Kehidupan Ian Fleming

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kehidupan Ian Fleming (bahasa Inggeris: The Life of Ian Fleming) ialah sebuah biografi mengenai Ian Fleming, pencipta James Bond dan Chitty Chitty Bang Bang, antara lain. Biografi ini ditulis oleh John Pearson, pembantunya di Sunday Times, London, pada tahun 1966. Pearson kemudian menulis biografi fiksyen yang rasmi, James Bond: Biografi 007 Yang Sahih, pada tahun 1973. Kehidupan Ian Fleming merupakan salah satu biografi yang pertama mengenai Ian Fleming dan dianggap oleh banyak peminat James Bond sebagai satu kolektibel kerana Pearson kemudian menjadi penulis rasmi James Bond yang ketiga.

Edisi-edisi biografi ini yang kemudian telah diubah selepas pengeluar filem, Kevin McClory, mendakwa bahawa beberapa bahagian dalam buku ini tidak benar, sewaktu mempertimbangkan hak novel dan filem untuk Thunderball. Edisi berkulit lembut Amerika Syarikat pada tahun 1967 diberi tajuk baru, Alias James Bond — Kehidupan Ian Fleming. Tiada sebarang edisi yang lain mempunyai tajuk ini.