KD Hang Tuah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
KD Hang Tuah Labuan 20070915.jpg
KD Hang Tuah
Angkatan Royal Navy Tentera Laut Diraja Malaysia
Jenis: Frigat (F/FF)
Kelas: Mermaid
Pembuat: Yarrow Shipbuilders, Scotstoun, Yard No 2284
Ditempah:
Mula dibina: 1973
Dilancar:
Ditauliah: 1977
Khidmat: skuadron frigat ke-21, Flotilla Latihan
Spesifikasi
Sesaran: 2300 tan
Panjang: 103.5 meter
Lebar: 12.2 meter
Draf kedalaman: 4.9 meter
Propulsi: 8x16 Diesel 14400shp pada setiap dua shaf
Kelajuan: 24 knots
Persenjataan:

Peluru berpandu: tiada

Meriam: 1x Mk19 kembar 102mm/45 meriam utama pelbagai guna, 2x 40mm sekunder Bofors anti udara

Torpedo: tiada

Anti kapal selam: Mortar Limbo Mk10

Penderia:

Penjejak udara: Plessey AWS1

Penjejak permukaan: Ericsson Sea Giraffe 150HC

Navigasi: Racal Decca 45

Kawalan Tembakan: tiada data

Sonar: Graseby Type 170B, Type 174

Peperangan Elektronik: UA-3 EW

Helikopter: tiada, platform untuk 1x helikopter sederhana
Krew: 210
Motto:
KD Hang Tuah Semasa Perkhidmatan Sebagai HMS Mermaid
KD Hang Tuah

KD Hang Tuah adalah sebuah frigat yang digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Kapal ini digunakan sejak tahun 1970-an lagi dan kini masih digunakan dalam perkhidmatan TLDM. Ia dinamakan sempena Hang Tuah, laksamana lagenda Melayu yang perkasa.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

KD Hang Tuah adalah sebuah kapal yang dibina oleh limbungan Yarrow Shipbuilders di Scotstoun di Glasgow. Kapal ini asalnya dibina untuk Tentera Laut Ghana, dan dilengkapi dengan kemudahan penginapan untuk Presiden Kwame Nkrumah dari Ghana. Kapal ini pada asalnya dinamakan Black Star dan sepatutnya digunakan sebagai Kapal Laksamana (flagship) Tentera Laut Ghana.

Selepas Nkrumah digulingkan dalam tahun 1966, kerajaan pengganti membatalkan pesanan untuk kapal ini kerana harganya yang terlalu mahal (£5 juta dalam tahun 1966 bersamaan dengan £60 juta dalam mata wang 2003). Oleh kerana kapal ini tidak disiapkan dengan sepenuhnya, ia dibiarkan di tambatan untuk beberapa tahun sebelum dipindahkan ke Portsmouth dalam bulan April 1972 dan ke Limbungan Chatham untuk dilengkapkan semula supaya menepati piawaian kelengkapan kapal frigat Tentera Laut Diraja British.

Pada 16 Mei 1973, kapal ini ditauliahkan sebagai HMS Mermaid dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja British.

HMS Mermaid dihantar untuk bertugas di Timur Jauh kerana kelengkapan persenjataannya yang agak ringan tidak menjadikan ia sesuai untuk penggunaan di Eropah dan dihantar bertugas sebagai kapal pengganti kepada HMS Chichester, kapal pengawal di Hong Kong. HMS Mermaid juga bersedia untuk menghadapi memindahkan rakyat British dari Saigon (Perang Vietnam sedang di penghujung). Dalam perjalanan pulang ke Britain, Mermaid berlanggar dengan kapal penyapu periuk api HMS Fittleton semasa satu latihan NATO mengakibatkan beberapa kematian.

Selepas dilucut tauliah, kapal ini digunakan untuk menjalankan ujian petunjuk sasaran bergerak yang membantu radar mengenal pasti sasaran di antara selerakan yang dihasilkan oleh permukaan laut. Kapal ini dipindahkan kepada perkhidmatan TLDM dalam tahun 1977 dan ditauliahkan sebagai KD Hang Tuah sambil menggunakan nombor pennant F76 yang sama semasa perkhidmatan dengan Tentera Laut Diraja British.

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

KD Hang Tuah diasaskan kepada reka bentuk Type 41/61 Tentera Laut Diraja British tetapi dengan badan kapal dan perkakasan yang diubahsuai untuk kegunaan Ghana. Badan kapal ini cembung sedatar dan serombong kapal ditiruskan menjadi satu serombong sahaja.

Kawasan penginapan kapal ini diperbesarkan dan ditambah untuk kegunaan Presiden Nkrumah sementara persenjataannya pula dimudahkan oleh Tentera Laut Ghana (pembeli asal) untuk menjimatkan kos binaan. Meriam 4 inci dengan laras kembar dipasangkan di hadapan kapal ini menggunakan tapak cagak (mounting) Mk19. Meriam lain yang disediakan adalah 4 pucuk meriam tunggal 40mm antikapal terbang buatan Bofors. Kelengkapan antikapal selam menggunakan Mortar Squid yang dipasangkan di bahagian buritan kapal.

Kapal ini diberikan sonar jenis Type 170 dan Type 176 dan radar jenis Plessey AWS-1 untuk carian udara. Sebuah radar pandu arah juga dilengkapkan. Kapal ini mempunyai berat sesaran standard 2,300 tan, dan kebolehan kelajuan maksima 24 knot. Kapal ini mempunyai 177 orang pegawai dan anak kapal.

Perkhidmatan dengan Tentera Laut Diraja Malaysia[sunting | sunting sumber]

Dalam bulan April 1977, kapal HMS Mermaid dipindah khidmat kepada Tentera Laut Diraja Malaysia dan ditauliahkan sebagai KD Hang Tuah. Kapal ini menggantikan frigat KD Hang Tuah (F433) (ex-HMS Loch Insh) yang dibersarakan kerana sudah usang. Tentera Laut Diraja Malaysia meneruskan penggunaan nombor pennant F76 yang digunakan oleh HMS Mermaid.

Setelah ditauliahkan, F76 KD Hang Tuah menjadi kapal laksamana TLDM, dan bersama-sama F24 KD Rahmat menjadi aset skuadron kapal frigat TLDM.

Tugasan semasa[sunting | sunting sumber]

Ketika ini (Disember 2006) KD Hang Tuah ditugaskan sebagai satu-satunya kapal di dalam Skuadron Frigat ke-21. Kapal ini digunakan sebagai kapal latihan untuk melatih pegawai-pegawai kadet tentera laut.