Ken Thompson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kenneth Lane Thompson
Ken Thompson (kiri) dengan Dennis Ritchie
Ken Thompson (kiri) dengan Dennis Ritchie
Kelahiran 4 Februari 1943 (71 tahun)
New Orleans, Louisiana, Amerika Syarikat
Bidang Sains komputer
Institusi Makmal Bell
Entrisphere, Inc
Google Inc.
Dikenali kerana Unix
Bahasa pengaturcaraan B
Belle (mesin catur)
Hadiah terkenal Anugerah Turing
Pingat Teknologi Negara
Anugerah Tsutomu Kanai

Ken Thompson (dilahirkan Kenneth Lane Thompson pada 4 Februari 1943), dikenali sebagai Ken dalam lingkungan penggodam komputer, ialah perintis sains komputer Amerika Syarikat yang terkenal kerana sumbangnya kepada bahasa pengaturcaraan B serta juga pemanduannya terhadap sistem pengendalian Unix dan Pelan 9 dari Makmal Bell.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di New Orleans, Louisiana, Amerika Syarikat, Thompson menerima ijazah Sarjana Muda Sains pada 1965 dan ijazah sarjananya pada 1966, kedua-duanya dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Sains Komputer daripada University of California, Berkeley. Penasihat tesis ijazah sarjananya Elwyn Berlekamp.

Pada 1960-an, Thompson dan Dennis Ritchie mengusahakan sistem pengendalian Multics. Semasa menulis Multics, Thompson mencipta sistem pengaturcaraan Bon. Kedua-dua mereka kemudian meninggalkan projek Multics apabila Makmal Bell menarik diri lalu mempergunakan pengalaman mereka daripada projek itu untuk memainkan peranan yang utama dalam penciptaan sistem pengendalian Unix pada 1969. Sewaktu itu, Thompson memutuskan bahawa Unix memerlukan sebuah bahasa pengaturcaraan sistem lalu beliau mencipta bahasa pengaturcaraan B, pendahulu kepada bahasa pengaturcaraan C yang dicipta oleh Ritchie.[1]

Thompson mengembangkan versi CTSS untuk penyunting QED yang merangkumi ungkapan nalar untuk menggelintar teks. Penyunting ed, penyunting QED dan Thompson yang kemudian (penyunting lalai untuk Unix), memberikan sumbangan yang besar kepada kepopularan ungkapan nalar yang sehingga itu, umumnya dianggap hanya sebagai alat (atau mainan) untuk penggunaan ahli logik. Ungkapan nalar merebak dalam atur cara pemprosesan teks Unix (seperti grep) serta juga dalam sesetengah bahasa pengaturcaraan moden seperti Perl. Ia merupakan konsep utama untuk penyunting sam, penyunting teks yang dibangunkan oleh Rob Pike. Hampir semua atur cara yang menggunakan ungkapan nalar pada hari ini menggunakan satu kelainan notasi Thompson atau yang lain.

Thompson juga membangunkan UTF-8, suatu pengekodan aksara yang digunakan secara meluas, bersama-sama dengan Rob Pike pada 1992.

Bersama-sama dengan Joseph Condon, Thompson mencipta perkakasan dan perisian untuk Belle, komputer catur johan dunia. Beliau juga menulis atur cara untuk menjanakan penghitungan pengakhiran catur yang lengkap, digelarnya sebagai pangkal jadual pengakhiran permainan, untuk kesemua pengakhiran 4, 5, dan 6 buah. Itu membolehkan atur cara permainan catur untuk membuat gerakan yang "sempurna" sebaik sahaja sesuatu kedudukan yang disimpan di dalamnya dicapai. Kemudian, dengan bantuan John Roycroft, pakar pengakhiran permainan catur, Thompson mengedarkan hasil pertamanya dalam bentuk CD-ROM.

Gaya pengaturcaraan Thompson telah mempengaruhi orang yang lain, khususnya daripada segi sifat ungkapannya yang ringkas lagi padat serta juga keutamaannya terhadap kenyataan yang jelas.

Pada akhir 2000, Thompson bersara daripada Makmal Bell lalu bekerja di Entrisphere, Inc sebagai fellow sehingga 2006 dan kini bekerja di Google sebagai Jurutera Terunggul.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Turing[sunting | sunting sumber]

Pada 1983, Thompson dan Ritchie bersama-sama menerima Anugerah Turing untuk pembangunan teori sistem pengendalian generik dan khususnya untuk perlaksanaan sistem pengendalian UNIX. Ucapan penerimaannya, "Reflections on Trusting Trust" (Pemikiran tentang Mempercayai Kepercayaan), menyampaikan serangan pintu belakang yang kini dikenali sebagai "Godam Thompson" atau "Serangan Mempercayai Kepercayaan", suatu karya keselamatan komputer yang pada dirinya dianggap secara meluas sebagai mempunyai pengaruh yang sangat besar.

Pingat Teknologi Negara[sunting | sunting sumber]

Thompson, Ritchie, dan Clinton

Pada 27 April 1999, Thompson dan Ritchie bersama-sama menerima Pingat Teknologi Negara 1998 daripada Presiden Bill Clinton kerana mereka sistem pengendalian UNIX dan sistem pengaturcaraan C, dengan kedua-duanya mencetuskan kemajuan yang besar dalam bidang perkakasan komputer, perisian, dan sistem perangkaian, serta juga mendorong pertumbuhan seluruh industri dan sekaligus mengukuhkan kepimpinan Amerika dalam Zaman Maklumat.[2] [3]

Anugerah Tsutomu Kanai[sunting | sunting sumber]

Pada 1999, Institute of Electrical and Electronics Engineers memilih Thompson untuk menerima Anugerah Tsutomu Kanai yang pertama kerana peranannya dalam penciptaan sistem pengendalian UNIX yang selama berdekad-dekad telah merupakan pelantar yang utama kepada karya sistem teragih.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Dennis M. Ritchie. "The Development of the C Language*". Bell Labs/Lucent Technologies. 
  2. Ritchie and Thompson [to] Get National Medal of Technology Bell Labs pre-announcement
  3. Ritchie and Thompson Receive National Medal of Technology from President Clinton Bell Labs press release
  4. Ken Thompson Receives Kanai Award for Impact of UNIX System Bell Labs press release

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: