Korvet Kelas Kasturi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
KD Kasturi
KD Kasturi
Gambaran keseluruhan kelas
Pembina: Howaldtswerke-Deutsche Werft
Ditauliah pada: 1984-
Jumlah disiapkan: 2
Ciri-ciri
Sesaran: 1,500 tan standard
1,850 tan muatan penuh
Panjang: 97.3 m (319 kk 3 in)
Lebar: 11.3 m (37 kk 1 in)
Draf: 3.5 m (11 kk 6 in)
Pendorongan: 4 × MTU 20V 1163 TB92 diesel
21,460 hp
2 aci
Kelajuan: 28 knot (52 km/j)
Kelengkapan: 124
Sistem penderia
dan pemprosesan:
Radar pencari laut/ udara Thales Nederland DA-08
Radar navigasi Thales Defence yang beroperasi pada Band-I
Sonar ASW yang dipasang pada badan kapal, Atlas Elektronik DSQS-21
Radar kawalan tembakan Signaal WM-22
Peperangan elektronik
dan umpan:
ESM dengan pemintas RAPIDS
Penyesak isyarat Scimitar
2 × pelancar pengumpan Matra Dagaie
Persenjataan: 1 × meriam Creusot-Loire Compact 100 mm/55 DP
1 × meriam Bofors 57 mm/70 DP
2 × meriam berkembar anti uadara 30 mm Emerlec Mk.74
2 × 4 MBDA Exocet MM40-Blok 2
1 × laras berkembar Bofors 375 mm
peluru berpandu permukaan ke udara MANPAD
Kemudahan penerbangan: Pelantar mendarat di buritan untuk helikopter ringan (Westland Super Lynx 300 atau Eurocopter Fennec)

Kelas Kasturi mengandungi dua buah korvet iaitu KD Kasturi (25) dan KD Lekir (26). Kelas ini direka berdasarkan rekabentuk FS 1500 dan mempunyai persamaan dengan kelas Almirante Padilla Tentera Laut Colombia. Kadangkala, berlaku kekeliruan dalam merujuk penarafan kapal- kapal ini di mana ia kerap dianggap sebagai frigat. Tambahan pula nombor pennant dua angka yang biasanya melambangkan frigat digunakan oleh TLDM . Pihak Tentera Laut Colombia sendiri menaraf kapal- kapal kelas Almirante Padilla sebagai frigat. Walaupun begitu, TLDM hanya menggunakan designasi korvet sahaja, mungkin disebabkan ketiadaan persenjataan anti udara yang mantap.

Tugasan Armada[sunting | sunting sumber]

Kasturi dan Lekir telah ditauliahkan pada tahun Ogos 1984 dan kini berkhidmat dalam Skuadron Korvet ke-22. Walaupun hanya korvet, kapal- kapal ini sebenarnya lebih besar dari KD Rahmat, satu lagi frigat TLDM ketika itu (KD Rahmat, frigat, mempunyai nombor pennant 24), satu lagi sebab kedua kapal ini sering dirujuk sebagai frigat. Selama hampir 20 tahun, Kasturi dan Lekir merupakan kapal termoden dan paling berupaya dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Ketika pertikaian Spratly, kapal- kapal ini terlibat secara aktif dalam rondaan- rondaan dan pengawasan, terutama pemantauan aktiviti kapal selam.

Exocet MM40[sunting | sunting sumber]

Kedua korvet ini telahpun ditingkat upaya dengan menggantikan peluru berpandu Exocet MM38 kepada versi MM40 block II dengan jangkauan yang lebih jauh. Sebelumnya Kasturi dan Lekir hanya membawa 4 buah peluru berpandu MM38. Kini setelah modifikasi dilakukan, bukan sahaja jarak jangkauan bertambah, bilangan peluru berpandu Exocet juga ditambah kepada 8. Peluru berpandu MM40 Exocet block II menggunakan panduan inersia pada fasa mula seterusnya menggunakan kuncian tuju radar difasa tamatan. Peluru berpandu ini mempunyai kelajuan hampir Mach 1 dan boleh menjangkau sasaran sehingga 70km, seterusnya memusnahkan sasaran tersebut dengan kepala peletupnya seberat 165kg.

Pembaharuan Berterusan[sunting | sunting sumber]

Mortar Limbo anti kapal selam akan digantikan dengan sistem torpedo

Kapal- kapal kelas Kasturi juga dijadualkan melalui program pemanjangan hayat perkhidmatan atau SLEP (bahasa Inggeris: Service Life Extension Program), bagi membolehkan kedua- duanya meneruskan khidmat sehingga tahun 2015. Dalam program ini, Kasturi dan Lekir menerima sistem pengurusan tempur TACTICOS CMS yang baru. Serentak dengan itu Kasturi dan Lekir menerima radar penjejak permukaan DA08 dan kawalan tembakan Mirador-IR dari Thales. Kapal- kapal ini direka untuk tugas- tugas anti kapal selam dari awal, justeru langkah TLDM meningkat upaya sonar dan senjata torpedo bertepatan dengan fungsinya. Sonar DSQS-21C yang baru berupaya mengesan sasaran dengan mengambil kira perubahan air laut seperti kelikatan, darjah kemasinan, suhu dan kedalaman dasar yang biasanya merumitkan operasi. Kasturi dan Lekir juga menerima dua pelancar torpedo ganda tiga B515 seperti yang terdapat pada kapal- kapal kelas Lekiu. Walau bagaimanapun, sedikit mengecewakan kepada pemerhati tempatan, tiada sistem peluru berpandu anti udara akan dimuatkan.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]