Joyinah Hitam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Joyinah Hitam
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Burung
Order: Anseriformes
Keluarga: Anatidae
Genus: Cygnus
Spesies: C. atratus
Nama binomial
Cygnus atratus
(Latham, 1790)
Subspesis
Sinonim
  • Anas atrata Latham, 1790
  • Chenopis atratus
Bahagian sisi burung dewasa menunjukkan ciri-ciri leher berbentuk "S"

Joyinah hitam atau burung angsa hitam (Cygnus atratus) merupakan sejenis burung air besar yang banyak membiak di wilayah tenggara dan barat daya Australia. Spesis ini diburu sehingga pupus di New Zealand, sebelum diperkenalkan semula. Di Australia, burung ini merupakan kumpulan yang berpindah randah, dengan corak migrasi yang mengikut keadaan cuaca. Joyinah Hitam adalah sejenis burung besar dengan kebanyakan bulunya adalah berwarna hitam dan berparuh merah. Ia adalah sejenis burung yang kekal dengan satu pasangan dan berkongsi tugas mengeram dan menjaga anak.

Burung dewasa berukuran besar, dengan panjang mencapai 130cm. Seluruh bulu-bulunya berwarna hitam dengan perkecualian bulu sayap yang berwarna putih, paruh berwarna merah dengan garis putih diujungnya dan kaki berwarna abu-abu. Angsa Hitam mempunyai leher yang sangat panjang dan membentuk huruf "S". Burung betina serupa dan berukuran lebih kecil dari burung jantan. Anak angsa mempunyai bulu berwarna kelabu.

Populasi Angsa Hitam tersebar di pesisir Australia bagian selatan, tenggara dan di Tasmania. Spesies ini banyak ditemukan berkelompok di tasik dan tanah basah di Australia bahagian selatan. Tidak seperti burung air lainnya, Angsa Hitam tidak berpindah dan menetap di tempat di mana mereka menetas.

Hampir semua Angsa Hitam adalah spesies monogami. Kedua induk bersama-sama membesarkan anak angsa dan bersarang di tengah-tengah tasik yang cetek. Makanannya terdiri dari tumbuh-tumbuhan air.

Angsa Hitam pertama kali ditemukan oleh Willem de Vlamingh pada tahun 1697 di Australia bagian barat. Penemuan spesies ini menyebabkan minat yang besar di kalangan orang Eropah, yang pada ketika itu berpendapat bahawa semua angsa berwarna putih.

Angsa Hitam adalah lambang rasmi daerah Australia Barat. Spesies ini dilindungi oleh pemerintah Australia dan dinilai sebagai berisiko rendah di dalam IUCN Red List.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. BirdLife International (2009) Cygnus atratus di: IUCN 2009. IUCN Red List of Threatened Species. Version 2009.2. www.iucnredlist.org Diterima pada 2010-02-15.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]