Kejuruteraan reservoir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Contoh peta yang digunakan jurutera reservoir untuk menentukan di mana untuk menggerudi telaga. Tangkapan skrin ini merupakan suatu peta kontur yang dihasilkan oleh perisian peta kontur untuk reservoir gas sedalam 8500 kaki dan reservoir minyak di medan minyak Erath, Vermillion Parish, Erath, Louisiana. Jurang kiri ke kanan di bahagian atas peta kontur menunjukkan garis sesar. Garis sesar ini adalah di antara garis kontur biru/hijau dan garis kontur ungu/merah/kuning. Garis kontur membulat yang berwarna merah dan halus di tengah-tengah peta menunjukkan bahagian atas reservoir minyak. Garis kontur yang berwarna merah dan halus menandakan zon sentuhan minyak gas. Jurutera reservoir menggunakan peta ini dalam perancangan gerudi telaga.

Kejuruteraan reservoir merupakan cabang kejuruteraan petroleum yang mengaplikasikan prinsip saintifik dalam masalah saliran yang timbul semasa pembangunan dan pengeluaran reservoir minyak dan gas untuk mencapai perolehan yang berekonomi tinggi. Bidang ilmu yang digunakan seseorang jurutera reservoir termasuklah geologi subpermukaan, matematik gunaan, dan hukum asas fizik dan kimia yang mengawal kelakuan fasa cecair dan wap bagi minyak mentah, gas asli, dan air dalam batuan reservoir. Jurutera reservoir memberikan perhatian yang khusus kepada anggaran rizab yang tepat untuk digunakan dalam laporan kewangan untuk Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran Amerika Syarikat dan badan kawal selia yang lain. Tanggungjawab kerja yang lain termasuklah pemodelan reservoir berangka, peramalan prengeluaran, pengujian telaga, penggerudian dan perancangan kerja pulih telaga, pemodelan ekonomi, dan analisis PVT (tekanan, isi padu dan suhu) bendalir reservoir. Jurutera reservoir juga memainkan peranan utama dalam perancangan pembangunan medan, penyaranan skema penyusutan reservoir yang sesuai dan berkos efektif seperti pembanjiran air atau suntikan gas untuk memaksimumkan perolehan hidrokarbon. Jurutera petroleum juga mungkin terlibat dalam reka bentuk dan implementasi projek pensekuesteran karbon untuk meminimumkan pengeluaran gas rumah tanaman disebabkan oleh perubahan perundangan di kebanyakan negara-negara pengeluar hidrokarbon.

Jenis-jenis jurutera reservoir[sunting | sunting sumber]

Jurutera reservoir biasanya akan mengkhusus antara dua bidang:

  • Kejuruteraan pengawasan (atau pengeluaran), contohnya pengawasan kawasan telaga yang sedia ada dan pengoptimuman kadar pengeluaran dan suntikan. Jurutera pengawasan biasanya menggunakan teknik analisis dan empirikal untuk menjalankan tugas, termasuk analisis lengkung turun, permodelan imbangan bahan, dan analisis aliran masuk/aliran keluar.
  • Permodelan simulasi, contohnya menjalankan kajian simulasi reservoir untuk menentukan rancangan pembangunan yang optimum untuk reservoir minyak dan gas. Selain itu, jurutera reservoir menjalankan dan mengintegrasikan ujian telaga ke dalam data reservoir yang digunakan dalam penggerudian geoterma.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Craft, B.C. & Hawkins, M. Revised by Terry, R.E. 1990 "Applied Petroleum Reservoir Engineering" Second Edition (Prentice Hall).
  • Dake, L.P., 1978, "Fundamentals of Reservoir Engineering" (Elsevier)
  • Frick, Thomas C. 1962 "Petroleum Production Handbook, Vol II" (Society of Petroleum Engineers).
  • Slider, H.C. 1976 "Practical Petroleum Reservoir Engineering Methods" (The Petroleum Publishing Company).
  • Charles R. Smith, G. W. Tracy, R. Lance Farrar. 1999 "Applied Reservoir Engineering" (Oil & Gas Consultants International)

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Jenis-jenis
Bidang-bidang utama Teknologi
Industri Kejuruteraan kewangan | Mesin | Pembinaan | Pengilangan | Perlombongan
Kejuruteraan Biokejuruteraan | Kejuruteraan alam sekitar | Kejuruteraan awam | Kejuruteraan bahan | Kejuruteraan bangunan | Kejuruteraan biokimia | Kejuruteraan bioperubatan | | Kejuruteraan elektrik | Kejuruteraan elektronik | Kejuruteraan kimia | Kejuruteraan komputer | Kejuruteraan mekanik | Kejuruteraan nuklear | Kejuruteraan ruang angkasa | Kejuruteraan kaji logam | Kejuruteraan perindustrian | Kejuruteraan perisian | Kejuruteraan pertanian | Kejuruteraan petroleum
Kesihatan dan Keselamatan Bioinformatik | Bioteknologi | Bahan farmaseutik | Kejuruteraan bioperubatan | Kejuruteraan keselamatan | Kimiainformatik | Teknologi kesihatan | Teknologi perlindungan kebakaran
Maklumat dan Komunikasi Grafik | Komunikasi | Pengecaman pertuturan | Teknologi muzik | Teknologi pandangan
Olahraga dan Rekreasi Alatan perkhemahan | Kelengkapan sukan | Sukan | Taman permainan
Pengangkutan Kejuruteraan ruang angkasa | Kejuruteraan samudera | Kenderaan bermotor | Pengangkutan | Ruang angkasa | Teknologi angkasa lepas
Rumah / Kediaman Alat rumah | Hasil and pengeluaran makanan | Teknologi pendidikan | Teknologi rumah tangga
Sains gunaan Elektronik | Fizik kejuruteraan | Kecerdasan buatan | Kejuruteraan bahan | Kejuruteraan optik | Kejuruteraan seramik | Mikroteknologi | Nanoteknologi | Sains bahan | Storan tenaga | Tenaga | Teknologi hijau | Teknologi nuklear | Teknologi perkomputeran
Tentera Bom | Kejuruteraan angkatan laut | Senjata api dan amunisi | Teknologi dan kelengkapan tentera