai pasukan Legion Arab untuk menduduki Tebing Barat. John Glubb diberikan kepercayaan menjaga keselamatan di Tebing Barat berikutan perjanjian gencatan senjata tahun 1949.

Beliau terus di dalam jawatan tersebut sehingga diberhentikan oleh Raja Hussein, Raja Jordan dalam tahun 1956. Raja Hussein memberhentikan John Glubb kerana mahu menjauhkan diri daripada pengaruh British dan juga untuk menghentikan dakwaan dan fitnah nasionalis Arab bahawa John Glubb adalah raja di belakang tabir kerajaan Jordan.

Perbezaan pendapat antara John Glubb dan Raja Hussein memang ketara sejak tahun 1952 khususnya dalam perkara-perkara berkaitan pertahanan Jordan, kenaikan pangkat pegawai-pegawai Arab dan juga masalah pembiayaan Legion Arab. Walaupun dilucutkan tauliah, John Glubb kekal menjadi sahabat karib Raja Hussein. John Glubb menghabiskan hidupnya menulis mengenai pengalamannya di bumi Arab dan Timur Tengah.

Karya dan Penulisan[sunting | sunting sumber]

Antara karya John Glubb adalah Story of the Arab Legion (1948), A Soldier with the Arabs (1957), and Britain and the Arabs (1959).

  • (With Henry Field) The Yezidis, Sulubba, and Other Tribes of Iraq and Adjacent Regions, G. Banta, 1943.
  • The Story of the Arab Legion, Hodder & Stoughton, 1948, Da Capo Press, 1976.
  • A Soldier with the Arabs, Harper, 1957.
  • Britain and the Arabs: A Study of Fifty Years, 1908 to 1958, Hodder & Stoughton, 1959.
  • War in the Desert: An R.A.F. Frontier Campaign, Hodder & Stoughton, 1960, Norton, 1961.
  • The Great Arab Conquests, Hodder & Stoughton, 1963, Prentice-Hall, 1964.
  • The Empire of the Arabs, Hodder & Stoughton, 1963, Prentice-Hall, 1964.
  • The Course of Empire: The Arabs and Their Successors, Hodder & Stoughton, 1965, Prentice-Hall, 1966.
  • The Lost Centuries: From the Muslim Empires to the Renaissance of Europe, 1145-1453, Hodder & Stoughton, 1966, Prentice-Hall, 1967.
  • Syria, Lebanon and Jordan, Walker & Co., 1967.
  • The Middle East Crisis: A Personal Interpretation, Hodder & Stoughton, 1967.
  • A Short History of the Arab Peoples, Stein & Day, 1969.
  • The Life and Times of Muhammad, Stein & Day, 1970.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]