Kanang: Cerita Seorang Pahlawan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kanang: Cerita Seorang Pahlawan
Pengarang Maznan Noordin
Negara Malaysia
Bahasa Melayu
Subjek Sejarah
Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia
Tarikh terbitan 1987, 2010
Bil. muka surat 121

Kanang: Cerita Seorang Pahlawan ialah sebuah buku 2010 tulisan Maznan Noordin yang menceritakan sejarah hidup seorang perajurit Malaysia Kanang anak Langkau. Buku ini menjadi salah satu bacaan tahap PMR Komsas. Kanang yang berbangsa Iban dan beragama Pagan dilahirkan pada 2 Mac 1945 di Karangan Manok Nanga Meluan, Sarawak.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Novel ini mengisahkan kehidupan iaitu Kanang anak Langkau. Dia merupakan anak kelima daripada enam orang adik-beradik. Ketika kecil, ibu bapanya berpisah dan dia telah dihalau dari rumah kerana terlalu nakal. Kemudian, dia dipelihara oleh datuk dan neneknya.

Kanang bersekolah hingga Darjah Tiga di “Local Authority”. Selepas itu, dia melakukan pelbagai kerja seperti menjadi tukangm masak, penoreh getah, dan mengangkut penumpang dengan menggunakan perahu berenjin. Seterusnya pada 21 April 1960, dia telah berjaya dalam temu duga dan diterima menjadi tentera sebagai Iban Tracker. Kanang berkahwin dengan Helen Latai anak Intie dan dikurniai enam orang anak. Kanang meneruskan khidmatnya dengan Rejimen Ranger dan seterusnya dilantik sebagai eskut. Pada 1 Januari 1966, dia dinaikkan pangkat sebagai Lans Koperal. Pada bulan Mac 1973, dia berpindah ke kem Terentak Melaka, dia berkhidmat dalam Batalian Kelapan Rejimen Ranger. Di sana, dia dinaikkan pangkat sebagai Ketua Seksyen.

Ketika menyertai Gerakan Pukat, di Hutan Tanah Hitam Perak, dia telah mendapat cedera parah ketika bertempur dengan pengganas komunis. Akibat daripada kecederaan tersebut, dia tidak sedarkan diri dan terlandar di wad selama setahun. Banyak orang yang menyangka bahawa Kanang tidak akan hidup lama tetapi umurnya masih panjang. Pada tahun 1980, Kanang telah dianugerahi pingat Panglima Gagah Berani (PGB) sebagai mengenang jasa dan keberaniannya menentang pengganas komunis. Pada tahun 1981 pula, Kanang dikurniai bintang keberanian Seri Pahlawan Gagah Perkusa (SP).

Kanang meneruskan khidmat sebagai jurulatih di Sekolah Tempur Pegawai Muda. Pada 1 Mei 1981, dia telah dinaikkan pangkat sebagai Staf Sarjan dan seterusnya menjadi Kuatermaster Sarjan. Pada 1 Oktober 1980, dia dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Waran II dan sebagai Pegawai Waran I pada 17 Ogos 1985. Kanang bersara pada 30 Mei 1986. selepas bersara, dia dianugerahi ‘Bintara Bintang Sarawak’ oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasa-jasanya.

Tema[sunting | sunting sumber]

Tema novel Kanang ialah keberanian dan semangat kental dalam perjuangan untuk mempertahankan kedaulatan negara dan semangat cinta akan negara di kalangan anggota tentera. Ini jelas diperlihatkan melalui watak Kanang dan rakan-rakannya yang berjuang mempertahankan tanah air daripada ancaman pengganas komunis. Mereka sanggup mengorbankan nyawa demi menyelamatkan maruah dan kedaulatan Negara. Kanang dan anggota tentera lain begitu berani dan bersemangat apabila berdepan dengan musuh, misalnya semasa Gerakan Pukat, Kanang berjuang habis-habisan menentang pengganas komunis. Kanang telah mendapat cedera parah ketika bertempur dengan pengganas komunis. Namun begitu, dia meminta rakan-rakan dalam pasukannya meneruskan perjuangan menentang pengganas komunis.

Watak dan perwatakan[sunting | sunting sumber]

  • Kanang Anak Langkau
  • Helan Latai anak Intie

Latar[sunting | sunting sumber]

Latar tempat[sunting | sunting sumber]

  1. Pasar Taiping, Perak
  2. Simanggang (Bandar Sri Aman) penghujung tahun 1964, di rumah Panjang Skra Hilir Sarawak
  3. Rumah Kelamin pegawai di kem Terentak, Melaka

Latar masa[sunting | sunting sumber]

  1. Bulan Mac 1962
  2. 4 Jun 1979

Latar masyarakat[sunting | sunting sumber]

  1. Iban
  2. Pekerjaan masyarakat
  3. Pelbagai agama

Gaya bahasa[sunting | sunting sumber]

  1. Simile : saya mula merasakan musuh bermain serak-sorak dengan kani.
  2. Metafora : barah menembusi baju lorengnya akibat luka di tangannya.
  3. Kepitisi : Kalau darahlah yang diperlukan, maka darahlah yang kedapatan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]