Kejuruteraan undur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

Kejuruteraan Undur (Reverse Engineering) atau lebih selesa dipanggil Kejuruteraan Balikan" adalah proses mencari prinsip-prinsip teknologi pekakasan atau objek atau sistem melalui analisa terhadap strukturnya, fungsinya, dan operasinya. Kerapkali ia melibatkan pengambilan sesuatu (seperti pekakasan mekanikal, komponen eletronik atau aturcara perisian) secara berasingan dan dianalisa cara kerjanya secara terperinci, selalunya cuba untuk menghasilkan pekakasan atau perisian baru yang mempunyai fungsi yang sama tanpa menyalin keseluruhan daripada yang asal. keadah ini juga digunakan untuk memperbaiki kecekapan sesuatu barangan dengan mengabungkan beberapa ciri tertentu daripada barangan yang berlainan.

Jenis-jenis dan Penggunaan Kejuruteraan Balikan[sunting | sunting sumber]


Apabila Rekabentuk berbantu Komputer (CAD) has become more popular, kejuruteraan balikan telah menjadi satu keadah tunggal untuk menghasilkan model maya 3 matra (3D) part fizikal yang ada melalui pengabungan perisian CAD, CAM, CAE and pekakasan seperti mesin pengukur koordiant (CMM). Kejuruteraan Balikan melibatkan proses seperti mengukur objek, kemudian membenanya semula ke bentuk model maya 3 matra. Obje fizikal boleh diukur dengan pengimbas 3 matra yang menggunakan teknologi CMM, pengimbas laser, pendigit cahaya terstruktur atau tomographi berkomputer . The measured data alone, selalunya dipersembahkan sebagai grombolan titik-titik, kekurangan maklumat topologi dan oleh itu ia kerapkali diproses dan dimodelkan kepada format yang lebih berguna jaringan permukaan segitiga, himpunan permukaan NURBS atau model CAD. Aplikasi seperti Imageware, Rapidform or Geomagic telah digunakan untuk memproses grombolan titik-titik kepada format-format yang boleh digunakan oleh lain aplikasi CAD, CAM, CAE tau visualizasi.

Kejuruteraan balikan selalu digunakan oleh pihak tentera untuk membolehkan mereka menyalin technologi, pekakasan atau maklumat negara lain, atau part yang telah dijumpai oleh askar biasa di medan perang atau oleh operasi pengintipan. Ia kerap digubakan semasa perang dunia kedua dan parang dingin. Contoh yang terkenal dari WWII diberikan sebagaimana berikut:

Tin Jerry : Askar British dan Amerika sedar yang pihak German mempunyai tin petrol dengan rekabentuk yang sempurna. mereka telah membalikkan kejuruteraan contoh tin berkenaan. Tin berkenaan popular dipanggil sebagai tin Jerry (Jerry cans).

Tupolev Tu-4: beberapa pesawat pengebom B-29 Amerika dalam misi ke atas Jepun terpaksa mendarat di USSR. Soviet, yang tidak mempunyai sebarang pengebom stratigik yang serupa, memutuskan untuk menyalin B-29. Dalam beberapa tahun mereka telah membangunkan Tu-4, salinan B-29 yang hampir sempurna.

Roket V2 : Dokumentasi teknikal V2 telah jatuh ketangan pihak bersekutu barat dipenghujung perang. Soviet dan Jurutera German yang ditangkap telah dikehendaki untuk menghasilkan semula dokumen dan plan teknikal, bekerja dari pekakasan yang dirampas, untuk membolehkan mereka menghasilkan klon roket, R-1, yang memulakan paska perang program roket Soviet yang memacu menajadi R-7 dan permulaan perlumbaan angkasa.