Kapal pengangkut pesawat Kelas Gerald R. Ford

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Artists concept of the carrier CVN-21
CVN-21 (gambaran artis)
Gambaran keseluruhan kelas
Pembina: Northrop Grumman Shipbuilding
Pengguna: Tentera Laut Amerika Syarikat
Sebelumnya: Nimitz
Dalam pembinaan: 1
Jumlah dirancang: Gerald R. Ford
CVN-79
CVN-80
Jumlah disiapkan: 0 (3 buah dalam rancangan)
Jumlah aktif: 0
Ciri-ciri
Sesaran: +/- 101,600 tan metrik
Panjang: 1,092 ka (333 m)
Lebar: 134 ka (41 m)
Pendorongan: 2x reaktor nuklear A1B
Kelajuan: 30+ knots (34 bsj - 56 km/j)
Kelengkapan: 4,660
Persenjataan: Peluru berpandu permukaan ke udara
Sistem senjata jarak dekat (CIWS)
Pesawat dibawa: Lebih dari 75 buah
Kemudahan penerbangan: 1,092 × 256 kaki (333 × 78 m) dek penerbangan

Kapal pengangkut pesawat Kelas Gerald R. Ford (atau Kelas Ford) adalah sebuah kapal pengangkut pesawat super generasi terbaru milik Tentera Laut Amerika Syarikat. Sebelum dikenali sebagai Kelas Ford (CVN-78), kapal pengangkut pesawat terbaru ini dikenali dengan nama program kapal pengangkut pesawat CVNX (di mana "X" bermaksud "sedang dibangunkan") dan kemudiannya dikenali sebagai program kapal pengangkut pesawat CVN-21. (Nombor "21" di sini bukan bermakna nombor badan kapal; adalah menjadi kebiasaan dalam rancangan "masa depan" dalam Angkatan Tentera A.S, sebagai kiasan ke abad ke-21, bagi membezakannya dengan kelengkapan di abad ke-20.

Kapal pertama dari angkatan kapal CVN-21 akan dinamakan USS Gerald R. Ford (CVN-78).[1] Kapal CVN-21 menggunakan reka bentuk badan yang sama seperti kapal pengangkut pesawat Kelas Nimitz.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Kapal pengangkut pesawat Kelas Ford akan menggabungkan ciri-ciri reka bentuk terbaru termasuk reka bentuk reaktor nuklear baru (iaitu reaktor A1B), ciri-ciri halimunan untuk mengurangkan profil dari dikesan oleh radar, manjanik elektromagnet, giar menangkap termaju, dan mengurangkan jumlah krew yang diperlukan.[2] Pihak Tentera Laut A.S. percaya dengan menggunakan peralatan yang lebih moden dan automatik secara ekstensif akan membantu mereka dalam mengurangkan keperluan anak kapal dan kos keseluruhan untuk kapal pengangkut pesawat akan datang.[3] Ciri perbezaan utama jika dibandingkan dengan pesawat pengangkut sebelumnya adalah terdapat lebih banyak lokasi buritan dalam "pulau" navigasi.

Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Pembinaan bermula ke atas komponen-komponen kapal CVN-21 semasa musim bunga tahun 2007[4], dan dijangka siap pada tahun 2015. Kapal ini akan dibina oleh Northrop Grumman Shipbuilding di Newport News, Virginia, satu-satunya limbungan kapal di A.S yang mempunyai keupayaan untuk membina dan mengisi bahan api nuklear untuk mengerakan kapa pengangkut pesawat ini. Kos pembinaan kapal ini dianggarkan sekurang-kurangnya AS$ 8 bilion tidak termasuk AS$ 5 bilion yang dibelanjakan untuk kerja-kerja Penyelidikan dan Pembangunan. Jumlah ini tidak bermakna kos yang sama diperlukan untuk membina kapal dari kelas ini pada masa akan datang.[3]

Sejumlah tiga buah kapal telah diluluskan untuk pembinaan, akan tetapi sekiranya Kelas Nimitz dan USS Enterprise (CVN-65) akan digantikan berasaskan satu sama satu, 11 buah kapal pengangkut diperlukan sepanjang program ini. Walaubagaimanapun, kapal pengangkut pesawat terakhir dari kelas Nimitz tidak akan dilucut tauliah sehingga tahun 2058.

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Terdapat usaha oleh Persatuan Veteran kapal pengangkut pesawat USS America (CV-66) untuk menamakan CVN-78 sempena America berbanding Presiden Ford.

Sekiranya kapal USS Ford (FFG-54) sekarang (ditauliahkan pada tahun 1985 yang dinamakan sempena Patrick O. Ford semasa era Vietnam, bukannya Presiden Ford) masih lagi berada dalam perkhidmatan pada masa CVN-78 memasuki perkhidmatan, akan terdapat dua buah kapal perang di dalam daftar Kapal Tentera Laut yang dinamakan Ford.

Pada 7 Disember, 2007, semasa sambutan ulang tahun ke-66 Serangan ke atas Pearl Harbor, Ahli Kongres Harry Mitchell telah mencadangkan untuk menamakan CVN-79 sebagai USS Arizona.[5]

Unit[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Kapal pengangkut pesawat generasi terbaru dinamakan sebagai Gerald R. Ford". Forbes. 1/3/07. 
  2. "Program kapal pengangkut pesawat – CVN 21". US Navy (Navy Fact File). 8 Oktober 2007. Diperoleh pada 2007-11-07. 
  3. 3.0 3.1 "Costing the CVN-21: A DID Primer". Defense Industry Daily. 19 Disember 2005. Diperoleh pada 2007-11-07.  Menyembunyikan kos sebenar CVN-21, bagaimana ia dikira, dan bagaimana AS$ 5 bilion penjimatan dari kos operasi datang sepanjang 50 tahun jangka hayat kapal.
  4. Jon W. Glass. "Pembinaan ke atas kapal pengangkut pesawat Kelas Ford bermula". The Virginian-Pilot. Diperoleh pada 2007-09-11. 
  5. Giblin, Paul (2007-12-07). "Mitchell mendesak Tentera Laut untuk menamakan kapal dengan Arizona". Diperoleh pada 2008-01-21. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]