Keragaman bahasa Arab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dialek-dialek bahasa Arab dalam dunia Arab

Keragaman bahasa Arab (dialek dan sebagainya) wujud dalam lima bentuk bahasa rantau. Bahasa Arab itu sendiri merupakan sebuah bahasa Semitik yang berasal dari Semenanjung Arab. Perbezaan terbesar terda[pat pada bahasa-bahasa pertuturan di rantau-rantau berbeza. Sesetengah jenis bahasa Arab di Afrika Utara misalnya, tidak dapat difahami oleh seorang penutur bahasa Arab yang datang dari wilayah Levant ataupun Teluk Parsi. Dalam wilayah-wilayah yang besar ini terdapat perbezaan tempatan – dalam negeri, wilayah sempadan negara-negara, malah juga antara kota dan kampung .

Satu lagi perbezaan besar dapat dilihat antara jenis bahasa-bahasa basahan yang amat berbeza, yakni bahasa-bahasa yang digunakan untuk pertuturan seharian, dengan bahasa piawai formal, yang paling sering kelihatan dalam penulisan ataupun ucapan daripada teks. Jenis yang paling sering diketemui dipelajari sebagai bahasa ibunda penutur, sementara bahasa formal pula dipelajari di bangku sekolah. Bahasa formal itu sendiri bersilih ganti antara lelaran modennya (lazim disebut Bahasa Arab Piawai atau Bahasa Arab Sastera ataupun BAPM) dan Bahasa Klasik (BAK) yang menjadi asasnya, mahupun penutur bahasa Arab biasanya tidak membuat perbezaan ini.

Tambah lagi, perbezaan ketara juga terdapat (antara lain) antara pertuturan orang Badwi dengan pertuturan orang bandar, desa dengan kota, etnik, kumpulan agama, kelas sosial, lelaki dengan wanita, dan yang muda dengan yang tua. Perbezaan ini sedikit sebanyak dapat diselaraskan. Sering kali penutur bahasa Arab dapat menyesuaikan pertuturan mereka dalam beraneka ragam mengikut konteks dan niat mereka – misalnya, untuk bercakap dengan orang yang datang dari wilayah atau rantau lain, untuk menunjukkan tahap pendidikan, ataupun untuk mengguna kuasa bahasa yang digunakan.