Kamsiah Abdul Majid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tan Sri Datin Hajah

Kamsiah Abdul Majid

P.S.M, A.M.N.
Presiden pengasas Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia
Dalam jawatan
1963–1965
Didahului olehjawatan baharu
Digantikan olehFatimah Hashim
Butiran peribadi
LahirKuala Lumpur
Meninggal duniaFebruari 19, 2012
Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Sebab kematianSakit tua
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Jalan Ampang

Tan Sri Kamsiah Abdul Majid ialah seorang wanita aktivis masyarakat di Malaysia. Beliau ialah bekas Yang Dipertua Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Malaysia (WI). Beliau seorang aktivis wanita semasa zaman kemerdekaan. Beliau adalah wanita Malaysia pertama dilantik sebagai Naib Yang Dipertua Perkumpulan Perempuan Desa Sedunia (ACWW). Beliau juga Pengerusi Pengasas Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Integrasi Wanita Dalam Pembangunan (NACIWID) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita-Wanita Malaysia (NCWO).

Beliau kelahiran Kuala Lumpur dan berkahwin dengan bekas Dekan Fakulti Pergigian Universiti Malaya, Allahyarham Prof Datuk Dr Ibrahim Yassin. Mereka mempunyai seorang anak perempuan dan empat orang cucu lelaki. Cucunya bernama Sulaiman Idid, 41.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Februari 2012, Kamsiah Abdul Majid (90 tahun) meninggal dunia kerana sakit tua di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya , Malaysia. Kamsiah meninggal dunia pada 12.46 tengah hari selepas dua minggu dimasukkan di pusat perubatan itu kerana masalah pembekuan darah di tangan. Jenazah dibawa ke Taman Halimaton, Batu 3, Jalan Kelang Lama dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang . [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Tan Sri Kamsiah Abdul Majid meninggal dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-19. Dicapai pada 2012-02-19.