Jung Eun-ji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jung Eun-ji
Kelahiran
Jung Hye-rim

(1993-08-18) 18 Ogos 1993 (umur 30)
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • pelakon
  • penulis lagu
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
  • Vokal
  • piano
  • gitar
Tahun aktif2011–sekarang
Syarikat rakaman
Plan A Entertainment
Pengkarya berkait
Apink
Nama Korea
Hangul정은지
Perumian SemakanJeong Eun-ji
McCune–ReischauerChŏng Ŭnchi
Nama lahir
Hangul정혜림
Perumian SemakanJeong Hye-rim
McCune–ReischauerChŏng Hyerim

Jung Eun-ji (lahir Jung Hye-rim pada 18 Ogos 1993) ialah seorang penyanyi, penulis lagu dan pelakon wanita Korea Selatan. Beliau merupakan penyanyi vokal utama kumpulan wanita Korea Selatan, Apink. Jung membuat penampilan lakonan pertamanya di dalam drama Reply 1997 pada tahun 2012. Beliau mengeluarkan album solo pertamanya, Dream pada tahun 2016.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Jung Eun-ji lahir dengan nama Jung Hye-rim di Haeundae, Busan pada 18 Ogos 1993.[1][2] Beliau mempunyai seorang adik lelaki bernama Jung Min-ki. Beliau menghadiri Tadika Hapdo, Sekolah Rendah Shinjae, Sekolah Menengah Perempuan Jaesong dan Sekolah Tinggi Perempuan Hyehwa.[3] Pada tahun 2004, Jung memenangi tempat pertama dalam program Exciting Day Enjoyable Day (신나는 날 즐거운 날) yang diacarakan oleh saluran KBS.[4] Pada bulan November 2010, Jung lulus uji bakat untuk menjadi penyanyi utama Apink.[5] Beliau tidak menerima sebarang latihan profesional sebelum menyertai Apink dan hanya berlatih selama dua bulan bersama kumpulan ini.

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

Apink[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Mac 2011, Jung telah didedahkan sebagai ahli keempat Apink melalui sebuah video dalam talian beliau menyanyikan lagu "Love You I Do".[6] Jung menyertai ahli kumpulan yang lain untuk merakam Apink News sebelum debut.[7] Pada 21 April 2011, Jung membuat penampilan pertamanya sebagai penyanyi vokal utama Apink dalam M! Countdown menerusi dua lagu, "Mollayo" dab "Wishlist" dari album mini pertama mereka, Seven Springs of Apink.[8]

Kerja solo[sunting | sunting sumber]

Jung dan Yang Yo-seob menyanyikan lagu duet, "Love Day" untuk projek A Cube for Season #Green.[9] Pada bulan Ogos 2012, Jung merekodkan dua lagu promosi, "All For You" dan "Our Love Like This" bersama Seo In-guk untuk runut bunyi drama Reply 1997.[10][11] "All For You" menjadi salah satu daripada lagu paling laris pada tahun tersebut di dalam Carta Gaon.[12][13] Pada tahun 2013 dan 2014, Jung bekerjasama bersama Huh Gak untuk lagu duet bertajuk "Short Hair" dan "Break Up To Make Up".[14][15] Beliau mengeluarkan lagu solo pertamanya bertajuk "Its You" untuk runut bunyi drama Three Days.[16]

Pada 18 April 2016, Jung membuat debut sebagai artis solo menerusi album mini Dream yang terdiri daripada 6 lagu.[17] Lagu "Hopefully Sky" menduduki tempat teratas dalam lapan carta muzik tempatan.[18] Album ini terjual sebanyak 30,000 salinan selepas ianya dikeluarkan.[19] Pada bulan April 2017, Jung mengeluarkan album kedua beliau bertajuk The Space.[20] Dari 3 sehingga 5 Jun 2017, Jung mengadakan konsert solo pertamanya bertajuk “Attic” di Dewan Samsung Universiti Wanita Ewha.[21][22]

Kerjaya lakonan[sunting | sunting sumber]

Jung membuat penampilan lakonan pertamanya di dalam drama Reply 1997.[23] Jung menerima pujian daripada pengkritik dan penonton untuk persembahan lakonan beliau di dalam drama ini.[24] Beliau memenangi beberapa anugerah termasuk Anugerah Seni Baeksang ke-49 untuk Pelakon Wanita Baru TV Terbaik.[25]

Jung berlakon di dalam muzikal Legally Blonde sebagai watak utama, Elle Woods.[26] Muzikal ini berlangsung dari 16 November 2012 sehingga 17 Mac 2013.[27][28] Jung kemudiannya mempunyai peranan pembantu di dalam drama tahun 2013, That Winter, the Wind Blows.[29] Beliau memenangi kategori Persembahan Terbaik di Anugerah Bintang APAN ke–2 dan Anugerah Bintang Baru di Anugerah Drama SBS.

Pada tahun 2014, beliau membnintangi muzikal adaptasi drama tahun 2004, Full House.[30] Selepas itu, Jung membintangi sebagai watak utama di dalam drama romantik komedi, Lovers of Music.[31][32] Pada tahun 2015, Eunji membintangi drama KBS2, Cheer Up! sebagai Kang Yeon-doo. Pada tahun 2017, Jung dipilih untuk berlakon di dalam drama JTBC, Untouchable yang disiarkan bermula 24 November.[33]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album mini[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album Kedudukan tertinggi carta Peak Jualan
KOR JPN AS
Dunia
Dream
  • Dikeluarkan: 18 April 2016
  • Label: Plan A Entertainment, LOEN Entertainment
  • Format: CD, LP, muat turun digital
3 13
  • KOR: 42,500+
The Space
  • Dikeluarkan: 10 April 2017
  • Label: Plan A Entertainment, LOEN Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital
3 89
  • KOR: 26,617+

Lagu[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi carta Jualan (DL) Album
KOR
Lagu promosi
"Hopefully Sky" 2016 1
  • KOR: 1,366,552+
Dream
"The Spring" 2017 2
  • KOR: 385,942+
The Space
Runut bunyi asal
"All For You" (bersama Seo In-guk) 2012 1
  • KOR: 2,690,706+
Reply 1997 OST
"Just the Way We Love" (bersama Seo In-guk) 3
  • KOR: 1,428,802+
"One Minute Ago" (bersama Kang Ho-dong) 2013 Barefooted Friends OST
"Saving Santa" (bersama Suho) Saving Santa OST
"It's You" 2014 11
  • KOR: 417,438+
Three Days OST
"A Love Before" 2016 79
  • KOR: 27,570+
Entertainer OST
"Your Garden" 2017 Strong Girl Bong-soon OST
Kolaborasi
Love Day (bersama Yang Yo-seob) 2012 8
  • KOR: 1,604,167+
A Cube For Season #Green
"A Year Ago" (bersama Kim Namjoo dan Jang Hyun-seung) 2013 13
  • KOR: 300,616+
A Cube for Season #White
"Know We're Going to Break Up" (bersama Huh Gak) 29
  • KOR: 192,124+
Little Giant
"Short Hair" (bersama Huh Gak) 1
  • KOR: 1,207,766+
A Cube for Season #Blue
Fanta Time (bersama Lee Kwang-soo, Niel) Fanta Time
"Break Up to Make Up" (bersama Huh Gak) 2014 1
  • KOR: 803,627+
A Cube for Season #Sky-Blue
"Ocean" (bersama Huh Gak) 2016 5
  • KOR: 407,547+
'Plan A' First Episode

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran
2012 Reply 1997 Sung Shi-won tvN
2013 That Winter, the Wind Blows Moon Hee-sun SBS
Reply 1994 Sung Shi-won (kameo, episod 16-17, 21) tvN
2014 Lovers of Music Choi Choon-hee KBS2
2015 Cheer Up! Kang Yeon-doo
2017 Untouchable Seo Yi-ra JTBC

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2013 Saving Santa Shiny animasi, alih suara Bahasa Korea
2017 My Pet Ozzy Carrie animasi, alih suara Bahasa Korea
2018 0.0MHz So Hee

Teater muzikal[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan
2012–2013 Legally Blonde Elle Woods
2014 Full House Han Ji-eun

Rancangan aneka ragam[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran Nota
2017 Crime Scene 3 JTBC Ahli

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 정은지 (dalam bahasa Korea). Naver. 1 Julai 2013. Dicapai pada 12 Disember 2013.
  2. ^ "[INTERVIEW] Girl group A PINK - Part 2". 10Asia. 26 Mei 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ Kim, Jung-hee (29 September 2013). 에이핑크 정은지 "부산, 늘 그립고 가고 싶어…" [Apink Jung Eun-ji "Busan, it's always nostalgic and I want to go there..."]. BUVI News (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Oktober 2014. Dicapai pada 12 Disember 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ Jeon, Hyung-jin (6 September 2012). 정은지, 알고보니 과거 동요대회서 최우수상 [Jung Eun-ji, actually first place in a past melody singing contest]. My Daily (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 12 Disember 2013.
  5. ^ "Apink takes you on a tour through their dorm life". Allkpop. 30 Mei 2011. Dicapai pada 16 Disember 2013.
  6. ^ "에이핑크 정은지 미모+가창력, 네티즌 "대박 신인 나타났다" 극찬". Newsen. 10 Mac 2013. Dicapai pada 17 April 2015.
  7. ^ "Apink News" (dalam bahasa Korea). Hyundai Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2013.
  8. ^ "Apink releases debut EP, "Seven Springs of Apink"". Allkpop. 18 April 2011. Dicapai pada 30 Jun 2014.
  9. ^ "Yang Yo-seob and Jung Eun-ji release a teaser ahead of White Day song release". Korea JoongAng Daily. 14 Mac 2012.
  10. ^ Lee, Hye-ji (6 September 2012). "Respond 1997 couple Seo In-guk, A PINK's Eunji's duet song reigns atop Gaon Chart". 10Asia. Dicapai pada 18 November 2012.
  11. ^ Jeon, Su-mi (5 September 2012). "Jung Eun Ji and Seo In Guk Continue Success of Reply 1997 with a Duet All-Kill". enewsWorld. Dicapai pada 18 November 2012.
  12. ^ Lee, Hye-ji (6 September 2012). "Respond 1997 couple Seo In-guk, A PINK's Eunji's duet song reigns atop Gaon Chart". 10Asia. Dicapai pada 18 November 2012.
  13. ^ Jeon, Su-mi (5 September 2012). "Jung Eun Ji and Seo In Guk Continue Success of Reply 1997 with a Duet All-Kill". enewsWorld. Dicapai pada 18 November 2012.
  14. ^ "Huh Gak, Jung Eunji's Duet Song Jumps to Top of MelOn Chart". 10Asia. 10 Jun 2013.
  15. ^ "Huh Gak and Jung Eun Ji's 'Break Up To Make Up' Immediately Rank No. 1 on Music Charts". enewsWorld. 8 Julai 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-06. Dicapai pada 2018-07-04.
  16. ^ "A Pink's Jung Eun Ji to Sing Her First Solo OST for 'Three Days'". enewsWorld. 5 Mac 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-14. Dicapai pada 2018-07-04.
  17. ^ "Apink's Jeong Eun-ji releases solo album". Kpop Herald. 7 April 2016.
  18. ^ "Jeong Eun-ji's 'Hopefully Sky' huge success". Kpop Herald. 18 April 2016.
  19. ^ "Jeong Eun-ji's EP sells out". Kpop Herald. 20 April 2016.
  20. ^ "Apink's Jung Eun-ji unveils track list of new album". Kpop Herald. 4 April 2017.
  21. ^ "Jung Eun-ji announces her first solo concert". Korea JoongAng Daily. 11 Mei 2017.
  22. ^ "Apink's Jung Eun-ji wows fans at first solo concerts". Kpop Herald. 6 Jun 2017.
  23. ^ "Nostalgic Drama Puts Apink's Jung Eun-ji in the Spotlight". The Chosun Ilbo. 15 September 2012. Dicapai pada 18 November 2012.
  24. ^ "Apink's Eunji spends the night on the streets?". Allkpop. 31 Julai 2012. Dicapai pada 16 Disember 2013.
  25. ^ "`백상예술대상` 당신의 귀에 콕 박힌 스타의 말말말?". WOW한국경제TV (dalam bahasa Korea). 9 Mei 2013. Dicapai pada 16 Disember 2013.
  26. ^ Ho, Stewart (25 September 2012). "Apink's Jung Eun Ji Cast as Lead of Legally Blonde Musical". enewsWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-29. Dicapai pada 18 November 2012.
  27. ^ Sunwoo, Carla (26 September 2012). "Jung Eun-ji cast in Legally Blonde". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada 18 November 2012.
  28. ^ "Apink's Eunji takes on musical Legally Blonde as next acting project". Allkpop. 25 September 2012. Dicapai pada 16 Disember 2013.
  29. ^ "That Winter, The Wind Blows Jung Eun Ji's Fashion Sense that Expresses the Personality of her Character". KDramaStars. 27 Mac 2013. Dicapai pada 16 Disember 2013.
  30. ^ Hong, Grace Danbi (5 Mac 2014). "B2ST Yang Yo Seop, Apink Jung Eun Ji, VIXX Leo, Joo, and More to Star in Musical Full House". enewsWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-03. Dicapai pada 6 Mac 2014.
  31. ^ Jin, Eun-soo (20 Mei 2014). "Lover of Trot cast announced". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada 20 Mei 2014.
  32. ^ Jeon, Su-mi (19 Mei 2014). "Apink′s Jung Eun Ji Confirmed for Trot Lovers". enewsWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-21. Dicapai pada 21 Mei 2014.
  33. ^ Doo, Rumy. "'Untouchable' cast, producer discuss wealth, power". Kpop Herald. Herald Corporation. Dicapai pada 9 Disember 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]