Mentor (siri TV)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mentor
Genre Pertandingan nyanyian realiti
Negara asal  Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia
Bilangan musim 3
Penyiaran
Saluran asal TV3

Mentor ialah sebuah pertandingan nyanyian berbentuk rancangan televisyen realiti Malaysia yang mengetengahkan perana artis ternama selaku mentor membimbing protégé masing-masing iaitu para peserta pertandingan ini. Mentor yang dimulakan pada tahun 2005 disiarkan di TV3 dan selesai dua musim (2005 dan 2006), dan bakal memulakan musim ketiga pada Mei 2009. Konsep pertandingan Mentor juga berjaya dibawa ke Indonesia lalu diadaptasi menjadi Bintang Cari Bintang di saluran Trans TV. Terdapat juga rancangan bernama TV3 Mentor yang dianjurkan di Ghana oleh TV3 Ghana, sebuah anak syarikat milik Media Prima Berhad yang turut memiliki TV3 di Malaysia, tetapi formatnya berbeza sekali.

Isi kandungan

Sejarah [sunting]

Musim pertama (2005) [sunting]

Musim pertama Mentor menampilkan lapan peserta dipilih dari proses ujibakat pada bulan Februari dan Mac, untuk menerima bimbingan dari lapan artis ternama. Musim ini diacarakan oleh Johan Farid Khairuddin dan Ezlynn dan disiarkan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pada setiap malam Ahad dari 15 Mei hingga 21 Ogos 2005 di TV3.

Para peserta dibahagi kepada dua kumpulan, yang mana setiap peserta beradu dengan satu sama lain dalam kumpulan masing-masing di peringkat terawal. Pemarkahan para peserta ditentukan oleh 30% penilaian juri dan 70% undian penonton. Kelapan-lapan peserta (tujuh orang solo dan sebuah kumpulan vokal, serta mentor masing-masing dinyatakan) adalah seperti berikut:

Kumpulan A Kumpulan B
  • Alynn (Hattan)
  • Dewi (Liza Hanim)
  • Nabil (Nora)
  • Pija (Zainal Abidin)
  • Biella (Noraniza Idris)
  • Fahmi (Siti Nurhaliza)
  • FO'3 (Cat Farish)
  • Yanie (Ning Baizura)

Di malam pusingan akhir, Pija selaku anak didik Zainal Abidin menjadi juara musim pertama Mentor, membawa pulang kereta Proton Gen-2, wang tunai RM20,000, dua tiket pergi balik ke Los Angeles dan sebuah motosikal Demak sebagai hadiah utama. Naib juaranya Nabil menerima wang tunai RM10,000 dan sebuah motorsikal Demak.

Musim ke-2 (2006) [sunting]

Musim kedua Mentor disiarkan mulai 9 Julai hingga malam kemuncak pada 3 Disember 2006 dengan format yang berbeza dari musim lalu. Ezlynn kembali sebagai pengacara tetapi digandingkan dengan Ashraf Sinclair. Konsert mingguan tetap diadakan setiap malam Ahad di Sri Pentas 2. Pemarkahan pula berdasarkan 50% penilaian juri dan 50% undian penonton.

Kali ini, disebabkan kesukaran memilih peserta yang sesuai dijadikan anak didik para mentor, maka TV3 menganjurkan Konsert Prolog pada malam pertama bagi 12 peserta terpilih merebut peluang untuk diasuh enam orang artis, setiap mentor memilih dua orang sebagai pilihan. Inilah kali kedua Siti Nurhaliza menjadi mentor.[1] Bagaimanapun, hanya enam peserta yang meraih undian tertinggi secara keseluruhan mara, maka berlakunya proses beberapa peserta pilihan diserahkan dari mentor pemilih ke mentor lain.

Keenam-enam finalis terbahagi kepada dua kumpulan lagi seperti berikut:

Kumpulan A Kumpulan B
  • Nieyl (Nurul)
  • Kat (Siti Nurhaliza)
  • Eiya (Yasin)
  • Fiq (Amy Search)
  • Ayu (Hazami)
  • Rizal (Zaf V.E)

Pada malam kemuncak yang diadakan di Stadium MBSA pada akhir tahun, Fiq di bawah bimbingan Amy Search menjuarai musim ini dan meraih kontrak rakaman bersama EMI dan wang tunai RM50,000.[2] Beliau berentap dengan Ima, juara Bintang Cari Bintang dari Indonesia, dalam pertandingan Juara Antara Juara, lalu memenanginya.

Musim ke-3 (2009) [sunting]

Rencana utama: Mentor (Musim 3)

Setelah berehat selama tiga tahun, akhirnya Mentor dibangkitkan semula pada tahun 2009. Kali ini pula, enam orang mentor mengadakan uji bakat sendiri di hari-hari yang berlainan untuk mencari bintang harapan yang memenuhi kriteria tersendiri yang ditetapkan oleh setiap seorang mentor tersebut. Bagi edisi kali ini yang disiarkan dari 19 April hingga 10 Julai 2009 dengan Ally Iskandar sebagai pengacara, sebenarnya tujuh orang layak ke pertandingan sebenar, dua daripadanya digabungkan menjadi duo oleh mentor mereka.

Kumpulan A Kumpulan B
  • Chaq (Ajai)
  • Fira (Lah Ahmad)
  • Evo (Jaclyn Victor)
  • Black (Mas Idayu)
  • Thye (Adibah Noor)
  • Keena (Awie)

Selepas tiga pusingan terawal, Evo dan Keena disingkirkan untuk memberi laluan kepada yang lain ke separuh akhir. Thye tersingkir pada separuh akhir pertama, tetapi pihak Mentor menggemparkan peminat dengan mengekalkan Chaq yang mendapat markah terendah pada separuh akhir kedua. Oleh itu, tiga orang (Black, Fira, Chaq) berentap di konsert akhir di Stadium MBSA pada 12 Julai 2009, yang berakhir dengan kejuaraan di tangan Black dengan hadiah tunai RM 100 ribu.

Musim ke-4 (2010) [sunting]

Rencana utama: Mentor (Musim 4)

Untuk musim kali ini juga, enam orang mentor mengadakan uji bakat sendiri di hari-hari yang berlainan untuk mencari bintang harapan yang memenuhi kriteria tersendiri yang ditetapkan oleh setiap seorang mentor tersebut. Sebelum itu, ujibakat khas diadakan untuk penduduk Malaysia Timur dengan Ajai sebagai jurinya.


Mas Idayu mencipta kontroversi apabila gagal memilih protege ketika habis proses ujibakat. Satu ujibakat khas yang dijalankan dengan kerjasama TV3 dan Mas Idayu sendiri telah diadakan di Johor Bharu. Biarpun begitu, akhirnya Mas Idayu memilih peserta ujibakat dari Kelantan, Shaq. Bagi edisi kali ini yang disiarkan dari 2 Mei hingga 11 Julai 2010 dengan Ally Iskandar sebagai pengacara dan dibantu oleh Nas Ahmad, berlaku banyak kontroversi antaranya ketika konsert pengenalan, Mas Idayu menghentikan persembahan protege nya akibat kecederaan suara peserta itu. Ziana Zain pula bertindak menggugurkan protege nya, Katy Natalia Rasul (Thalia) akibat prestasi yang tidak memuaskan hingga menimbulkan rasa tidak puas hati Thalia. Thalia kemudian dikaitkan dengan masalah disiplin. Ziana bertindak memilih peserta ujibakat Mas Idayu, iaitu Mohd Izwan 48 jam sebelum konsert minggu pertama.

Kumpulan A Kumpulan B
  • Shaq (Mas Idayu)
  • Ila Damia (Joe Flizzow)
  • Nani (Azmeer)
  • Adi Johar (Dayang Nurfaizah)
  • Ayiem (Mus May)
  • Mohd (Ziana Zain)

Selepas tiga pusingan terawal, Shaq dan Ayiem disingkirkan untuk memberi laluan kepada yang lain ke separuh akhir. Ila Damia tersingkir pada separuh akhir kedua. Oleh itu, tiga orang (Adi, Nani & Mohd) berentap di konsert akhir di Stadium MBSA pada 4 Julai 2010, yang berakhir dengan kejuaraan di tangan Mohd dengan hadiah tunai RM 100 ribu. Adi pula di tempat kedua, diikuti Nani.

Musim ke-5 (2011) [sunting]

Rencana utama: Mentor (musim 5)

Ally Iskandar sekali lagi menjadi pengacara untuk musim kelima, dengan keenam-enam artis terpilih menjadi mentor buat kali pertama.

Kumpulan A Kumpulan B
  • Ayish (Noh Hujan)
  • Syiha (Datuk Sharifah Aini)
  • Ratnah (Afdlin Shauki)
  • Aiman (Rahim Maarof)
  • Iqa (Edry KRU)
  • Salmah (Erra Fazira)

Malam penentuan menentukan Salma sebagai Juara Mentor 5 dengan Salma berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000, sebuah trofi dan sebuah kereta Chevrolet Cruze manakala mentornya, penyanyi dan pelakon Erra Fazira turut memenangi hadiah wang tunai RM100,000.

Musim ke-6 (2012) [sunting]

Rencana utama: Mentor (musim 6)

Ranking [sunting]

Rancangan ini sudah dua kali bertembung dengan kejohanan bola sepak Piala Dunia iaitu pada 2006 dan 2010 dan ia merupakan rating penonton rancangan ini yang paling buruk sebaik sahaja bertembung dengan kejohanan bola sepak terunggul di dunia itu.

Rujukan [sunting]

  1. Khadijah Ibrahim. "Konsert Prolog tentukan protege Mentor 2", 2006-06-23. Dicapai pada 2009-03-22. 
  2. "Sabahan wins Mentor finals", The Star, 2006-12-4. Dicapai pada 2009-03-22.