Kampung Dalam Wang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Dalam Wang
Kampung Dalam Wang is located in Bumi
Kampung Dalam Wang
Kampung Dalam Wang (Bumi)
Koordinat: 5°41′54″N 100°53′06″E / 5.698262°N 100.884908°E / 5.698262; 100.884908Koordinat: 5°41′54″N 100°53′06″E / 5.698262°N 100.884908°E / 5.698262; 100.884908
NegaraMalaysia
DaerahBaling
MukimPulai
Pentadbiran
 • PBT KawasanMajlis Daerah Baling
 • Ahli Dewan Undangan Negeri BayuAbdul Nasir Idris (PN-PAS)
 • Ahli Parlimen BalingAbdul Azeez Abdul Rahim (BN)
Aras
72 m (236 ft)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
09100

Kampung Dalam Wang, juga dikenali sebagai Kampong Dalam Wang,[1] ialah sebuah kampung di Daerah Baling, salah satu daerah di Kedah, Malaysia.[2][3] Poskod bagi Kampung Dalam Wang ialah 09100 Baling.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kampung Dalam Wang terletak di bawah pentadbiran Mukim Pulai, di utara Daerah Baling.[4] Kampung ini diketuai oleh seorang ketua kampung yang bertangungjawab unuk menjaga keselamatan serta ketenteraman penduduk di setiap kawasan kampung tersebut. Dari segi politik, Kampung Dalam Wang terletak di dalam kawasan parlimen Baling (P016). Ahli parlimen bagi kawasan Baling yang sedang memegang jawatan tersebut ialah Abdul Azeez Abdul Rahim, dari parti Barisan Nasional. Bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kedah, ia terletak diawah kawasan Bayu (N30). Pemegang jawatan bagai kerusi DUN Bayu ialah Abdul Nasir Idris dari parti Perikatan Nasional.[5] Berdasarkan Warta Kerajaan Persekutuan 2016, Kampung Dalam Wang juga merupakan salah satu daerah mengundi dalam kerusi DUN Bayu, yang berkodkan 016/30/19.[6]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Anggaran ketinggian di Kampung Dalam Wang atas permukaan laut adalah sekitar 75 meter (246 ka).[2] Iklim di kawasan ini ialah iklim khatulistiwa (dikelaskan sebagai Af dalam pengelasan iklim Köppen).[7] Purata suhu ialah 26.7 °C (80.1 °F) . Bulan yang paling panas ialah Jun dengan suhu mencecah 27 °C (80.6 °F) dan bulan paling sejuk ialah Disember dengan suhu 26 °C (78.8 °F). Purata pembentukan kerpasan di kawasan ini adalah 2537.7 milimeter pertahun. Bulan November merupakan bulan pembentukan kerpasan yang tinggi mencecah 315.6 milimeter manakala bulan yang paling rendah pembentukannya pula Februari dengan 96 milimeter.[8]

Kampung Dalam Wang terletak berhampiran dengan petempatan lain, antaranya:[4]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

K707 (Jalan Sungai Limau) dari Kampung Sungai Limau, tamat di Kampung Bongor akan melalui kawasan perkampungan ini.[4][9]

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Dalam Wang (SK Dalam Wang) merupakan satu-satunya sekolah di Kampung Dalam Wang yang menjadi pusat pendidikan tahap rendah. Ia terletak di Jalan Padang Che Mas. Sekolah ini dikelaskaan sebagai sekolah berstatus bandar, berkodkan KBA0009. Ia mempunyai jumlah murid seramai 185 orang dan 19 orang guru yang berkhidmat di sini pada tahun 2020,[10] dan 195 orang murid serta 14 orang guru pada tahun berikutnya, 2021.[11]

Masjid Kampung Dalam Wang ialah masjid tempatan kawasan setempat. Imam yang bertugas bagi masjid ini ialah Salman bin Md Shahabudn.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) Malay States [Gazetir (No. 11) Negeri-negeri Tanah Melayu]. Pejabat Percetakan Kerajaan Amerika Syarikat.
  2. ^ a b "Kampung Dalam Wang, Malaysia". GeoNames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 September 2022.
  3. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Kedah Darul Aman". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 23 September 2022.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 9 September 2022.
  5. ^ "Online Electoral Maps of Malaysia" [Peta Kawasan Pilihan Raya Malaysia Atas Talian] (dalam bahasa Inggeris). Tindak Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  6. ^ "Warta Kerajaan Persekutuan | Notis Mengenai Daerah Mengundi dan Pusat Mengundi bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu" (PDF). Jabatan Peguam Negara Malaysia. 29 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-03-28. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  7. ^ Peel, M C; Finlayson, B L. "Updated World Map of The Köppen-Geiger Climate Classification". Hydrology and Earth System Sciences. 11: 1633–1644. doi:10.5194/hess-11-1633-2007. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  8. ^ Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2020). "ClimateCharts.net – Kampung Dalam Wang (1990 - 2019)" (dalam bahasa Inggeris). Technical University of Dresden. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 20 September 2020.
  9. ^ "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Baling" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 Januari 2020. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  10. ^ "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah Jun 2020". moe.gov.my. Kementerian Pendidikan Malaysia. Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal (XLXS) pada 10 Februari 2021.
  11. ^ "Senarai Sekolah Rendah dan Menegah Jun 2021". Kementerian Pendidikan Malaysia. 30 November 2021. Dicapai pada 30 Disember 2021.
  12. ^ Kerajaan Negeri Kedah. "Senarai Masjid di Kedah mengikut Daerah". IServices Kedah. Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri Kedah Darul Aman.