Kempen Pulau Jawa 1806–07

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kempen Pulau Jawa 1806–1807
Sebahagian daripada Perang Napoleon

Penawanan Maria Riggersbergen, Octr. 18th 1806
Thomas Whitcombe, 1817
TarikhJun 1806 – Disember 1807
Lokasi
Keputusan Kemenangan British
Pihak yang terlibat
United Kingdom Kingdom of Holland
Komandan dan pemimpin
Laksamana Muda Sir Edward Pellew Laksamana Muda Hartsink


Kempen Pulau Jawa 1806–1807 ialah sebuah kempen kecil yang berlaku semasa Perang Napoleon. Kempen ini melibatkan Tentera Laut Diraja British yang menentang skuadron tentera laut Belanda, sebuah negara ufti Empayar Perancis, yang berpengkalan di Tanah Jawa, Hindia Timur Belanda. Berniat untuk menghapuskan ancaman kepada perkapalan perdagangan British di Selat Melaka, dalam tahun 1806 Laksamana Muda Sir Edward Pellew mengambil keputusan untuk menyerang dan mengalahkan angkatan laut Belanda yang berpangkalan di Pulau Jawa; angkatan laut Belanda yang terdiri daripada beberapa kapal perang utama dan tiga frigat perlu dimusnahkan demi memastikan keunggulan British di rantau itu. Oleh sebab beliau tidak mempunyai kekuatan ketenteraan yang mencukupi bagi menyerang koloni ataupun tanah jajahan Belanda, Pellew memilih untuk memencil dan mengepung skuadron Belanda di Betawi sebagai persiapan buat serangan terhadap kapal-kapal Belanda oleh kapal-kapal utamanya.

Walaupun rancangannya terkendala oleh sebab Pemberontakan Vellore di India British, Pellew menghantar frigat HMS Greyhound ke Laut Jawa pada bulan Julai 1806. Greyhound memintas dan mengalahkan sebuah konvoi Belanda pada persisiran pantai Sulawesi pada 25 Julai dan tiga bulan kemudian frigat HMS Caroline berjaya menawan frigat Belanda Maria Riggersbergen pada muara pelabuhan Betawi. Berikutan kejayaan-kejayaan ini, Pellew berjaya membawa angkatan utamanya ke pulau Jawa dan dalam bulan November 1806 beliau telah melancarkan serangan besar-besaran terhadap Betawi dan memusnahkan frigat terakhir dan beebrapa kapal kecil skuadron Belanda. Kapal perang utama Belanda berjaya melarikan diri sebelum serangan Pellew ke pelabuhan Gresik berdekatan Surabaya; dan walaupun kapal-kapal tersebut usang dan rosak, Pellew terpaksa melancarkan serangan kedua terhadap Pulau Jawa pada bulan Oktober 1807. Serangan ini berakhir dengan penawanan pelabuhan Betawi dan penghapusan saki-baki angkatan laut Belanda di timur.

Kemenangan ini membuat Britain berkuasa terhadap lawan Eropahnya di timur Lautan Pasifik dan barat Lautan Hindi, dan membolehkan perdagangan British berjalan tanpa gangguan di rantau itu. ia juga membolehkan angkatan British menumpukan perhatian terhadap satu-satunya ancaman kepada konvoi-konvoi perdagangan mereka: kepulauan Perancis Ile Bonaparte dan Isle de France (sekarang Mauritius).

Nota[sunting | sunting sumber]