Laut Jawa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peta Laut Jawa

Laut Jawa ialah laut cetek yang terletak di antara pulau Kalimantan, Jawa, Sumatera, dan Sulawesi di gugusan kepulauan Indonesia. Luasnya kira-kira 310,000 kilometer persegi. Laut ini terbentuk pada Zaman Ais terakhir ketika dua sistem sungai bersatu: Di barat lautnya, Selat Karimata menghubungkannya dengan Laut China Selatan, manakala di barat daya, laut ini berhubung dengan samudera Indonesia melalui Selat Sunda. Pada masa yang lalu, selat Karimata dan Laut Jawa dikenali juga sebagai Laut Sunda.

Dalam sejarah Perang Dunia II, Laut Jawa merupakan lokasi nahas bagi Pihak Berikat. Pada bulan Februari dan Mac 1942, angkatan tentera laut Belanda, United Kingdom, Australia, dan Amerika Syarikat nyaris dihancurkan oleh serangan Jepun.

Tambahan[sunting | sunting sumber]

Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa (IHO) menyatakan Laut Java sebagai sebagai salah sebuah perairan di Kepulauan Timur India. IHO menambah sempadannya seperti berikut:[1]

Bahagian Utara. Di selatan Laut China Selatan, [Titik Lucipara (3°14′S 106°05′E / 3.233°S 106.083°E / -3.233; 106.083) di Tanjong Nanka, iaitu penghujung Barat Daya Pulau Bangka, melalui pulau ini, ke Tanjong Berikat adalah Titik Timur (2°34′S 106°51′E / 2.567°S 106.850°E / -2.567; 106.850), di Tanjong Djemang (2°36′S 107°37′E / 2.600°S 107.617°E / -2.600; 107.617) di Billiton, sepanjang pantai Utara pulau ini ke Tanjong Boeroeng Mandi (2°46′S 108°16′E / 2.767°S 108.267°E / -2.767; 108.267) dan menuju garisan ke Tanjong Sambar (3°00′S 110°19′E / 3.000°S 110.317°E / -3.000; 110.317) Penghujung Barat Daya Borneo], pantai Selatan Borneo dan sempadan Selatan Selat Makassar [Segarisan daripada penghujung Barat Daya Sulawesi (5°37′S 119°27′E / 5.617°S 119.450°E / -5.617; 119.450), melalui titik Selatan Tana Keke, ke penghujung Selatan Pulau Laoet (4°06′S 116°06′E / 4.100°S 116.100°E / -4.100; 116.100) menuju atas ke perairan Barat pulau tersebut ke Tanjong Kiwi dan merentasi Tanjong Petang, Borneo (3°37′S 115°57′E / 3.617°S 115.950°E / -3.617; 115.950) di penghujung Selatan Selat Laoet].

Bahagian Timur. Di titik Barat Laut Flores [Segarisan daripada Tg Sarokaja (8°22′S 117°10′E / 8.367°S 117.167°E / -8.367; 117.167) ke Barat Pulau Paternoster (7°26′S 117°08′E / 7.433°S 117.133°E / -7.433; 117.133) kemudian Barat Laut Pulau Postiljon (6°33′S 118°49′E / 6.550°S 118.817°E / -6.550; 118.817) dan ke titik Barat Teluk Laikang, Sulawesi].

Bahagian Selatan. Di Utara dan Barat Laut sempadan Laut Bali [Segarisan daripada Barat Pulau Paternoster ke titik Timur Sepandjang dan kemudian melalui pulau ini ke titik Barat Teluk Gedeh di bahagian Selatan Pantai Pulau Kangean (7°01′S 115°18′E / 7.017°S 115.300°E / -7.017; 115.300). Segarisan daripada titik Barat Teluk Gedeh, Pulau Kangean, ke Tg Sedano, penghujung Timur Laut Java dan menuju ke bawah timur pantai Tg Bantenan, penghujung Selatan pulau ini], di Utara dan perairan Barat Jawa ke Hofd Jawa (6°46′S 105°12′E / 6.767°S 105.200°E / -6.767; 105.200) titik Barat, dan kemudian segarisan ke Vlakke Hoek (5°55′S 104°35′E / 5.917°S 104.583°E / -5.917; 104.583) iaitu hujung Selatan Sumatra.

Bahagian Barat. Pantai Timur Sumatra antara Vlakke Hoek dan Titik Lucipara(3°14′S 106°05′E / 3.233°S 106.083°E / -3.233; 106.083).

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Perikanan adalah kegiatan ekonomi yang penting di Laut Jawa. Adanya melebihi 3,000 spesies hidupan laut di kawasan ini.

Kawasan di sekitar Laut Jawa merupakan destinasi pelancongan yang popular. Selam skuba menawarkan kesempatan untuk menjelajahi dan mengambil gambar foto gua bawah laut, kapal tenggelam, terumbu karang, dan hidupan laut. Beberapa taman negara berada di kawasan ini. Di Kepulauan Seribu yang berhampiran dengan Jakarta, terdapat Taman Negara Ujung Kulon. Karimun Jawa adalah taman negara yang terdiri daripada dua puluh tujuh buah pulau, manakala Pulau Menjagan yang berhampiran dengan Bali merupakan sebuah taman negara yang terpencil.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Epton, Nina. The islands of Indonesia. London, Pitman 1955
  • Oosten, F. C. van The Battle of the Java Sea Publisher: London : I. Allen, 1976. ISBN 0-7110-0615-6
  • Thomas, David A. Battle of the Java Sea. London: Pan Books, 1971. ISBN 0-330-02608-9

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Limits of Oceans and Seas, 3rd edition" (PDF). International Hydrographic Organization. 1953. Dicapai pada 7 February 2010.