Juara Antara Juara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fail:JAJ.jpg
JAJ:Ima, Inul, Amy dan Fiq.

Juara Antara Juara (JAJ) merupakan sebuah rancangan realiti berbentuk hiburan kerjasama di antara TV3 dari malaysia dan Trans TV dari Indonesia. JAJ merupakan pertandingan yang melibatkan juara Mentor 2 dari Malaysia dan juara Bintang Cari Bintang dari Indonesia.

Pertandingan disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu bermula pukul 9.30 malam dan menemukan Fiq (Malaysia) dan Ima (Indonesia).

Pemenang JAJ bakal membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai berjumlah RM19,000.Rancangan awal sepatutnya tidak ada undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam sistem pemarkahan JAJ. Bagaimanapun format itu ditukar pada saat akhir iaitu 50 peratus markah disumbang juri profesional dan 50 peratus lagi daripada undian SMS.

Tiga juri yang akan terbabit menilai persembahan dua bintang ini ialah Zainal Abidin yang juga juri tetap Mentor. Sementara itu, dua juri lain membabitkan satu dari Indonesia dan seorang lagi dari Singapura.