KRI Dewaruci

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
KRI Dewaruci
KRI Dewaruci
Karier (Tentera laut Indonesia)
Nama: KRI Dewaruci
Nama gelaran: KRI Dewaruci
Status: Masih beroperasi
Ciri-ciri
Kelas dan jenis: Kapal layar
Panjang: 58.27 meter
Lebar: 9.45 meter
Tinggi: 36.48 meter
KRI Dewaruci.

KRI Dewaruci merupakan sebuah kapal latihan milik tentera laut Indonesia. Ia kadang-kala dieja sebagai Dewa Ruci atau Dewarutji; KRI: 'Kapal Perang Republik Indonesia]] adalah kapal layar Class A dan merupakan kapal layar kelas Barquentine yang dimiliki dan dikendali oleh Tentera laut Indonesia.[1] Dewaruci juga bertindak sebagai duta perhubungan ("goodwill ambassador") Indonesia kepada dunia.

KRI Dewaruci merupakan kapal layar barquentine sepanjang 191-kaki, yang melakukan pelayaran sulong dari Hamburg pada tahun 1953 dan digunakan sebagai kapal layar latihan bagi tentera laut Indonesia.

KRI Dewaruci digunakan bagi melatih taruna/kadet Akademi Angkatan Laut, TNI Angkatan Laut. Kapal ini ditempatkan di Surabaya dan merupakan kapal layar terbesar yang dimiliki Angkatan Laut Indonesia. Nama kapal ini diambil dari nama dewa dalam kisah Wayang Jawa, yaitu Dewaruci.

Kapal berukuran 58.5 meter dan lebar 9.5 meter dari kelas Barquentine ini dibina di Jerman oleh H. C. Stulchen dan merupakan satu-satunya kapal layar tiang tinggi keluaran limbungan kapal itu pada 1952 yang masih menggunakan layar dari tiga yang pernah dihasilkan. Pembuatan kapal ini dimulai pada tahun 1932, namun terhenti semasa Perang Dunia Kedua kerana limbungan kapal rosak teruk. Kapal tersebut akhirnya selesai dibuat pada tahun 1952 dan dirasmikan pada tahun 1953. Sejak itu, ia ditempatkan di Laut Jawa, Surabaya. Nama dan patung hadapannya mewakili dan memaparkan dewa kebenaran dan keberanian Indonesia.

Kapal ini memiliki 3 tiang utama yaitu tiang Bima, Yudhistira dan Arjuna serta memiliki 16 layar. Selain menggunakan layar, KRI Dewaruci juga memiliki enjin sebagai sistem pendorong dengan satu kipas. Setiap tahunnya, kadet AAL berlayar dengan Dewaruci ke pelbagai bahagian dunia dengan tujuan utama adalah latihan pelayaran bintang atau disebut Kartika Jala Krida.

KRI Dewaruci juga sering mengikuti lumba kapal layar di berbagai tempat di dunia. Kapal ini juga memiliki pasukan pancaragamnya sendiri, iaitu taruna Akademi Angkatan Laut yang biasa dikenal dengan nama Gita Jala Taruna.

[sunting] Scantlings (ship dimensions, etc.)

  • Panjang: 58,27 m
  • Lebar: 9,5 m
  • Beam: 9,45 m
  • Lunas: 4,05 m
  • Tinggi: 36,48 m
  • Luas layar: 1090,50 m²
  • Badan: Keluli
  • Awak: 150
  • Tahun dibina: 1953
  • Bendera: Indonesia

[sunting] Rujukan


[sunting] Pautan luar

  1. American Sail Training Association. Sail Tall Ships! A Directory of Sail Training and Adventure at Sea, 15th Edition. Canada: Dollco Printing, 2003.
  2. Koza, Thaddeus. The Tall Ships. East Hartford, Conn.: Tide-Mark Press, 1996.
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain