Kegabenoran Luxor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kegabenoran Luxor
Bendera Kegabenoran Luxor
Logo rasmi Kegabenoran Luxor
Kegabenoran Luxor pada peta Mesir
Kegabenoran Luxor pada peta Mesir
Koordinat: 25°41′N 32°39′E / 25.683°N 32.650°E / 25.683; 32.650Koordinat: 25°41′N 32°39′E / 25.683°N 32.650°E / 25.683; 32.650
Negara Mesir
PusatLuxor (ibu wilayah)
Pentadbiran
 • GabenorMustafa Mohamed Alhem Khaled[1]
Keluasan
 • Jumlah460 km2 (180 batu persegi)
Penduduk
 (Januari 2023)[4]
 • Jumlah1,388,666
 • Kepadatan3,000/km2 (7,800/batu persegi)
KDNK
 • KeseluruhanEGP 47 bilion
(MYR 14.3 bilion)
Zon waktuUTC+2 (WET)
IPM (2021)0.708[6]
high · 17th
Laman sesawangwww.luxor.gov.eg

Kegabenoran Luxor (Arab: محافظة الأقصر) merupakan salah satu kegabenoran Mesir sejak 7 Disember 2009, apabila mantan presiden Hosni Mubarak mengumumkan pemisahannya daripada Kegabenoran Qena.[7] Ia terletak 635 km ke selatan dari Kaherah dan bertempat di Mesir Hulu di Sungai Nil. Bandar Luxor ialah ibu wilayah Luxor, bandar penting dan pusat pelancongan lain termasuk Esna dan Armant.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Walaupun kegabenoran Luxor salah satu destinasi utama pelancong di Mesir, kadar kemiskinannya melebihi 60% tetapi baru-baru ini beberapa rangkaian keselamatan sosial telah disediakan dalam bentuk bantuan kewangan dan peluang pekerjaan. Pembiayaan ini diselaraskan oleh Kementerian Kewangan Mesir dan dengan bantuan daripada pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.[8]

Pembahagian pembandaran[sunting | sunting sumber]

Kegabenoran Luxor dibahagikan kepada pembahagian perbandaran berikut dengan jumlah anggaran penduduk setakat Januari 2023 sebanyak 1,388,666. Di sesetengah tempat, terdapat markaz (daerah) dan qisim (mukim) dengan nama yang sama.

Pembahagian Perbandaran
Nama Inggeris Nama Arab Transliterasi Arab Penduduk

(Anggaran Januari 2023)

Jenis
Qurna مركز القرنه Al-Qarnah 180,120 Markaz
Luxor قسم الأقصر Al-Uqṣur 280,525 Qisim (urban sepenuhnya)
Luxor مركز الأقصر Al-Uqṣur 182,158 Markaz
Armant مركز أرمنت Armant 193,337 Markaz
Esna مركز إسنا Isnā 472,175 Markaz
Thebes (Tiba) مركز طيبة Ṭībah 80,351 Markaz

Jata[sunting | sunting sumber]

Jata Luxor mempamerkan patung Tutankhamun di atas perahu Mesir Purba, berlayar di Sungai Nil, dengan obelisk dan cahaya matahari di latar belakang.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Keluasan kegabenoran Luxor ialah 2960 km2, merangkumi 0.24% daripada keluasan negara.

Populasi[sunting | sunting sumber]

Pada bancian 2012, penduduk Luxor yang pada 2009 dibentuk menjadi Kegabenoran Luxor yang baharu ialah 1,064,000 orang. 47.4% daripada mereka tinggal di kawasan bandar, manakala 52.6% tinggal di luar bandar. Kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah 18.2 setiap seribu. Anggaran penduduk dari 2015 meletakkan angka yang sama pada 1,147,058 dengan kadar pembandaran sebanyak 37.8%.[9]

Zon perindustrian[sunting | sunting sumber]

Menurut Pihak Berkuasa Pemerintahan Mesir untuk Pelaburan dan Zon Bebas (GAFI), dalam gabungan dengan Kementerian Pelaburan (MOI), zon perindustrian berikut terletak di kegabenoran ini:[10]

  • El Boghdadi
  • (Zon perindustrian komuniti bandar baharu) Tiba Baru

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "رسمياً.. المحافظون الجدد ونوابهم يؤدون اليمين الدستورية أمام الرئيس". Almasry Alyoum (dalam bahasa Arab). 30 Ogos 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-31. Dicapai pada 2018-08-31.
  2. ^ "Luxor Governorate". sis.gov.eg. Dicapai pada 11 Disember 2018.
  3. ^ "Governorate in brief". luxor.gov.eg.
  4. ^ (PDF) https://www.capmas.gov.eg/Admin/Pages%20Files/202331512347%D8%B9%D8%AF%D8%AF%20%D8%A7%D9%84%D8%B3%D9%83%D8%A7%D9%86%20%D8%B9%D9%84%D9%89%20%D9%85%D8%B3%D8%AA%D9%88%D9%89%20%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%B1%D8%A7%D9%83%D8%B2%20%D9%88%D8%A7%D9%84%D8%A7%D9%82%D8%B3%D8%A7%D9%85%20%D9%81%D9%89%201%D9%80%201%D9%80%202023.pdf. Dicapai pada 3 April 2023. Missing or empty |title= (bantuan)
  5. ^ "GDP BY GOVERNORATE", mped.gov.eg
  6. ^ "Sub-national HDI - Subnational HDI - Table - Global Data Lab". globaldatalab.org. Dicapai pada 2023-02-20.
  7. ^ Luxor announced Egypt's 29th governorate Diarkibkan 2010-02-13 di Wayback Machine, report of Daily News Egypt of 7 December 2009.
  8. ^ "Social Solidarity Ministry to provide citizens with disabilities financial support". Egypt Independent. 25 July 2017. Dicapai pada 11 December 2018.
  9. ^ "Population Estimates By Sex & Governorate 1/1/2015" (PDF). CAPMAS. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2015-10-19. Dicapai pada 23 October 2016.
  10. ^ "Industrial Zones of Governorate". Ministry of Investment Egypt. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-23. Dicapai pada 23 November 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]