Petaling Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Petaling Jaya
ڤتاليڠ جاي
Mohor  bagi Petaling Jaya
Mohor
Nama samaran: PJ, Bandar Raya Inai Merah
Moto: Mesra, Cepat, Tepat
Lokasi dalam  Daerah Petaling dan negeri Selangor
Lokasi dalam Daerah Petaling dan negeri Selangor
Petaling Jaya yang terletak di Malaysia
Petaling Jaya

Lokasi Dalam Malaysia

Koordinat: 3°05′U 101°39′T / 3.083°U 101.65°T / 3.083; 101.65
Negara Malaysia
Negeri Selangor
Pembentukan 1954
Dinaik taraf bandar raya 20 Jun 2006
Kerajaan
 - Datuk Bandar Tn. Hj. Mohamad Roslan Sakiman
Kepadatan (2010)
 - Jumlah 638,516
Zon masa MST (UTC+8)
 - Musim panas (DST) Tidak diperhatikan (UTC)
Laman web: http://www.mbpj.gov.my

Petaling Jaya atau PJ, diwujudkan pada tahun 1952 sebagai sebuah bandar satelit bagi bandaraya Kuala Lumpur. Keluasan PJ adalah kira-kira 97.2 km2, menjadikannya bandar paling pesat di Selangor. Petaling Jaya terletak di daerah Petaling yang merupakan daerah terbesar dan termaju di negeri Selangor.

Pada 20 Jun 2006 Petaling Jaya dinaikkan taraf menjadi sebuah bandaraya dan tidak lagi sebagai bandar satelit kepada bandaraya Kuala Lumpur. Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato' Ahmad Termizi Puteh kini menerajui Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang baru ditubuhkan. Beliau juga ialah bekas presiden Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Petaling Jaya asalnya sebuah ladang getah seluas 486 hektar yang dimiliki oleh syarikat British, Effingham Estate. Kampung Petaling merupakan sebuah petempatan pelombong bijih timah pendatang China yang bekerja di lombong-lombong sekitar Sungai Besi, Seri Kembangan, Balakong dan Kuala Lumpur itu sendiri.

  • Pada tahun 1965 Kawasan Perdagangan Bebas Sungai Way di Petaling Jaya telah dibangunkan bagi kawasan perindustrian yang semakin diperlukan di Malaysia. Zon perdagangan bebas ini telah dibangunkan agak serentak dengan zon di Bayan Lepas dan Kawasan Perindustrian Tasek di Ipoh, Perak.
  • Petaling Jaya ditadbir oleh Pegawai Daerah Kuala Lumpur dan Lembaga Bandaran Petaling Jaya. Kawasan itu yang dikhaskan untuk pembangunan bandar baru telah menunjukkan kemajuan yang mendadak pada tahun 1954.
  • Petaling Jaya Authority ditubuhkan pada penghujung 1954 yang kemudiannya dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Petaling Jaya untuk memajukan bandar satelit itu melalui Ordinan 36.
  • Pada 1 Januari 1964, sebuah Lembaga Bandaran yang mempunyai autonomi kewangan sendiri ditubuhkan melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor G.N Bil.2/1964 untuk mentadbir bandar Petaling Jaya yang mempunyai jumlah penduduk seramai 35,100 orang.
  • Pada 1 Januari 1977, Lembaga Bandaran telah dinaikkan taraf menjadi Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) berikutan penggubalan Akta Kerajaan Tempatan 1976.
  • Taraf baru ini memberi kesan yang besar pada kedudukan dan potensi Petaling Jaya sebagai bandar satelit dan meransang pertumbuhan pesat kawasan-kawasan sekitarnya seperti Sungai Way, Kelana Jaya, Subang Jaya dan USJ.
  • Pada awal 1997, pemisahan sempadan di Petaling Jaya dilakukan dan sebahagian kawasan di Petaling Jaya seperti Subang Jaya, Sunway dan USJ telah diletakkan di bawah pentadbiran baru Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
  • Ogos 2005, Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) telah memohon kepada kerajaan pusat status bandaraya.

Sejarah pembangunan[sunting | sunting sumber]

Tumpuan pembangunan Petaling Jaya bertempat di "Old Town Petaling" yang telah wujud sebelum 1952 lagi. Sebuah jalan utama diberi nama sempena nama Sir Gerald Templer iaitu Jalan Templer.

Pelbagai kemudahan prasarana telah dibina bagi kemudahan penduduk. Antaranya ialah bekalan elektrik, jalan raya, bekalan air, telefon, balai raya, perumahan dan sistem pengangkutan.

Anda boleh sesat di Petaling Jaya kerana ia bersambung dengan Subang Jaya, Kelana Jaya, Sunway, Shah Alam, Puchong dan Kuala Lumpur. Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah amat dekat dengan Petaling Jaya.

Bolehlah dikatakan Petaling Jaya sebuah bandar yang terancang dari segi sistem jalan raya sebagaimana Shah Alam dan Bandar Baru Bangi.

  • Pada tahun 1952, 800 buah rumah telah siap dibina manakala 200 lagi di dalam pembinaan. Pembangunan awal Petaling Jaya juga meliputi Seksyen Satu, Seksyen Dua dan Seksyen Tiga.
  • Terdapat beberapa deretan rumah kedai, balai raya dan stesen bas di Old Town.
  • Pada penghujung 1957, lebih 3,200 buah rumah dan 100 buah kedai serta 28 buah kilang beroperasi di Petaling Jaya.
  • Tahun 1957 juga, yang sama juga fasa pertama Lebuhraya Persekutuan yang menghubungkan Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Pelabuhan Klang dibuka.
  • Hospital Assunta turut dibina sebagai hospital sulung yang menawarkan perkhidmatan kepada penduduk tempatan. The Chartered Bank of India, Australia and China di Jalan Othman adalah bank pertama yang dibuka di Petaling Jaya.
  • Kesungguhan untuk menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar baru terancang terus disemarakkan dengan sokongan Kerajaan Persekutuan yang telah memberi pinjaman bagi pertambahan kawasan sejumlah 550 hektar tanah dan 397 hektar tanah tebus guna lombong untuk dibangunkan.
  • New Town dibuka. Seksyen 52 atau PJ New Town yang lebih dikenali oleh penduduk setempat sebagai State telah dibangunkan. State adalah nama panggung wayang pertama dibina di Petaling Jaya dan masih beroperasi sehingga kini. Di sinilah tertumpunya pusat pentadbiran dan perdagangan di Petaling Jaya.
  • 16 Mac 1987 Menara MPPJ setinggi 27 tingkat yang bernilai RM50 juta telah dirasmikan oleh Sultan Selangor ketika itu Almarhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah. Menara ini menjadi mercu tanda Petaling Jaya dan nadi di New Town.

Zon perindustrian[sunting | sunting sumber]

Kedudukannya yang strategik antara Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang membuka banyak peluang pelaburan dari dalam dan luar negara.

Kawasan yang diperuntukkan tidak dapat menampung pertumbuhan kawasan perindustrian yang pesat mendorong kerajaan meneroka kawasan baru di utara Petaling Jaya seluas 120 hektar dibangunkan sebagai kawasan perindustrian.

Sambutan yang sangat baik dari pelabur-pelabur telah memberi ruang kepada penubuhan Zon Perdagangan Bebas di kawasan Sungai Way. Antara pelabur asing termasuklah dari Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, Taiwan dan Korea.

Kebanyakan kilang terletak di Seksyen 51, 51A, 13 dan 19. Tumpuan perusahaan adalah terhadap sektor pembuatan, elektronik, pemprosesan bahan mentah, produk pengguna, industri teknologi tinggi dan industri berorientasikan perkhidmatan pelanggan.

Antara kilang yang beroperasi di Petaling Jaya adalah Panasonic, Matsushita, Omron, Motorola dan Western Digital.

Kepadatan penduduk[sunting | sunting sumber]

Kewujudan awal Petaling Jaya adalah untuk mengatasi kepadatan penghuni Kuala Lumpur. Pada 1964, jumlah penduduk Petaling Jaya berjumlah 35,100 orang.

Pada pertengahan 1970-an, penduduk Petaling Jaya meningkat kepada 100,000 orang. Setelah lebih 50 tahun pembukaannya, kini pembangunan di Petaling Jaya amat pesat selari dengan arus peningkatan jumlah penduduk yang mencapai lebih 500,000.

Kaum Cina merupakan penduduk majoriti dengan kadar 40 peratus diikuti kaum Melayu sebanyak 37 peratus manakala kaum India sebanyak 16 peratus. Baki tujuh peratus terdiri daripada kaum-kaum lain.

Petaling Jaya menjadi kawasan tumpuan penduduk termasuk kawasan Seksyen 52, kawasan Sungai Way-Subang (SS), Bandar Utama, Kota Damansara, Damansara Perdana, Bandar Sri Damansara dan Damansara Damai bagi menampung permintaan penduduk.

Jumlah pegangan harta di Petaling Jaya ialah sebanyak 151 366 manakala kutipan hasil sehingga 2005 adalah dianggarkan berjumlah RM 184.63 juta.

Mercu tanda[sunting | sunting sumber]

  • Mercu tanda lain ialah gerbang Kota Darul Ehsan yang menandakan sempadan PJ dan KL secara simbolik. Gerbang ini terletak di Lebuhraya Persekutuan yang merupakan satu-satunya lebuh raya yang menghubungkan PJ dan KL pada masa itu. Kota Darul Ehsan bercirikan seni bina Moor siap dibina pada 1981.

Yang Pertama dan terawal di Petaling Jaya[sunting | sunting sumber]

  • Syarikat Kewangan Pertama - Malaya Borneo Building Society
  • Bank Terawal - The Chartered Bank of India, Australia dan China, Jalan Othman
  • Industri Tempatan Pertama - Dunlop Malaysia Sdn Bhd dan Colgate Palmolive
  • Sekolah Menengah Pertama - Sekolah Menengah Assunta, Jalan Changgai
  • Institut Pendidikan Tinggi Awam Pertama - RIDA College (kini UiTM), Jalan Othman
  • Pusat Membeli-belah Pertama - The Cold Storage(Jaya Supermarket), Seksyen 14
  • Panggung Wayang Pertama - Panggung Wayang Majestic di Jalan Othman dan Panggung Wayang State di Jalan Yong Shook Lin
  • Persatuan penduduk Pertama - Persatuan Kebajikan Penduduk Islam Petaling Jaya Barat
  • Hotel/Motel Terawal - Shah's Village Motel dan Jaya Puri(PJ Hilton)
  • Masjid Terawal - Masjid Sultan Abdul Aziz, Seksyen 3
  • Stesen Minyak Terawal - Stesen Minyak Shell, Jalan Gasing dan Stesen Minyak Mobil, Jalan Selangor

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 3°05′U 101°39′T / 3.083°U 101.65°T / 3.083; 101.65