KD Mahawangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tiada.png
KD Mahawangsa belayar bersama KD Kasturi
Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia
Jenis: Kapal bantuan/Kapal kawalan dan perintah pelbagai guna
(AK/MPCSS)
Kelas: Indera Sakti/Mahawangsa
Pembuat: Limbungan Tacoma, Korea Selatan
Ditempah:
Mula bina: 1982
Dilancarkan: 1983
Ditauliahkan: 1983
Khidmat: Flotilla Bantuan, Skuadron MPCSS ke-31
Spesifikasi
Sesaran: 4300 tan (sesaran penuh)
Panjang: 100m (328')
Lebar: 15m (49')
Draf Kedalaman: 4.75m (15.5')
Propulsi: 2x Deutz diesel, 2 shaf, 5986 bhp
Kelajuan: 16.5 knot
Persenjataan: Meriam:2 x 57mm/Dual Purpose, 2 x 20mm anti udara
Pesawat: platform untuk helikopter sederhana
Anak kapal: 136
Kargo dan muatan : keupayaan membawa 600 tentera, ruang kargo 1,000 meter padu, 10 x kontena 20', 680 meter persegi ruang kenderaan
Motto:

KD Mahawangsa merupakan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia yang berperanan sebagai kapal sokongan pelbagai peranan seberat 4,300 tan dan sepanjang 100 meter yang berpengkalan di TLDM Lumut di Perak, Malaysia. Ia dinamakan sempena Hikayat Merong Mahawangsa, lagenda pengasas kerajaan Kedah Tua.

Kapal ini mempunyai rekabentuk yang serupa dengan satu lagi kapal bantuan TLDM iaitu KD Sri Indera Sakti yang dibina di Jerman. Satu-satunya perbezaan antara kedua kapal ini ialah ketiadaan serombong asap pada Mahawangsa. Perbezaan ini memudahkan kedua kapal ini dikenali dari tinjauan jauh. Walaupun begitu kapal-kapal ini mempunyai fungsi yang sama, sebagai sokongan armada.

Kapal ini telah terlibat dalam berbagai tugas bantuan kemanusian antaranya bantuan kemanusiaan bagi pelarian Afghan pada 2001 dan bagi membantu mangsa Tsunami 2004, dan menghantar kenderaan berperisai infantri dari Briged Infantri ke-4 (Mekanis) sebagai sebahagian dari pasukan pengaman bagi Operasi Astute ketika krisis Timor Leste 2006.

Dalam peranannya sebagai kapal pemerintah, KD Mahawangsa telah terbabit dalam beberapa latihan sama ada melibatkan tentera laut sekutu atau tidak, seperti latihan bersama Tentera Laut Diraja Thai yang dikenali sebagai THALAY LAUT, latihan Starfish di bawah kerjasama lima negara Five Power Defence Arrangement dan siri latihan Cooperation Afloat Readiness And Training (CARAT) bersama dengan Tentera Laut Amerika Syarikat. Upacara penutup bagi CARAT Malaysia 2004 diadakan di atas kapal KD Mahawangsa, ketika berlabuh dipersisiran Pulau Tioman.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]