Kejuruteraan bioperubatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kejuruteraan bioperubatan (bahasa Inggeris: biomedical engineering) didefinisikan sebagai aplikasi teknik dan prinsip kejuruteraan kepada bidang perubatan. Menurut Professor John G. Webster, kejuruteraan bioperubatan adalah disiplin ilmu yang mendepani pengetahuan dalam kejuruteraan, biologi dan perubatan serta mempertingkatkan kesihatan manusia melalui aktiviti merentas disiplin yang menggabungkan sains kejuruteraan dengan sains bioperubatan dan amalan perubatan.

Ia merupakan penggunaan kemahiran reka bentuk dan mengatasi masalah dalam kejuruteraan dalam sains biologi dan perubatan untuk membaiki perkhidmatan kesihatan untuk para pesakit serta kualiti hidup individu-individu. Ia lebih berkait dengan biologi, isu keselamatan dan pengawasan berbanding kejuruteraan bentuk lain.

Secara umumnya, bidang kejuruteraan tradisional yang menjadi asas kepada kejuruteraan bioperubatan adalah kejuruteraan elektrik dan kejuruteraan elektronik serta kejuruteraan mekanikal.Prinsip kedua-kedua bidang kejuruteraan ini menjadi asas kepada silibus kejuruteraan dalam kejuruteraan bioperubatan.Cabang-cabang kejuruteraan lain termasuklah kejuruteraan kimia, kejuruteraan optikal dan kejuruteraan bahan.

Jurutera bioperubatan telah diajar dan perlu mengetahui ilmu-ilmu asas dalam kejuruteraan-kejuruteraan tersebut seperti Analisis Litar, Elektronik Analog dan Digital, Pemprosesan Isyarat, Sistem Kawalan, Statik dan Dinamik, Teori Elektromagnet, dan juga Matematik Kejuruteraan. Selain itu, jurutera bioperubatan turut diajar subjek-subjek perubatan seperti anatomi dan fisiologi untuk membolehkan mereka memahami mengaplikasikan ilmu kejuruteraan tersebut kepada sistem manusia.

Kejuruteraan bioperubatan merupakan bidang yang baru, dan merangkumi penyelidikan dan pembangunan dalam bioinfomatik, pengimejan perubatan, pemprosesan imej, pemprosesan isyarat fisiologi, biomekanik, biobahan, biokejuruteraan, analisis sistem, pemodelan 3-D dan sebagainya.

Contoh pengaplikasian kejuruteraan bioperubatan termasuk perkembangan dan pembuatan prostetik, alat perubatan, alat diagnosis, alat pengimejan seperti MRI dan EEG serta ubat farmaseutik.

Kebanyakan peranti perubatan adalah selamat, sama ada yang memangnya selamat ataupun yang mempunyai peranti atau sistem tambahan agar dapat mengesan kegagalan mereka dan menutup secara automatik. Biasanya, peraturan asas adalah satu kegagalan tidak harus menjadikan kaedah terapi itu tidak selamat pada sebarang masa dalam kitaran tempoh hayatnya.

Kejuruteraan Bioperubatan di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Penswastaan perkhidmatan kejuruteraan bioperubatan pada 1 Januari 1997 dan juga bertambahnya kesedaran terhadap keselamatan pesakit telah membuka lembaran baru bagi bidang ini di Malaysia.Kontrak sebanyak RM 500 juta telah diperuntukkan kepada 3 buah syarikat konsesi iaitu Faber Mediserve (M) Sdn Bhd, Radicare (M) Sdn Bhd dan Tongkah Medivest (M) Sdn Bhd (sekarang, Pantai Medivest) sebagai langkah penaikan taraf ini.[1]

Peranan kerajaan melalui Unit Perkhidamatann Penyelenggaraan Kejuruteraan Bioperubatan, Kementerian Kesihatan turut menyumbang kepada perkembangan pesat industri ini di Malaysia dan merupakan antara unit yang pertama diswastakan.[1] [2]Kepesatan ini ditambah pula dengan penubuhan Persatuan Kejuruteraan Bioperubatan Malaysia (BEAM) pada Mac 2001 yang bertujuan mempromosikan bidang yang baru ini di Malaysia.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bioperubatan telah ditawarkan di Universiti Malaya sejak tahun 1997[3]. Universiti Teknologi Malaysia turut menawarkan program ini sejak tahun 2006 [4]. Selain dua buah universiti ini, Universiti Malaysia Perlis dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia juga ada menawarkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan bermula pada tahun 2007[5]. Kesemua kursus-kursus ini telah diakreditasikan oleh Engineering Acreditation Council (EAC).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 A. Hamid, "Clinical Engineering in Malaysia – A Case Study" Medicon 2007, IFMBE Proceedings 16, pp. 1089–1091, 2007.
  2. J. Webster, "Biomedical Engineering in Malaysia" IEEE Eng. Med. Biol. Mag, vol. 23, pp. 12-13,2004.
  3. http://engine.um.edu.my/department/programme.php?department=JKBP
  4. http://www.biomedical.utm.my/
  5. http://publicweb.unimap.edu.my/~mekatronik/ppkmt/index.php/undergraduate-studies/beng-biomed-electronics
Jenis-jenis
Bidang-bidang utama Teknologi
Industri Kejuruteraan kewangan | Mesin | Pembinaan | Pengilangan | Perlombongan
Kejuruteraan Biokejuruteraan | Kejuruteraan alam sekitar | Kejuruteraan awam | Kejuruteraan bahan | Kejuruteraan bangunan | Kejuruteraan biokimia | Kejuruteraan bioperubatan | | Kejuruteraan elektrik | Kejuruteraan elektronik | Kejuruteraan kimia | Kejuruteraan komputer | Kejuruteraan mekanik | Kejuruteraan nuklear | Kejuruteraan ruang angkasa | Kejuruteraan kaji logam | Kejuruteraan perindustrian | Kejuruteraan perisian | Kejuruteraan pertanian | Kejuruteraan petroleum
Kesihatan dan Keselamatan Bioinformatik | Bioteknologi | Bahan farmaseutik | Kejuruteraan bioperubatan | Kejuruteraan keselamatan | Kimiainformatik | Teknologi kesihatan | Teknologi perlindungan kebakaran
Maklumat dan Komunikasi Grafik | Komunikasi | Pengecaman pertuturan | Teknologi muzik | Teknologi pandangan
Olahraga dan Rekreasi Alatan perkhemahan | Kelengkapan sukan | Sukan | Taman permainan
Pengangkutan Kejuruteraan ruang angkasa | Kejuruteraan samudera | Kenderaan bermotor | Pengangkutan | Ruang angkasa | Teknologi angkasa lepas
Rumah / Kediaman Alat rumah | Hasil and pengeluaran makanan | Teknologi pendidikan | Teknologi rumah tangga
Sains gunaan Elektronik | Fizik kejuruteraan | Kecerdasan buatan | Kejuruteraan bahan | Kejuruteraan optik | Kejuruteraan seramik | Mikroteknologi | Nanoteknologi | Sains bahan | Storan tenaga | Tenaga | Teknologi hijau | Teknologi nuklear | Teknologi perkomputeran
Tentera Bom | Kejuruteraan angkatan laut | Senjata api dan amunisi | Teknologi dan kelengkapan tentera